Konflik yang berlarutan sejak Mei 1948 di bumi Palestin dan benua Arab ini boleh dianggap sebagai ‘Medan Amali Ketamadunan Manusia’. Bumi sempit ini telah menyaksikan beratus siri rundingan diselangi dengan beribu bedilan serangan, di samping usaha diplomasi antarabangsa dan keprihatinan NGO menabur jasa bagi mewujudkan keamanan di bumi penuh keberkatan ini.
Terkini, setelah lebih 50 hari serangan bermula 8 Julai yang mengakibatkan kehilangan lebih 2,100 nyawa tidak berdosa dan kemusnahan lebih 4,000 rumah, masjid, dan prasarana utama di Gaza, gencatan senjata yang dimeterai pada 26 Ogos lalu memberi ruang untuk warga Gaza yang diselebungi kesedihan kembali bernafas, sedang warga Israel diselubungi ketakutan.
Pertemuan di meja rundingan tersebut telah menatijahkan persetujuan bersama untuk Hamas menghentikan serangan roket manakala Israel bersetuju menghentikan pengeboman dan menarik balik sekatan yang dikenakan kepada Gaza, di samping rundingan tetap diteruskan bagi menyelesaikan beberapa syarat berbangkit di antara Gaza dan Israel.
Laporan majalah The Economist edisi Ogos dan September 2014 berkaitan isu Gaza memberi dimensi menarik tentang konflik di bumi Gaza.
Hamas digambarkan sebagai kumpulan Islamis eksterimis yang menolak toleransi, melancarkan roket dan membina terowong untuk membunuh dan menculik tentera Israel.
Manakala Israel pula ditonjolkan sebagai simbol demokrasi tulen yang menjuarai hak asasi, perdagangan dan inovasi.
Namun, serangan roket dan misil dalam Operation Protective Edge yang dilancarkan oleh Israel Defense Forces (IDF) sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal ini telah membentuk pola pendapat dunia (world opinion) yang baharu tentang krisis kemanusian di bumi Palestin, khususnya dalam kalangan generasi muda.
Fenomena baru ini sangat membimbangkan pihak Israel yang khuatir mereka hanya menang dalam pertempuran (winning the battle) tetapi kalah dalam peperangan (losing the war).
Dimensi baru konflik Palestin - Israel
Simpati dunia kepada Gaza kian memuncak. Dalam satu tinjauan pendapat yang dibuat oleh agensi berita BBC pada bulan Jun 2014, beberapa ribu responden daripada 23 buah negara ditanya, ‘Adakah Israel memberi kesan baik atau buruk kepada dunia?’ – 26 peratus menyatakan Baik manakala 48 peratus menyatakan Buruk.
Malah di negara Amerika, sekutu kuat Israel, turut menyaksikan peratusan penduduknya yang tidak bersetuju dengan kekerasan terhadap Gaza meningkat 5 peratus daripada tahun 2002 kepada 39 peratus, dan sokongan golongan berumur 18-29 tahun kian menguncup kepada 25 peratus.
Di benua Eropah, semakin ramai yang menggelar Israel sebagai ‘racist’ setaraf dasar ‘apartheid’. Ini kerana, tiada demokrasi moden yang boleh mengiktiraf peperangan di antara dua negara yang mengakibatkan kehilangan nyawa orang awam dan kanak-kanak tidak berdosa.
Sentimen sama turut dikongsi oleh belia Islam di Malaysia dan Indonesia. Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Friedrich Naumann Foundation dan Merdeka Center berkaitan ‘Muslim Youth in Southeast Asia - Surveys in Malaysia and Indonesia’ pada tahun 2011, responden di Malaysia diminta menyenaraikan nama negara yang paling digemari dan tidak digemari dalm konteks hubungan antarabangsa – dapatannya sangat mengejutkan – Palestin diletakkan di kedudukan paling tinggi diikuti Jepun dan Singapura, manakala Israel diletakkan di kedudukan paling corot, di belakang Amerika dan Britain.
Ditanya ‘Adakah Amerika patut menghentikan sokongan kepada Israel?’ – 80 peratus menyatakan Ya dan 20 peratus menyatakan Tidak.
Malah, Malaysia tidak ketinggalan dalam menyaksikan lautan peserta pelbagai kaum yang hadir dalam penganjuran himpunan - himpunan solidariti Gaza di samping jumlah kutipan derma mencecah jutaan ringgit.
Ternyata pertembungan Palestin - Israel pasca 2014 telah memasuki fasa baru yang bukan lagi bergantung kepada aspek fizikal ketenteraan dan hubungan kerajaan (G2G), tetapi bergantung kepada aspek gerakan massa (civil society) yang melibatkan kuasa-beli (purchasing power) dan persepsi umum (public opinion).
Israel kian tersepit dalam ketakutan. Dalam pertempuran sempadan, mereka berhadapan dengan kekuatan ketenteraan Hamas yang sukar untuk dipatahkan oleh Israel Defense Forces yang memiliki kelengkapan senjata tercanggih di dunia.
Dalam persaingan pasaran, Israel bersendirian dalam menghadapi gerakan BDS (Boycott, Divestment, and Sanction) – yang kian mendapat sokongan bank dan syarikat ternama dunia – untuk memboikot dan menghentikan pelaburan kepada Israel sebagai tekanan untuk Israel menghentikan pembinaan di Tebing Barat dan memulangkan hak tanah air kepada penduduk asal Palestin.
Dalam pertembungan pemikiran, Israel yang berpaksikan kebebasan dan kedaulatan (liberty and sovereignty) makin gerun dengan kewujudan pola pemikiran baru – ‘delegitimising’ - yang mempersoalkan ‘legitimasi’ atau status negara haram Israel.
Istilah ini sangat ditakuti regim Zionis Israel, sehingga ia secara rasmi digelar sebagai ancaman strategik (strategic threat) kepada mereka.
Konsep ‘delegitimising’ terhadap Israel bukanlah perkara baru. Ia dikatakan bermula pada Sidang Sedunia Menentang Rasisma di Durban pada 2001, yang menghimpunkan 1500 delegasi kerajaan dan perniagaan di bawah naungan PBB.
Di dalam salah satu resolusi sidang tersebut, regim Zionis Israel digolongkan sebagai gerakan rasis, yang seterusnya mencetuskan idea yang membentuk pola pemikiran ‘delegitimising’ ke seluruh dunia.
Sentimen ini, walaupun kurang mendapat tempat di kalangan generasi tua, mudah untuk meresap ke dalam minda generasi muda yang hanya mengetahui peperangan melalui pembacaan buku sejarah dan aplikasi permainan komputer, tetapi tidak dapat menerima realiti berlakunya peperangan sebenar dalam dunia serba moden ini.
Palestin kini tidak berseorangan dalam menghadapi Israel dan sekutunya. Walaupun tidak dibantu jiran sebangsa dan seagama seperti Mesir, Jordan dan Arab Saudi, warga Palestin kini mampu menguntum senyuman kerana mendapat simpati dan sokongan dari seluruh dunia yang cintakan keamanan.
Sejauh mana dimensi baru ini mampu pergi bergantung kepada dinamika pola pemikiran generasi muda dunia.
Namun dunia menyaksikan bahawa ketakutan di pihak Israel bermakna, kemenangan bagi kemanusiaan dan keamanan.
"Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya untuk Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Al-Isra’: 1)
–HARAKAHDAILY 5/9/2014
*Syahir Sulaiman ialah Pengarah Kajian Polisi DPPM
Semoga memberi manfaat.
BACA INI JUGA:
-Sentiasapanas.com

- Doa Qunut Nazilah Untuk Umat Islam Yang Ditindas
- Adakah Para Ulama Al-Azhar Gagal Mempraktikkan Al-Qur'an?
-Sentiasapanas.com
Semoga Allah sentiasa melindungi Gaza & msykt Islam seluruh dunia... aamiin.
ReplyDeleteAmiin..
Delete