Sunday, November 23, 2014

Juara Ratu Cantik Muslimah 2014


Edisi kedua pertandingan ratu cantik muslimah yang berlangsung pada tahun ini di Yogjakarta, Indonesia menobatkan peserta dari Tunisia, Fatma Ben Guefrache sebagai pemenang.

Fatma Ben Guefrache

Fatma yang merupakan pakar komputer menewaskan 17 wakil negara lain melalui mesej pembebasan Palestin yang disuarakannya, sekaligus membawa pulang hadiah berupa seutas jam tangan emas, sekeping dinar emas dan pakej umrah.

“Semoga Allah membantu saya dalam misi membebaskan Palestin. Tolonglah untuk sama-sama membebaskan rakyat Palestin dan Syria,” ujarnya yang berusia 25 tahun dalam nada sebak.

Acara tersebut diadakan berlatar belakangkan Kuil Prambanan, salah satu tapak warisan dunia UNESCO, sebagai simbol bahawa masyarakat Islam menghormati pegangan agama lain.

Kata salah seorang pengajur, Jameyah Sheriff, “Kami mahu mereka memahami segalanya mengenai cara hidup Islam, termasuk pemakanan, pakaian dan cara menjalani kehidupan.”

Fatma Ben Guefrache [2]

Acara tersebut kali pertama diadakan pada tahun lalu bagi membantah pengajuran pertandingan ratu cantik dunia yang diadakan pada masa sama di Bali.

Dalam pertandingan itu, peserta diwajibkan mengenakan hijab, diadili dari segi penampilan dan melalui bacaan Al-Quran, juga pandangan mereka tentang Islam di dunia moden.

BACA INI JUGA: Top 10 Negara Dengan Wanita Tercantik Di Dunia

Sumber: Mynewshub

3 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon