Friday, October 31, 2014

Hikmah Dan Kebaikan Menyimpan Janggut


Memang macho apabila lelaki berjambang. Tambah pula kajian saintifik banyak menemui manfaat kesihatan disebalik menyimpan simbol kelelakian itu.

Kebaikan Menyimpan Janggut
Gambar hiasan.

Namun, antara kritikan yang sering diterima oleh lelaki apabila menyimpan jambang atau janggut ialah nampak kusut. serabut, tidak terurus, tidak ada duit hendak beli alat pencukur, macam pak Arab, mat Pakistan, nampak alim dan bermacam-macam lagi.

Sebuah kajian dari University of Southern Queensland, Australia yang diterbitkan dalam Jurnal Radiation Protection Dosimetry, menunjukkan bahawa janggut atau jambang mampu memberi perlindungan sebanyak 90 hingga 95 peratus pada wajah daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan kanser kulit.

Hasil kajian itu diperolehi selepas para penyelidik melakukan eksperimen menggunakan teknik dosimetri, iaitu mengukur jumlah penyerapan cahaya matahari dalam masa ditetapkan.

Hasil keputusan menunjukkan, bahagian muka yang dilindungi oleh rerambut, baik janggut, misai mahupun jambang didapati kurang terdedah kepada sinaran UV berbahaya berbanding dengan kawasan tidak berbulu. Oleh itu, semakin tebal dan panjang janggut, ia semakin baik kepada penyimpannya.

Dan jangan tidak tahu, kelebatan janggut sangat bermanfaat dalam mengekalkan kelembapan wajah lelaki.

Menurut seorang pakar dermatologi dari London, Dr. Nick Lowe, lelaki dengan imej berjanggut dan berjambang tidak perlu khuatir tentang kulit kering. Ini kerana dibahagian kulit berbulu terdapat kalenjer sebaceous, yang fungsinya merembeskan bahan berminyak, dikenali sebagai sebum.

Kehadiran sebum mampu memberi kelembapan muka sepanjang hari, seterusnya dapat memanjangkan sel-sel kulit supaya tidak cepat tua.

Manfaat memelihara janggut rupanya bukan sekadar tertumpu pada luaran kulit tetapi turut mempengaruhi kesihatan dalaman lelaki.

Fakta ini turut diakui oleh pakar perunding pernafasan di Klinik London, Dr. Felix Chua. Menurutnya, rerambut boleh bertindak sebagai penapis dan menghentikan habuk daripada memasuki saluran pernafasan. Dengan itu, gejala asma dapat dikurangkan dikalangan lelaki berjanggut.

Satu lagi penemuan saintifik yang sangat luar biasa mengenai kebaikan janggut ialah, ia berupaya meningkatkan kesuburan lelaki.

Daripada kajian saintis dari Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat, berjudul The Amazing Fact of Human Body mendapati janggut lelaki mengandungi hormon testosteron.

Dengan janggut ini juga, ia bukan sahaja boleh meningkatkan kesuburan lelaki, malah mampu merangsang dan menstabilkan kitaran haid dan menggalakkan pertumbuhan telur wanita.

Bagaimana pula caranya? Hanya menerusi sentuhan dengan isteri anda!

Jadi, bagi mereka yang belum dikurniakan anak kerana ada masalah kesuburan misalnya, adalah sangat digalakkan para isteri membelai dan menyentuh janggut atau jambang suami dengan penuh kasih sayang.

Kajian terhadap janggut ini menyerlahkan lagi bukti saintifik tentang sunnah yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW sejak 1,400 tahun dahulu.

Ajaran itu dijelaskan dalam satu hadis sahih dari Ibnu Umar r.a. bahawa Nabi bersabda, "Hendaklah kamu berbeza dengan orang-orang Musyrikin; kerana itu peliharalah janggut dan potonglah misai." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Berdasarkan hadis ini, jelaslah menyimpan dan memelihara janggut merupakan amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh semua nabi dan para sahabat terdahulu.

Saranan Nabi ini bertujuan supaya umatnya tidak sama dalam beberapa hal dengan orang musyrikin dan ahli kitab, yahudi serta nasrani.

Dengan imej sedemikian juga, ia jelas dapat membezakan antara lelaki dan wanita kerana Islam melarang kaum Adam menyerupai kaum Hawa, begitu juga sebaliknya.

Jadi, jangan malu dikatakan tidak kacak atau tua daripada usia dengan imej berjanggut. Serlahkan simbol kelelakian anda. Disamping nampak segak bergaya, anda telah melaksanakan sunnah Nabi.

Jangan perleceh dan mengejek mereka yang sedang menunaikan perintah Allah dan Rasul.

Anda bila lagi?

BACA INI JUGA: Benarkah Wanita Suka Lelaki Berjanggut?

-SENTIASAPANAS.COM

14 comments

  1. Salam Admin..

    Saya tak faham lah dengan kajian tentang janggut, memakai tudung, dan menyentuh anjing. Kajian bakteria yg ada pada anjing hanya boleh dihapuskan dengan samak. Cuba tengok orang kafir hari2 pegang anjing, boleh pulak mereka hidup sampai tua.
    Kajian tentang tudung pula perempuan yg tidak pakai tudung akan mudah mendapat kanser. Orang kafir yg tidak pakai tudung seumur hidup ada je yg boleh hidup sampai tua. Tidak bertambah pun bilangan mereka yg mati. Kajian lelaki yg simpan janggut pula, ada sahaja orang kafir yg boleh dapat anak ramai boleh hidup sampai tua. Tidak berkurang pun bilangan mereka di dunia ni akibat penyakit.

    Adakah kajian ini hanya hoax? Bagi pendapat saya kalau nak tengok Islam itu kembali hebat hanya tunggu Imam Mahdi, Nabi Isa muncul dan berperang dengan Dajjal dan Kafir. Pada masa itu sahajalah Islam kembali hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin ini jawapannya?
      http://www.sentiasapanas.com/2014/08/istidraj-nikmat-allah-kepada-manusia.html

      Delete
  2. subhanallah ternyata memiliki jangut panjang banyak manfaatnya yah walaupun masi saja banyak orang yang mengaggap bahwa orang berjanggut itu kesannya kurang mengurus diri tapi saya tetep ingin memiliki janggut soalnya sampe sekarang janggut saya koq belum tumbuh tumbuh yah ahaha kenapa coba ? :3

    salam sukses yaa dari Cinta teknologi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih datang baca ya..:)

      Delete
    2. Jangan hiraukan org,, kita simpan saja janggut dan jambang,, klu wanita asia tak suka lelaki jambang malah kita gk rugi wanita arab ramai suka lelaki berjambang :) :P

      Delete
  3. Assalammualaikum...SP,

    hikmah menyimpan janggut ... nie. Jangan lupa menyimpan janggut sunnah rasullulah saw.. insaallah..

    mselim3

    ReplyDelete
  4. woahh. mmg sunnah Rasulullah ada baiknya untuk manusia kan :)

    ReplyDelete
  5. sunnah nabi itu yg terbaik utk diikuti malah dapat pahala . Org melayu jarang ada jambang ...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah... saya ada janggut.. :)

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah,, sy umur 18 tpi dh ada janggut misai dan jambang ... tpi skrng tngh menunggu untuk proses pelebatan jambang sy.. syukur sy ada bakat jambang,, bukan smua org dikurniakan jambang.

    ReplyDelete
  8. Mulai esok nak simpan janggut, takmau cukur dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Itulah yang sebaik-baiknya :)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon