Thursday, October 09, 2014

Resepi Cekodok Pisang Yang Rangup!


Apabila cuaca hujan dan mendung seperti sekarang ini, alangkah baiknya kalau ada hidangan enak untuk dibuat santapan.

Cekodok pisang

Antara yang menjadi ‘feveret’ sudah tentulah jemput pisang atau cekodok.

Resipi untuk membuat cekodok pisang yang rangup sebenarnya mudah dan yang paling penting, kosnya murah.

Istimewanya resepi cekodok pisang rangup ini adalah planta atau mentega sebagai bahan penambah baik dalam adunan bater, yang berfungsi untuk membantu merangupkan cekodok anda.

Bahan-bahan;

4-5 biji pisang
1/2 cawan tepung gandum
2 sudu Planta atau mentega
3-4 sudu gula pasir
secubit garam

*Masukkan soda bikarbonat atau serbuk penaik jika mahu (resepi ini tidak menggunakan serbuk penaik)

Cara-cara;

1. Di dalam bekas, lenyekkan pisang bersama mentega, gula dan garam. Kemudian masukkan soda bikarbonat, dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan tidak terlalu. Ini supaya apabila menggoreng, ia tidak terlalu lembik dan gebu.

2. Di dalam kuali yang berisi minyak panas, masukkan adunan pisang secara perlahan-lahan. pastikan api sederhana digunakan.

3. Goreng sehingga warna keemasan dan terapung. Toskan lebihan minyak dan hidangkan panas-panas bersama kopi ‘O'!

Terangkat beb!

BACA INI JUGA: Khasiat Memakan Pisang Yang Anda Tidak Tahu

Sumber: mynewshub

10 comments

  1. Assalammualaikum... sentiasapanas,

    wahh.. sedap cekodok pisang nie boleh terliuh nie... yum2..

    mselim3

    ReplyDelete
  2. cekodok @ cok kodok memang best....kena pulak time hujan pergh


    p/s: rajin betul SP BW

    ReplyDelete
  3. nampak menyelerakan. sy suka kalau air tangan org lain buat. rasa lebih sedap lg

    ReplyDelete
  4. Layan makan petang2 dgn secawan teh o panas... mmg Sentiasa Panas.. :)

    ReplyDelete
  5. Errmm... biasa buat tak pernah letak planta... nanti nak cuba... tq SP

    ReplyDelete
  6. Em sedapnye...biasanye planta ni juga penggaring makanan seperti kuih karipap dan nasi goreng juga...thanks admin.

    ReplyDelete
  7. nak letak planta..nak letak soda karbonat pun bole..janji adad pisang....memang sedap digoreng...cuma teringat zaman jepun dulu....pisang bakar aje yg ada ...hihihhi

    ReplyDelete
  8. dah lama tak makang cekodok rasanya..

    ReplyDelete
  9. menyelerakan.. teringat cekodok pisang air tangan mak tersayang buat...

    ReplyDelete
  10. Sedap gayenye tu..nk buat la juge hehe

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon