Thursday, October 23, 2014

Tragedi Ngeri 918 Jonestown


Tahukah anda kira-kira 918 orang telah ditemui mati dalam satu kejadian di Jonestown, California pada 18 November 1978.

918 Jonestown

Lebih mengejutkan, kematian mereka bukannya berpunca daripada bencana alam tetapi disebabkan terlalu taksub kepada ajaran sesat yang dibawa oleh ketua mereka sehingga tergamak membunuh diri dan berbunuhan sesama sendiri.

Angka korban yang terlalu besar itu seolah-olah tidak masuk akal. Bagaimana mereka sanggup mengikut jejak langkah ketua ajaran sesat itu hingga tiada seorang pun yang berani menentang?

Atau, adakah mereka terlalu takut hingga terpaksa berbuat demikian?

Sekitar tahun 1970 hingga 1980, rakyat Amerika masih diselubungi masalah perkauman. Walaupun pandangan dan persepsi negatif sudah sekian lama pudar, tapi pengasingan kaum dan perbezaan layanan masih belum dapat dipulihkan.

Walaupun begitu, terdapat beberapa golongan minoriti kulit putih yang berusaha memperjuangkan konsep menyatukan semua bangsa.

Antaranya seorang pastor bernama Jones yang menggunakan gereja rakyat sebagai landasan perjuangan itu.

Usaha beliau disambut baik oleh sebilangan kecil rakyat kulit putih serta orang-orang politik menyebabkan Jones menerima anugerah The Martin Luther King Jr. Humanitarian Award.

Pun begitu, usaha itu tidak disenangi oleh media-media kulit putih yang mengkritik perjuangannya.

918 Jonestown [2]
918 Jonestown [3]

Serabut dengan masalah itu, Jones bersama-sama pengikutnya lari dan membuka sebuah penempatan baru di Guyana, Amerika Selatan. Ketika itu, Guyana adalah hutan yang belum diterokai. Mereka telah menyewa kawasan baru ini dari kerajaan Guyana.

Semua pokok ditebang dan digantikan dengan tanaman pokok pisang untuk dijadikan makanan asas. Malah, perkampungan ini diberi nama, Jonestown.

Dan disinilah bermula segala-galanya...

Jones yang disanjung tinggi oleh pengikutnya mula menunjukkan taring. Pemerintahan yang dulunya demokrasi bertukar diktator.

Setiap kali ada pandangan diajukan padanya, pasti ada saja yang ditempelak. malah, pengikut yang tidak bersetuju dengannya akan diperhatikan oleh pembantu-pembantu kanan Jones.

Apabila puak Jones tidak lagi menghantar berita kepada keluarga masing-masing, timbul persoalan dikalangan ahli keluarga. Persoalan ini telah mendesak senator Amerika Syarikat membuat lawatan dan melihat sendiri keadaan rakyatnya di sana.

918 Jonestown [4]
918 Jonestown [5]

Maka, berangkatlah wakil kerajaan Amerika bersama pengamal media dan jurugambar ke Guyana.

Kehadiran perwakilan itu disambut baik oleh puak Jones. Rombongan itu dibawa masuk ke dalam hutan sejauh tujuh batu meredah laluan berlumpur.

Ketika tiba di perkampungan tersebut, seorang penduduk telah memasukkan sekeping kertas kecil yang bertulis, 'TOLONG BAWA KAMI KELUAR DARI TEMPAT INI' ke dalam poket salah seorang ahli rombongan.

Menyedari kepelikan surat tersebut, perwakilan itu terus bertanya kepada Jones.

Hasilnya, rakyat yang tidak lagi sebulu dengan Jones dibenarkan keluar dari perkampungan itu dengan syarat, anak-anak mereka tidak boleh dibawa bersama kerana mereka dikatakan hak milik penuh Jones.

Ketika rombongan itu bergerak untuk menaiki pesawat pulang ke Amerika Syarikat, tiba-tiba datang sekumpulan penembak dan melepaskan tembakan bertubi-tubi kearah mereka.

Semua terkorban termasuklah wakil kerajaan Amerika Syarikat, pengamal media serta jurugambar. Selebihnya melarikan diri ke dalam hutan.

918 Jonestown [6]

Jones mula ketakutan. Dia yakin, berita itu akan sampai kepada pihak berkuasa. Selepas berfikir panjang, Jones mengumpul pengikutnya ditengah-tengah Jonestown berhampiran gereja. Dia memberitahu mereka bahawa dunia adalah tempat tinggal yang sangat kejam dan tidak selamat untuk mereka melainkan mati sahaja.

Bagi pengikut tegar, mati bersama Jones adalah adalah sesuatu yang diidam-idamkan. Cara yang paling mudah dan tidak meyakitkan adalah dengan meminum sejenis racun, Cynide Laced, yang bertindak melemahkan badan peminum sebelum tertidur lalu mati. Seolah-olah mati dalam tidur.

Sebelum diberikan racun, Jones pada mulanya membakar semua kebun pisang yang menjadi sumber makanan mereka.

Kemudian, dia menyusun kanak-kanak dan bayi didalam gereja sebelum disuntik dengan racun sehingga mati. Seterusnya, secawan racun diberikan kepada setiap orang dewasa seorang demi seorang.

Ketika itulah, beberapa orang pengikut mula sedar mereka telah ditipu oleh ketua yang mereka sanjung selama ini dengan satu kaedah psikologi gila dan tidak masuk akal.

Tanpa berfikir panjang, mereka cuba lari kedalam hutan untuk menyelamatkan diri, namun ditembak oleh orang-orang kanan Jones.

918 Jonestown [7]

Berita pembunuhan wakil kerajaan mendapat perhatian pihak berkuasa AS. Pasukan penyiasat dihantar untuk melihat kejadian sebenar.

Dan ketika sampai di Jonestown, mereka menemui 918 mayat busuk bergelimpangan!

BACA INI JUGA: Misteri Sumpahan Ladang Myrtles

-Sentiasapanas.com

5 comments

  1. Astagfirullah... tak reti nak komen dah bila tengok mcm tu... nauzubillah.

    ReplyDelete
  2. GIla diorang ni. Rasanya ada movie berkenaan dengan tragedi tapi lupa tajuk dia.

    ReplyDelete
  3. Menakutkan. kenapalah mereka buat macam ni. Kasihan bila tak dapat hidayah ni kan.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon