Sunday, October 26, 2014

Kisah Luar Biasa Lelaki Pembelah Gunung!


Gaya adalah sebuah bandar yang terletak di Bihar, India. Keindahannya yang dikatakan memiliki nilai estetika purba, sering menjadi destinasi pilihan pelancong.

Dashrath Manjhi
Dashrath Manjhi.

Bukan itu saja, cerita-cerita mitos tempatan juga sangat menarik untuk didengari. Walaupun sejarahnya cukup bernilai, namun terdapat satu lagi kisah yang lebih istimewa untuk dikongsi bersama.

22 tahun lalu, Gehlour Hill adalah sebuah gunung yang tersergam megah di daerah Gaya. Gunung yang menjadi pemisah antara Atri dan Wazirganj ini merupakan satu-satunya laluan utama penduduk ke bandar yang terletak 70 kilometer dari kampung Gehlour.

Sehinggalah seorang lelaki, Dashrath Manjhi, kehilangan isterinya pada tahun 1967. Isteri Dashrath Manjhi yang telah terlibat dalam satu kejadian lalu memerlukan rawatan segera.

Malangnya, dia terpaksa mengendong isterinya mendaki gunung untuk ke hospital terdekat yang memerlukan kira-kira lima hingga tujuh hari dengan berjalan kaki. Baru berjalan beberapa kilometer perjalanan, Falguni menemui ajal akibat lambat dirawat.

Kejadian itu benar-benar memberikan tamparan hebat kepada Dashrath Manjhi. Bimbang perkara sama berlaku kepada orang lain, Dashrath membuat keputusan. Dia mahu membelah gunung dan memudahkan urusan penduduk kampung!

Dashrath Manjhi

Berbekalkan alat pertanian dimilikinya, proses pemetaan mula dibuat. 110 meter panjang, 7.6 meter dalam dan 9.1 meter lebar dan begitulah seterusnya.

Tidak kira siang atau malam, dia bekerja sendirian memecah gunung sedikit demi sedikit. Ada kalanya dia dikeji dan ditertawakan penduduk kampung yang memerli tindakannya. Namun, itu semua dijadikan motivasi sebagai penguat semangat.

Menurut Dashrath, diawal proses memahat gunung, dia pernah dituduh tidak siuman. Bagaimanapun, selepas beberapa tahun, orang-orang kampung mula nampak kemuliaan hati lelaki ini. Mereka mula datang membantu dan bersama-sama memecahkan gunung!

Dashrath Manjhi

Ketika itu, barulah dia mendapat sokongan, makanan dan bantuan kewangan.

22 tahun kemudian, sebatang jalan pintas berjaya dibina. Mengikut perkiraan, Dashrath mula memahat batu pada tahun 1967 hingga 1982. Usaha itu sekaligus memendekkan jarak dari 70 kilometer menjadi 15 kilometer sahaja.

Usaha kerasnya berbayar apabila satu negara memuji ideanya dan memberi gelaran kepadanya sebagai 'Lelaki Gunung'.

Bagaimanapun, setelah 25 tahun jalan itu siap, Dashrath meninggal dunia pada 17 Ogos 2007. Dia disahkan menderita penyakit kanser hempedu. Dashrath meninggal dunia pada usia 73 tahun di Institut Sains Perubatan India (AIIMS), New Delhi.

Dashrath Manjhi
Boleh dilihat melalui Google.

Sedar betapa besar sumbangan diberikannya, proses pengebumiannya ditaja oleh kerajaan Bihar.

Meskipun lelaki tua berketurunan Bihar itu sudah tiada, namun namanya tetap segar dihati penduduk kampung.

Sebagai mengenang jasa, Ketua Menteri Bihar, Nitish Kumar mencadangkan pembinaan jalan raya sejauh tiga kilometer menghubungkan Gahlaur ke Amethi dan jalan itu diberi nama, Jalan Dashrath Manjhi.

Bukan itu saja, sebuah lagi hospital akan dibina dikampung tersebut dan juga diberi nama sempena dirinya.

Setahun sebelum kematiannya, Dashrath Manjhi turut menerima anugerah Padma Shree dalam Sektor Perkhidmatan Sosial.

Cerita inspirasi Dashrath Manjhi yang gigih membelah gunung selama 22 tahun turut mendapat perhatian pembuat filem Hindi, Ketan Mehta.

Dia menggambarkan lelaki gunung ini sebagai golongan miskin yang berjiwa Shah Jehan (Taj Mahal).

Dashrath_Filem
Kisah Dashrath difilemkan.

Pada bulan Julai 2012, pengarah Manish Jha mengumumkan filem Manjhi, berdasarkan kehidupan sebenar Dashrath Manjhi.

Menurut Manish, semasa di Unit Rawatan Rapi (ICU), Dashrath Manjhi memberi isyarat kebenaran untuk membuat filem mengenainya.

Filem itu berjaya dihasilkan oleh Sanjay Singh dan dilakonkan oleh Nawazuddin Siddiqui dan Radhika Apte.

Kemuliaan dan kesungguhan Dashrath Manjhi turut menarik rasa simpati pelakon Bollywood, Aamir Khan, sehingga membawanya melawat ke kampung Dashrath Manjhi.

Malah, kisah kecekalan lelaki tua itu turut dipaparkan dalam rancangan Satyamev Jayate pada Mac 2014 lalu yang dihoskan oleh Aamir sendiri.

Aamir-Khan

Jadi, kepada pembaca yang budiman, sehingga setakat ini, adakah anda sendiri sudah berusaha mencapai arah tuju kehidupan sebaiknya dengan hati yang cekal tanpa mahu berputus asa? Adakah dengan rintangan sedikit kita sudah mahu menyerah kalah?

Buat blogger yang membaca artikel ini hingga ke noktah terakhir, adakah kita berblog demi wang, pujian, ranking, untuk kepuasan diri sendiri atau demi kebaikan bersama pembaca?

Semoga apa pun impian dan cita-cita kita, mari kita lakukannya tanpa putus asa, tanpa rasa putus asa dan jangan sesekali berputus asa..:)

Selamat membaca..~SP

BACA INI JUGA: Hamil Selepas Menyentuh Patung Kesuburan!

-SENTIASAPANAS.COM

3 comments

  1. digerakkan oleh rasa cinta pada isterinya yang akhirnya memberi manfaat kpd banyak orang

    ReplyDelete
  2. kagum dgn kesungguhan lelaki tersebut..

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... Rasa bermotivasi bila baca kisah lelaki tu. Walaupun orang ejek dia, dia tak pernah berputus asa nak belah gunung tu. Org mcm ni yg kita patut jadikan idola.

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon