Friday, December 12, 2014

Cara Yang Betul Menjawab Bila Orang Kirim Salam


Ramai orang Islam termasuk diri kita sendiri yang bila disebut, "Wei, Mat kirim salam..."

salam

Akan dijawab, "Iye ke? WA'ALAIKUMUSSALAM..."

Nampak macam tak ada masalah kan? Tertanya-tanyakan apa masalahnya? Ya. Memang ada masalah..

Sebenarnya, jelas di dalam hadis Nabi SAW, mengajar kita apabila salam itu disampaikan melalui 'posmen' (orang tengah) maka jawapan yang diberi kepada kiriman salam tu bukannya 'Waalaikumussalam' tapi..

"Wa'alaika wa'alaihissalam."

Sebab apa? Mat suruh Abu kirim salam kat Mail. Mail jawab, "Wa'alaikumussalam."

Sedangkan..

Wa'alaikumussalam bermaksud, "Selamat sejahtera ke atas KAMU".

Jadi salam Mat kepada Mail tidak terjawab kan? Sebab Mail doakan salam tu kepada ABU SEDANGKAN ABU TU ORANG TENGAH.

Manakala, Wa'alaika wa'alaihissalam, "Dan juga kepada KAMU dan juga kepada DIA selamat sejahtera".

Maka salamnya terjawab.. Indahnya Islam..

Dan yang paling penting, hukum memberi salam itu sunat, tapi menjawab itu wajib. Jadi kalau salah jawab, bermakna MASIH BELUM JAWAB.

Nauzu billahimin zalik..

BACA INI JUGA: Pakar Matematik Terkedu Selepas Cabar Al-Qur'an

salam

Sumber: budakjuah

7 comments

  1. patut dalam fardhu ain ajar benda ni... hihi... selalu je jawab waalaikumusalam :)

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yg bermanfaat buat pengetahuan semua.. t kasih SP.

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas perkongsian....
    Saya pernah dengar...tapi tak sure cara yg betul...thanks

    ReplyDelete
  4. Terima kasih... ramai yg tak tahu hal ini. Wajar di hebahkan... Share ye :)

    ReplyDelete
  5. Jawapan "Waalaikumussalam" adalah betul kerana "kum" adalah kata jamak (untuk semua termasuk pengirim dan penyampai).

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon