Anda pernah dengar nama Jack O' Lantern? Nama itu cukup popular, menjadi ikon seluruh dunia sejak ratusan tahun dahulu. Kalah MIchael Jackson, The Beattles dan yang seangkatan dengannya.
Siapa Jack O' Lantern? Sebenarnya, ia hanyalah nama sejenis labu. Sebiji labu kuning yang dipotong dibahagian atas, dikorek isinya dan diukir membentuk kepala makhluk yang menyeramkan.
Lilin atau lampu akan dimasukkan ke dalam labu itu. Bila dipasang, akan tampak seperti makhluk yang menyeringai.
Ukiran labu ini diambil berdasarkan sebuah cerita dongeng rakyat Ireland. Terdapat beberapa versi namun kisah dibawah ini adalah yang paling popular.
Kononnya, seorang petani bernama Jack yang cerdik telah berjaya mengurung si Iblis. Hasil perjanjian, Jack melepaskan Iblis apabula setuju tidak akan menendang Jack ke dalam neraka.
Bila Jack mati, rohnya tidak diterima syurga kerana banyak melakukan dosa. Namun, dia juga tidak boleh masuk ke neraka kerana Iblis yang berpegang pada janji mereka.
Akhirnya, roj Jack tergantung diawang-awangan. Lalu, dia membuat sebuah lentera (lampu) daripada buah labu.
Sambil membawa labu itu, dia berkeliling ke serata tempat untuk mencari tempat istirehatnya.
Pada hari-hari biasa, anda memang sukar hendak menemui labu Jack ini. Namun, pada tarikh 31 Oktober setiap tahun, pasti mudah anda menemuinya terutama di kawasan bandar.
Mengapa begitu? Kerana tarikh itulah labu Jack O' Lanterns akan berada di serata tempat, dijadikan simbol untuk menyambut perayaan Halloween.
Ia merupakan keramaian tradisi Barat sejak zaman berzaman yang dikaitkan dengan kematian, syaitan, hantu, sihir dan sebagainya. Pada tarikh itu, orang-orang akan keluar merayakannya dengan berpakaian aneh dan menyeramkan.
Sebelum itu, sejarah labu Jack dan Halloween adalah dua perkara berbeza. Dan kisah dibawah ini yang paling banyak diterima versinya. Perayaan ini berasal dari bangsa kuno Samahain di sebuah wilayah Ireland.
Kononnya, perayaan itu bagi meraikan penghujung musim panas (masa terang) dan permulaan musim gugur (masa gelap).
Bangsa kuno itu percaya, pada tarikh 31 Oktober, batas antara dunia nyata dan dunia roh adalah 'nipis'. Bermakna, roh boleh datang ke dunia manusia untuk berkomunikasi.
Pada waktu tersebut, penduduk akan mengadakan perayaan besar-besaran bagi menyambut 'kedatangan' nenek moyang mereka yang sudah lama mati.
Bagi menghindari roh jahat menggangu perayaan mereka, maka mereka akan berdandan seperti makhluk-makhluk yang menakutkan agar roh jahat tidak singgah ke rumah mereka kerana beranggapan, penduduk itu sama jahat sepertinya.
Perayaan itu telah dibawa oleh imigran Ireland ke Amerika sekitar abad ke 19. Sejak itu, ia semakin menular ke serata dunia termasuklah Malaysia.
Pada tarikh 31 Oktober setiap tahun, biasanya kita akan melihat muda-mudi yang berbin dan berbinti pada namanya turut sama meraikan perayaan kuno itu.
Mereka berpakaian ala-ala hantu, bahkan orang tua juga tidak kisah memakaikan anak-anak kecil mereka dengan pakaian 'hantu' atau memakaikan 'cekak tanduk dua' seperti syaitan dikepala si anak kecil.
Apa nak hairan. Bila ditanya, mereka pasti tersenyum sambil menjawab, "Saja suka-suka. Bukan ada niat apa pun. Tak payahlah kolot sangat!"
Ahahaha..
BACA INI JUGA: Misteri Seram Lukisan Berwajah Sedih
-SENTIASAPANAS.COM

Org kita pun dah ramai terikut2 dah... hantu pun klu boleh nak jadi manusia.. ni kita pulak nak jadi hantu huhu.. :D
ReplyDeleteorg malaysia menanggap tu sebagai gaya hidup moden ... ermmm
ReplyDeletejgn sambut perayaan agama kafir ini..
ReplyDeleteMula-mula nak suka2...nak ikut2...lepas tu?....eemmmmm
ReplyDeleteApa yg orang barat buat semua nak diikut... walaupun ntahapaapantah...
ReplyDeleteElok juga mereka tau asal usul sesuatu sambutan...agar terbuka sikit minda.
Saya x mahu ikut macam tu.. hehe
ReplyDeleteModen yang disangkakan ialah kejahilan mereka tentang sejarah bangsa , kejahilan ilmu dan iman sendiri...Labu adalah sejenis Sayuran kegemaran Rasullulah SAW..sepatutnya ..apa yang nabi kita suka pasti ada nikmat dan Hikmat yg tersembunyi..Dasar yahudi dan orang jahil nak memutar belit kefahaman umat islam....Maka terjadi lah penyakit seperti posting diatas..
ReplyDelete