Monday, October 27, 2014

Sharifah Sakinah Selamat Bertunang, Nikah Mac 2015


Dunia Hiburan. Pelakon Sharifah Sakinah, 25, mengikat tali pertunangan dengan juruterbang Aliff Adha Jamil, 26, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarganya di Taman Melawati pada malam Sabtu.

Sharifah Sakinah Bertunang

Majlis dimulakan dengan bacaan doa dan diiringi dengan ucapan perbincangan oleh bapa Aliff yang mewakili pihak lelaki, Datuk Wira Jamil Osman.

Pada majlis tersebut pihak lelaki menyerahkan lima dulang hantaran yang berupa tepak sirih, sirih junjung, sepasang kain, kain telekung dan kek.

Manakala pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang hantaran terdiri daripada jambangan sirih junjung, cincin, sepasang kain, set wangian, buah-buahan dan dua dulang manisan.

Majlis kemudiannya disusuli dengan adat menyarung cincin yang sempurnakan oleh ibu Aliff, Rodzi Abdullah.

Pada majlis tersebut, Sakinah atau nama sebenarnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar tampil anggun dalam persalinan pereka fesyen terkenal Cosry berserta pelamin bertemakan taman.

Sementara itu, Sakinah yang ditemui selepas majlis selesai bersyukur dan lega apabila majlis itu berjalan dengan lancar.

Biarpun membina hubungan istimewa dalam tempoh yang singkat sebelum mengambil keputusan mengikat tali pertunangan, Sakinah yakin lelaki tersebut adalah pilihan yang tepat buat dirinya.

Sharifah Sakinah Bertunang [2]
Sakinah bersama tunangnya, Alliff.

“Alhamdulillah, segala perjalanan majlis pertunangan ini dilalui dengan sempurna.

“Walaupun tempoh perkenalan kami hanya lapan bulan, kami sudah serasi bersama. Saya kenal dia pun ketika menjadi jurulatihnya. Tidak sangka kami akan mengakhiri perhubungan ini sebagai suami isteri tidak lama lagi,” katanya.

Kedua-dua pihak keluarga bersetuju untuk melangsungkan majlis pernikahan mereka pada 28 Mac 2015.

Turut hadir pada majlis tersebut beberapa rakan artis seperti Marsha Milan Londoh, Michael Ang, Nad Zainal, Siti Saleha, Liyana Jasmay dan Jihan Muse.

Sumber: mStar Online

10 comments

  1. Pasangan dua sejoli... Tahniah buat Sharifah Sakinah...

    ReplyDelete
  2. tahniah untk mereka berdua, Kita doakn yg baik2 ajelah yer !

    ReplyDelete
  3. Cantiknya dia ...kan nampak sopan gini. Tahniah untuk kedua-duanya..

    ReplyDelete
  4. Sama cantik, sama padan. Semoga bakal suami dpt membimbing sakinah ke jalan yg benar :)

    ReplyDelete
  5. Cepat2 kahwin... adalah yang terbaik... (y)

    ReplyDelete
  6. Semoga berbahagia & tahniah kpd pasangan.. :)

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon