Informasi Dunia. Sebelum tahun 1830, kebanyakan makanan dicampurkan garam, rempah, dijeruk ataupun disalai supaya tahan lebih lama.
Walaupun begitu, terdapat beberapa jenis makanan yang sememangnya sukar diawet. Contohnya seperti susu yang perlu dihantar ke kedai pada lewat malam ketika suhunya sejuk.
Malah, perlu dijual segera bagi mengelak susu menjadi busuk. Akibat kesukaran itulah maka tercipta pekerjaan pemotong ais.
Kerja-kerja pemotongan ais biasanya dilakukan pada penghujung Januari atau pada awal Februari setiap tahun.
Pada ketika itu, ketebalan ais mencecah hampir 12 hingga 18 inci. Lokasi sasaran pula adalah di kawasan-kawasan sungai dan tasik-tasik yang keras membeku.
Walaupun ia dilakukan pada musim sejuk, ia sebenarnya digunakan pada musim panas sebagai alat penyejuk beku.
Untuk memulakan pemotongan, mereka akan membersihkan salji daripada permukaan ais sehingga permukaan ais benar-benar kelihatan.
Kemudian, dengan penggunaan peralatan tajam yang diikat pada kuda, para pemotong akan membuat ukiran empat segi.
Selepas itu barulah semua pekerja memulakan aktiviti memotong mengikut garisan sama seperti dalam watak kartun pemenang animasi terbaik anugerah Oscar, Frozen.
Bongkah ais yang sudah dipotong pula akan digerakkan ke kiri dan kanan berkali-kali. Tujuannya bagi mengelak air sungai kembali membeku dan menyebabkan bongkah-bongkah ais kembali bertaut.
Bongkah-bongkah ais kemudiannya diangkat dan disusun di atas kereta kuda. Susunan pula perlu dijarakkan lebih kurang dua inci antara satu sama lain supaya ais-ais tidak melekat yang akan menyukarkan kerja-kerja pemunggahan di rumah ais nanti.
Kerja-kerja pemotongan ini selalunya mengambil masa sekitar 10 hingga 14 jam sehari dalam cuaca yang amat sejuk. Cuba anda bayangkan!
Walau setebal manapun baju yang dipakai, para pemotong ais tetap berasa sejuk kerana impak daripada ketulan ais dan lokasi meraka berada.
Pendapatan yang diperolehi pula hanyalah 15 hingga 20 sen sahaja. Mungkin bayaran yang agak mahal ketika itu.
Sebenarnya, Frozen Ice Cutter adalah pekerjaan wajib setiap kali tiba musim sejuk di England. Malangnya, pekerjaan ini telah pupus dan tidak wujud lagi sekarang.
Pada tahun 1840 berlaku satu revolusi baru. Ketika itu, setiap rumah mula memiliki kotak penyimpanan ais masing-masing untuk kegunaan sendiri.
Sekitar tahun 1848 pula, bongkah-bongkah ais mula masuk ke pasaran antarabangsa. Ia digunakan untuk menyejubekukan makanan yang dieksport menggunakan kereta api dan kapal ke negara-negara tertentu seperti India.
Sekitar tahun 1850, kereta api mula menyediakan gerabak stor ais, khas untuk sejuk beku. Tujuannya, bagi memudahkan proses penghantaran keju dan marjerin ke pasaran luar.
Selepas perang dunia kedua, peti sejuk elektrik tercipta. Ia diedarkan dan dijual secara komersial kepada masyarakat di Amerika.
Sejak itu, perkhidmatan Frozen Ice Cutter mula berkurangan dan tidak lagi dipraktikkan kecuali oleh Henry Whipple yang masih meneruskannya di tasik Laurel, Kentucky sehingga tahun 1948 sebelum pekerjaan itu lenyap hingga ke hari ini.
Walaupun ia bukan lagi pekerjaan wajib musim sejuk, namun aktiviti memotong ais atau Frozen Ice Cutter masih lagi diamalkan hingga ke hari ini dalam pembuatan ukiran patung dan replika ais.
BACA INI JUGA: UNIK! Juru Taip Terpantas Di Dunia Memiliki 6 Jari!
-SENTIASAPANAS.COM
Aktiviti memotong ais rancak dijalankan.

Antara peralatan yang digunakan.

Bongkah ais dibawa menggunakan kereta kuda.
Selepas perang dunia kedua, peti sejuk elektrik tercipta. Ia diedarkan dan dijual secara komersial kepada masyarakat di Amerika.
Sejak itu, perkhidmatan Frozen Ice Cutter mula berkurangan dan tidak lagi dipraktikkan kecuali oleh Henry Whipple yang masih meneruskannya di tasik Laurel, Kentucky sehingga tahun 1948 sebelum pekerjaan itu lenyap hingga ke hari ini.
Walaupun ia bukan lagi pekerjaan wajib musim sejuk, namun aktiviti memotong ais atau Frozen Ice Cutter masih lagi diamalkan hingga ke hari ini dalam pembuatan ukiran patung dan replika ais.
BACA INI JUGA: UNIK! Juru Taip Terpantas Di Dunia Memiliki 6 Jari!
-SENTIASAPANAS.COM
Macam ni gergaji dia. Hebat betul orang dulu-dulu..
ReplyDeleteSaya pernah tengok dokumentari ttg ni dulu.. ada ais yg dijual sampai ke Malaya dgn harga yg sgt mahal. Ais utk golongan bangsawan...
ReplyDeleterupanya frozen ice cutter dalam animasi FROZEN memang betul betul wujud....
ReplyDeletesyukur msia tak sejuk beku camtu kan... kalau tak rasanya hari2 idah akan demam... alergik sejuk... huhuhuhu...
ReplyDeleteAssalammualaikum... SP,
ReplyDeleteooo.. cerita frozen di ambil daripada perkerjaan frozen ice cutter.. satu pekerjaan yang telah pupus... thanks info nie..
mselim3