Tuesday, September 02, 2014

Kisah Ikan Keli Gergasi Yang Memburu Manusia!


Disebuah wilayah sempadan antara India dan Nepal, wujud sebatang sungai yang dikenali sebagai Kali Gandaki.

Jaremy Wade Lele Fish [3]

Sungai ini merupakan laluan suci yang dianggap penduduk tempatan sebagai laluan ke syurga. Dikatakan, sungai ini merupakan tempat abu mayat dihanyutkan dan pernah dijadikan tempat membakar mayat.

Bagi penduduk tempatan, aliran sungai yang berasal daripada pergunungan Himalaya ini merupakan destinasi abadi roh seseorang untuk ke syurga. Dipercayai, mereka yang dibakar di sungai ini akan mudah menemui syurga.

Pada bulan April 1988, satu tragedi misteri berlaku di kawasan itu. Seorang remaja Nepal bernama Dil Bahada tiba-tiba hilang tanpa sebarang kesan sewaktu mandi di sungai itu.

Menurut cerita rakan-rakan Dil Bahada, mereka telah melihat satu benda pelik mengheretnya ke dalam air sebelum dia lenyap begitu sahaja. Usaha pencarian yang dijalankan pelbagai agensi bantuan kecemasan tidak menemui sebarang tanda.

Selepas tiga hari usaha mencari dijalankan, agensi penyelamat merasa pelik kerana mayat Dil langsung tidak ditemui dalam sungai itu.

Malah cebisan pakaian atau daging juga tidak ditemui walaupun mereka mencari sejauh lima kilometer menyusuri sungai tersebut.

Keadaan itu menimbulkan pelbagai tanda tanya dan persepsi. Salah satu telahan yang bermain difikiran anggota penyelamat, kemungkinan mayat Dil telah dibaham oleh buaya.

Bagaimanapun, ia sesuatu yang agak mustahil kerana di kawasan itu tidak ada buaya. Rekod hidupan liar tidak menunjukkan kawasan itu mempunyai buaya.

Kali Gandaki River

Tiga bulan selepas kejadian itu, satu lagi kejadian yang sama berlaku. Kali ini mangsanya seorang kanak-kanak. Menurut kisah, kanak-kanak itu bersama bapanya ke sungai berkenaan untuk mandi.

Tiba-tiba, kanak-kanak itu disentap 'sesuatu' ke dalam air. Kejadian itu berlaku di depan mata bapanya sendiri. Menurut bapa kanak-kanak itu, dia hanya mampu menjerit dan tidak berdaya berbuat apa-apa kerana kejadian itu berlaku dengan cukup pantas.

Boleh dikatakan, selepas tahun 1988, banyak lagi kejadian serupa berlaku melibatkan penduduk ditebing sungai berkenaan. Dianggarkan lebih daripada seribu orang telah hilang 'dibaham' makhluk misteri tersebut.

Kejadian terbaru berlaku pada tahun 2007. Dalam kejadian itu, seorang remaja telah dibaham oleh seekor makhluk yang mempunyai muncung seperti khinzir. Kejadian itu telah disaksikan oleh beberapa orang rakan remaja itu yang menyelam bersama-samanya dikawasan itu.

Walaupun penduduk percaya ia adalah perbuatan buaya, kajian yang dilakukan oleh seorang pengkaji biologi, Rick Rosenthal mendapati kawasan tersebut bebas daripada kumpulan buaya.

Menurut Rick, air sungai itu yang sejuk dan juga alirannya yang berliku serta cetek menyebabkan spesis buaya sukar untuk hidup. Intipan dari udara juga tidak pernah menemui sebarang kesan haiwan itu berjemur. Jadi, Rick mengandaikan kejadian orang hilang bukan disebabkan oleh buaya.

Jaremy Wade Lele Fish [2]

Menyedari masalah itu, seorang saintis biologi, Jaremy Wade menawarkan diri secara sukarela untuk menyelesaikan misteri pelik itu. Selepas membuat beberapa pemerhatian pada hidupan marin sungai, Wade menemui jawapan yang mengejutkan dunia.

Tanpa disangka, predator yang menjadi misteri itu adalah sejenis ikan daripada spesis Goonch. Di Nusantara, spesis Goonch dikenali sebagai ikan Lele. Di Malaysia dikenali sebagai ikan Keli!

Usaha memasang perangkap dijalankan bagi menghentikan aktiviti pemangsa itu. Selepas beberapa bulan mengkaji tabiat haiwan itu, akhirnya ia berjaya ditangkap. Ikan Goonch seberat hampir 73 kilogram berjaya dinaikkan.

Menurut Wade, ikan Goonch yang ditangkap ini telah mengalami mutasi dan perubahan DNA. Keadaan ini berlaku kerana ia sering memakan daging mayat manusia yang dihanyutkan ke sungai itu.

Sejak zaman berzaman, masyarakat Nepal mengamalkan ritual Bagmati iaitu upacara membakar mayat sebelum dihanyutkan ke sungai. Bagaimanapun, ada diantara mayat ini tidak habis dibakar dan tenggelam ke dalam sungai. Ia kemudiannya menjadi makanan ikan ini.

Jaremy Wade Lele Fish

Akibat berpuluh tahun menjamah mayat, akhirnya ikan ini ketagih lalu menjadikan daging manusia sebagai menu utamanya. Oleh kerana upacara ini sudah jarang dijalankan, menyebabkan ikan ini menjadi ganas dan mula menyerang manusia.

Setakat ini, Wade dan saintis biologi masih tidak menemui jawapan bagaimana ikan ini boleh menjadi gergasi dengan memakan daging manusia dan bertukar karakter menjadi kanibal sedangkan spesis ikan lain yang hidup di sungai berkenaan tidak pula mengalami perubahan biologi sebegitu.

-Sentiasapanas.com

2 comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon