Monday, November 03, 2014

Kirkpinar, Pesta Gusti Minyak!


Jika anda suka menonton rancangan 'World Wrestling Entertainment (WWE)', pasti anda akan rasa teruja sewaktu berkunjung ke negara Turki.

Kirkpinar

Mana tidak, dapat menyaksikan sendiri pertandingan gusti di hadapan mata! Pasti memberi satu pengalaman unik buat peminat yang gemar menonton rancangan ini.

Di Turki, pesta ini dikenali dengan nama Kirkpinar. Uniknya disini, pertandingan gusti menjadi perayaan kebudayaan wajib yang diadakan setiap tahun dan biasanya diadakan pada akhir bulan Jun sehingga awal bulan Julai.

Tempoh yang diperuntukkan untuk mengadakan pesta ini ialah selama tiga hari. Namun, terdapat perbezaan ketara dalam pesta ini, mereka bergusti dengan menggunakan minyak!

Kelainan yang ditonjolkan dalam pesta Kirkpinar tidak menghalang orang ramai untuk menyertai pesta tahunan ini. Sebaliknya ia menjadi acara yang ditunggu-tunggu oleh golongan lelaki dari serata negara Turki.

Pesta ini terbuka kepada semua golongan lelaki tanpa mengira agama, bangsa dan usia. Jadi, tidak hairanlah jika melihat ramai kanak-kanak menyertai perlawanan dalam pesta ini.

Ini kerana apa saja yang melibatkan kekuatan dan kehebatan, pasti akan menarik golongan lelaki untuk turut serta, sehinggakan jumlah peserta yang menyertai pertandingan ini mampu mencecah ribuan penyertaan setiap tahun.

Sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Turki membolehkan pesta gusti minyak kekal sehingga ke hari ini.

Kirkpinar_Oil
Badan dilumur minyak terlebih dahulu.

Berdasarkan catatan, sejarah pertandingan dalam pesta gusti minyak ini sudah wujud pada tahun 1346 lagi.

Sejarahnya bermula apabila dua orang saudara, Orhan dan Suleyman telah bergusti sesama sendiri. Selepas berhari-hari beradu tenaga, tidak ada seorang pun antara mereka yang memenangi perlawanan itu.

Lebih memburukkan keadaan, kedua beradik itu menemui ajal akibat perlawanan tersebut. Mayat mereka telah ditanam dibawah sepohon pokok. Dan selang beberapa tahun kemudian, didapati telah muncul air mata air dikawasan sekitarnya.

Sejak itu, perlawanan gusti minyak telah dijadikan sebagai tradisi oleh penduduk kampung bagi memperingati sejarah tersebut.

Disini, peserta yang menyertai perlawanan Kirpinar dikenali sebagai 'Pehlivan'. Setiap Pehlivan perlu memakai seluar yang diperbuat daripada kulit dan dikenali sebagai 'Kipset'.

Seluar unik ini dianggarkan seberat 13 kilogram. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan memakai baju. Tujuannya untuk melumur minyak keseluruh badan sebagai syarat utama sebelum memulakan acara.

Selepas memenuhi syarat yang telah ditetapkan, pengacara akan memperkenalkan setiap peserta kepada orang ramai. Kelebihan dan gelaran setiap orang juga disebut bagi menampakkan lagi kehebatan mereka.

Kemudian, kesemua peserta akan diiring ke padang untuk sesi memanaskan badan. Apabila selesai, mereka akan memberikan tanda hormat sebelum memulakan perlawanan.

Sejurus acara dimulakan, suasana disekeliling menjadi meriah dengan iringan lagu-lagu tradisional yang dimainkan oleh sekumpulan pemuzik disitu.

Perlawanan kemudiannya diteruskan sehinggalah seorang jaguh muncul sebagai juara dalam acara pesta ini.

Untuk mengadili perlawanan, beberapa orang juri akan diletakkan dikawasan padang. Pemenang akan ditentukan setelah peserta berjaya menjatuhkan lawan masing-masing.

Kirkpinar_beat_enemy
Perlu menjatuhkan pihak lawan.

Jadi, sepanjang masa 40 minit yang dihadkan, kesemua peserta bertungkus-lumus mengalahkan lawan masing-masing bagi merebut gelaran juara.

Juara dalam pesta gusti minyak ini tidak akan pulang dengan tangan kosong. Sebaliknya, ada habuan istimewa yang menanti mereka iaitu talipinggang emas.

Hadiah utama akan disimpan oleh juara sehingga ke pertandingan seterusnya pada tahun hadapan. Pemenang yang mengekalkan kejuaraan berturut-turut pula akan memiliki tali pinggang emas secara kekal, namun sangat jarang berlaku.

Individu yang pernah memiliki tali pinggang emas ini secara kekal ialah Ahmet Tasci, 16 tahun lalu!

Juara turut dikenali dengan gelaran ketua Pehlivan, sebagai bukti kekuatan yang telah dipertaruhkan sepanjang pertandingan tersebut.

Yang lebih menarik, Kirkpinar telah berjaya memegang rekod sebagai pertandingan sukan paling lama didunia.

Kirkpinar_Winner
Juara dinobatkan.

Pada mulanya juga, pesta gusti minyak tidak mempunyai sebarang had masa. Sekiranya tidak ada sebarang peserta yang berjaya dikalahkan, perlawanan akan diteruskan ke hari seterusnya.

Namun, sejak tahun 1975, masa yang diperuntukkan untuk sukan ini ialah selama 40 minit bagi setiap kategori.

Selain dari rekod dunia, acara ini juga telah dipilih sebagai salah satu aktiviti kebudayaan warisan dibawah United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) pada tahun 2010.

Menarik kan..

BACA INI JUGA: Lelaki Kecil Tapi Kekuatannya Menakjubkan!

-SENTIASAPANAS.COM

4 comments

  1. Fuhh.. klu otot tak mantap ni senang2 boleh terseliuh ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau badan kurus kering memang tiada peluang nak menang hehe

      Delete
  2. Mak aiii besar nyerrr.... hekhek... mesti licinkan kalau dah kena lumur minyak satu badan... hehehe...

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon