Monday, November 10, 2014

Yaks! Hidangan Lazat Keju Berulat!


Kunjungan anda ke Kepulauan Sardinia, Itali, dikatakan tidak lengkap jika tidak merasa hidangan yang dipenuhi ulat hidup, dipanggil Casu Marzu, yang bermaksud keju busuk.

Casu Marzu

Ia juga dikenali dengan nama keju hidup atau keju yang masih dalam proses kerana mengandungi sesuatu yang hidup dan bergerak-gerak di dalamnya.

Tapi jangan takut. Ia sebenarnya adalah ulat-ulat yang membiak dan mendiami isi keju. Ia akan terus kekal disitu selagi tiada orang memakannya.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, adakah wujud manusia yang sanggup memakan dan menelan keju berulat yang meloyakan itu?

Nampanya selera manusia sangat berbeza. Walaupun ramai mengatakan keju jenis ini nampak menjijikkan, sebenarnya ia digemari hampir diserata dunia.

Antara sebab utama kenapa ia begitu digemari ialah kerana dikatakan rasanya yang tidak sama seperti keju biasa.

Casu Marzu asalnya bermula sebagai Pecorino. Ia berupa keju biasa dan keras, diperbuat daripada susu kambing. Semasa diproses, makanan berwarna putih ini akan direndam dalam air garam, sebelum disalai dan dibiarkan masak dalam sebuah bilik yang terletak dibawah tanah.

Setelah keju Pecorino siap, ia kemudiannya diubahsuai menjadi Casu Marzu. Cara menghasilkan keju ini cukup mudah dan tidak serumit memproses keju biasa. Hanya biarkan ia membusuk dan berulat sudah memadai.

Eating Casu Marzu

Penduduk Sardinia selalunya akan mengoyakkan sedikit kulit Pecorino dan menebuk sebuah lubang di bahagian atas keju.

Selepas itu, keju berkenaan ditinggalkan dalam keadaan terdedah dibawah sinaran matahari bagi menarik perhatian lalat keju, Piophila Casei, hinggap dan bertelur didalamnya!

Melalui proses penapaian ini, seekor lalat mampu menghasilkan lebih daripada 500 butir telur pada satu-satu masa. Setelah telur-telur itu menetas, ia kemudiannya menjadi ulat lalu memakan dan menguraikan lemak keju sehingga merubah tekstur makanan itu menjadi lembut.

Pada masa yang sama juga, enzim sistem penghadaman ulat-ulat ini turut terbebas menyebabkan keju membusuk, melekit dan dipenuhi ulat. Perubahan ini menandakan bahawa keju sudah menjadi Casu Marzu dan sedia untuk disantap!

Rasa Casu Marzu dikatakan cukup unik walaupun berbau busuk. Teksturnya lembut dan mudah cair didalam mulut.

Bagaimanapun, penggemar atau individu yang ingin merasakan 'kelazatan' Casu Marzu dinasihatkan supaya menutup mata ketika hendak memakannya.

Petua ini adalah untuk melindungi mata daripada terkena ulat. Dikatakan, ulat-ulat Casu Marzu agak agresif. Ulat kecil bersaiz kira-kira lapan milimeter ini boleh memanjangkan dirinya sehingga 15 mm apabila diganggu.

Casu Marzu [2]

Malah, ia juga mampu melompat sehingga enam inci dari dalam keju kesemua arah, termasuk wajah individu yang memakan keju ini.

Ulat-ulat ini turut dilaporkan mempunyai kebolehan luar biasa untuk mendarat tepat ke dalam biji mata!

Sebab itulah ada diantara penggemar Casu Marzu menggunakan alternatif lain dengan memilih untuk tidak menelan ulat-ulat ganas tersebut.

Cara biasa untuk menghalau ulat-ulat ini adalah dengan meletakkan keju ke dalam beg kertas kemudian ditutup. Apabila ikatan dibuka, ulat-ulat tersebut akan melompat-lompat dan menggeliat akibat kekurangan oksigen.

Selepas mati, barulah keju boleh dinikmati dengan tenang, tanpa rasa mual melihat ribuan ulat bergerak-gerak di dalam makanan tersebut.

Walau bagaimanapun, berbeza dengan masyarakat Sardinia, mereka lebih gemar jika keju dimakan bersama dengan ulat-ulat hidup.

Di Malaysia juga sebenarnya tidak kurang hebat juga. Sebahagian masyarakat di Sabah gemar memakan sejenis ulat yang dinamakan Butod. Ulat sebesar ibu jari ini biasanya diratah hidup-hidup. Di Sarawak, ia dikenali sebagi ulat Mulong. Ulat ini biasanya hidup dibatang-batang pokok sagu yang telah tumbang dan sangat digemari oleh penggemar makanan eksotik.

Butod

Walaupun sumber makanan ulat sagu dan ulat keju berbeza, namun kedua-dua ulat berkenaan tetap mempunyai khasiat protein yang tinggi.

Dan menurut pakar, ulat mempunyai banyak enzim, iaitu bahan kimia yang mampu mencernakan nutrien-nutrien sedia ada dari lemak tepu kepada lemak tidak tepu.

Jadi, anda mahu cuba yang mana satu?

BACA INI JUGA: Makanan Terbaik Untuk Kecerdasan Otak

-SENTIASAPANAS.COM

8 comments

  1. Assalammualaikum... SP,

    ermmm... ulat ooo ulat... sedap di makan..yaks....geli pulak..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam mSelim. Ada orang kata sedap hehe..

      Delete
  2. orang kafir memang sika mkn / minum benda yg busuk ... ulat mulong tu saya panggil gendon . masa kecik dulu selalu nampak kat batang pokok kelapa / pinang yg busuk tapi tak le pi mkn cam mrk tu ... eeewwww

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya memang sedap dimakan mentah-mentah..:)

      Delete
  3. Ishhh.... geli geleman pulak bila tengok ulat mcm tu eeiii.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lihat je pun dah geli, apa lagi bila nak makan..huhu

      Delete
  4. nyum nyum....
    dalam badan ulat sagu, ada sagu je sebenarnya... sebab dia makan pokok sagu jugak.... yang keju busuk tu memang ada orang buat makan... tapi tak tahu plak sampai berulat......

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon