Thursday, October 16, 2014

Octoberfest, Festival Minum Arak Tradisi Jerman


Apa itu Octoberfest? Pasti masih ramai yang tertanya-tanya apa sebenarnya sambutan festival Octoberfest ini kan.

Octoberfest

Octoberfest adalah adalah festival musim gugur tahunan yang berlangsung di Munich, Jerman. Festival ini dipenuhi dengan sajian bir dalam jumlah besar beserta pelbagai makanan tradisional Jerman, serta diselangi dengan banyak acara lain.

Jerman sudah merayakan Octoberfest setiap tahun sejak tahun 1810 lagi.

Octoberfest pertama sebenarnya merupakan satu acara lumba kuda yang diadakan untuk merayakan perkahwinan Putera Mahkota Ludwig I dan isterinya, Theresa Saxe-Hildburghausen.

Acara perlumbaan itu berjaya sehinggakan mereka memutuskan untuk mengadakan acara tersebut sebagai acara tahunan.

Di Indonesia, festival Octoberfest sudah menjadi tradisi tahunan bagi Hotel Aryaduta Jakarta sejak tahun 1988. Pengunjung festival bukan hanya warga Jerman, malah warga Indonesia juga.

Sambutan Octoberfest di Malaysia pula bermula sejak 24 September 2013 lalu yang dianjurkan dibeberapa lokasi, antaranya di beberapa hotel dan tempat letak kereta pusat beli-belah, One Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Octoberfest

Jadi, kenapa pula festival yang berasal dari Jerman ini boleh dibawa ke negara ini? Selepas di Selangor, kini di Melaka dan kenapa pula ia dipromosi dan disensasikan? Pasti ada tujuan yang tersirat.

Benar, tiada undang-undang yang menghalang atau mengenakan tindakan ke atas seorang bukan Islam yang minum arak.

Ia hanya akan menjadi kesalahan jika seorang bukan Islam memandu kenderaan ketika berada dibawah pengaruh minuman yang memabukkan atau memandu dengan kepekatan alkohol melebihi had yang ditetapkan, menurut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Dari sudut undang-undang, tidak salah bagi bukan Islam untuk meminum arak sama ada secara tertutup atau tersembunyi.

Tetapi jika acara minum arak dibuat sebagai suatu pesta, walaupun dibuat di lokasi tertutup, dipertontonkan kepada umum melalui gambar yang diambil dan dipos ke laman sosial, ia sebenarnya suatu tindakan yang mempromosikan arak secara fizikal.

Pada masa yang sama, festival Octoberfest ini juga sebenarnya mempromosikan kerendahan moral serta akhlak para peserta yang mengambil bahagian.

Meskipun undang-undang membenarkan bukan Islam mengambil minuman memabukkan, membeli dan menjualnya tanpa diambil tindakan oleh pihak berkuasa, namun ia tidak boleh menjadi syiar yang dipromosi secara terbuka menerusi iklan dan pesta besar-besaran.

Lebih menyedihkan apabila pemimpin politik seolah-olah merestui gejala tidak sihat ini. Sepatutnya mereka berkempen untuk menyeru masyarakat agar menjauhi arak, bukan turut bersama-sama mempromosikannya.

Bible larang arak

Octoberfest

Minuman arak bukan sahaja haram dalam Islam tetapi juga dilarang dalam agama lain. Dalam Bible ada dinyatakan sama juga di dalam ajaran Buddha menyatakan bahawa penganut perlu menghindari atau menahan diri daripada bahan yang memabukkan.

Secara umumnya, arak juga tidak dibenarkan dalam agama Hindu. Di Dalam agama Sikh antaranya, tidak boleh memotong rambut, tidak boleh berkelakuan buruk, tidak boleh merokok, tidak boleh memakan daging yang disembelih dan tidak boleh minum beralkohol.

Orang Islam yang patuh kepada ajaran dan hukum agama tidak akan meminum arak. Orang bukan Islam juga tidak akan meminum arak jika patuh kepada ajaran agama masing-masing.

Pada April 2014, ketika polemik berhubung isu penjualan arak dalam penerbangan, ramai tokoh dikalangan bukan Islam menyatakan persetujuan agar penjualan arak di dalam penerbangan dihentikan.

Presiden Persatuan Hindu Sangam Malaysia, Datuk RS Mohan Shan berkata, arak dilarang kepada penganut Hindu kerana ia boleh membawa mudarat kepada peminumnya.

"Arak boleh membawa kepada satu tahap dimana peminumnya boleh hilang kesedaran diri.

"Seterusnya individu terbabit mungkin akan melakukan sesuatu yang diluar kawalan.

"Oleh itu, Hindu melarang minum arak kerana mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Eksekutif National Evengelical Christian Fellowship (NECF), Alfred Tais berkata, ajaran Kristian juga tidak menggalakkan penganutnya mengambil minuman keras.

"Tindakan tidak rasional ketika mereka mabuk ini yang menyebabkan ajaran Kristian menghalang mereka daripada mengambil minuman keras," katanya.

Orang bukan Islam mempunyai hak dan kebebasan untuk makan dan minum makanan yang halal bagi mereka, walaupun haram bagi orang Islam, dengan syarat tidak menyentuh atau mencabar sentimen umat Islam atau membawa kepada fitnah dan kerosakan masyarakat keseluruhan.

Octoberfest

Jika ia berlaku, kerajaan wajib campur tangan dan bertindak bagi menghalang ianya tersebar dan berleluasanya lubang-lubang kerosakan yang boleh menjerumuskan masyarakat ke dalamnya.

Jika ia berlaku, kerajaan wajib campur tangan dan bertindak bagi menghalang ianya tersebar dan dari berleluasanya lubang-lubang kerosakan yang boleh menjerumuskan masyarakat ke dalamnya.

#Penulis merupakan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), E-mel: sekretariatpgsm@yahoocom

BACA INI JUGA: Bandar Yang Sedia Menawarkan Pesta Se*ks Setiap Masa

-SENTIASAPANAS.COM

2 comments

  1. Arak ni mmg rencah syurga dunia utk sahabat2 syaitan.. tak perlulah. Seluruh dunia pun tak perlu sebenarnya kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perkara yang salah dan jelas salah. Kenapa perlu dipertahankan..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon