Tuesday, October 14, 2014

Ibadah HAJI Untuk Beramal Bukan ‘Berselfie’


Seorang ulama terkenal Saudi semalam menggesa umat Islam yang menunaikan umrah atau haji supaya tidak taksub melakukan 'selfie'.

HAJI BERSELFIE [2]

Menurutnya, fenomena itu hanya mengganggu dan akan menjejaskan mereka daripada melakukan ibadah yang sepatutnya mereka lakukan ketika berada di Tanah Suci.

"Orang ramai biasanya melakukan untuk menunjuk-nunjuk. Ini bukan saja merosakkan seluruh ibadah mereka dan menjejaskan pahala yang mereka inginkan untuk datang ke sini," kata anggota jawatankuasa kesedaran haji dan juga pensyarah di Universiti Majmaah, Ali bin Abdul Aziz Al-Shibal.

"Mengambil gambar untuk memberitahu orang lain di mana anda atau untuk menunjukkan anda melakukan sesuatu yang baik akan menjejaskan niat anda dan sekaligus melanggar tujuan sebenar matlamat anda.

"Lebih-lebih lagi jika ada jemaah lain yang turut muncul dalam gambar anda. Ia mencabuli privasi dan hak mereka," katanya.

Menurut Ali, Islam melarang umatnya meniru gaya, budaya dan tradisi orang bukan Islam.

"Orang Islam perlu bangga dengan budaya mereka sendiri," katanya.

Ulama itu juga memetik hadis Nabi Muhammad (SAW) yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah yang berbunyi: "Barang siapa yang menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk golongan mereka".

HAJI BERSELFIE

Beberapa ulama bersetuju fotografi digital dilarang kecuali untuk tujuan mustahak seperti merakam acara penting, mendedahkan penjenayah, mengeluarkan kad pengenalan, mengajar dan mencetak program berguna.

Ditanya sama ada pihak berkuasa akan melancarkan kempen menentang selfie pada musim umrah dan haji akan datang, Ali berkata: "Kempen kami bertujuan mendidik jemaah dan umat Islam lain daripada menjauhi amalan tidak Islamik."

Sumber:
http://www.hmetro.com.my/node/1608

7 comments

  1. asalamualaikum..baca paparan ini, etuza rasa inilah pengetahuan yang kena pegang bergambar biar bertempat..apapun walhualam..hanya Allah tahu dalam hati kita ya.

    ReplyDelete
  2. Takut jatuh riak dan menunjuk-nunjuk pula kan..

    ReplyDelete
  3. apa ditakuti adalah timbulnya perasaan riak..dan ibadah kita jadi sia-sia..namum semua itu bergantung pada niat kita

    ReplyDelete
  4. Kita ni cepat buruk sangka

    ReplyDelete
  5. umrah tu sebenarnya boleh bergambar sebab dalam erti kata lain umrah adalah melawat... tapi haji ni, patut kenalah tawaduk, sebab itu antara rukun islam.... hmmm

    ReplyDelete
  6. Menawarkan Ground Haji VIP dan Umrah 2015 / 1436H

    Untuk maklumat lanjut layari www.abkhgc.com

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon