Saturday, September 06, 2014

Hamil Selepas Menyentuh Patung Kesuburan!


Sekitar tahun 90an, bandar Orlando, Florida, Amerika Syarikat tiba-tiba menjadi terkenal dan menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia. Ia berikutan sebuah kisah sepasang patung kayu yang didakwa telah menghamilkan 2,000 orang wanita.

Baule - Ripley's Believe It Or Not, Robert Ripley

Mungkin bunyinya seperti sesuatu yang kelakar dan mengarut tapi kisah ini benar-benar berlaku. Ia diakui sendiri oleh pemilik patung ini iaitu sebuah syarikat penerbitan terkenal Amerika Syarikat, Ripley's Entertainment yang berpusat di bandar tersebut.

Pada tahun pertama patung itu di pamerkan, syarikat tersebut mendakwa satu keadaan luar biasa telah berlaku. Ia bagaikan satu situasi yang dirancang apabila 13 orang pekerja termasuk beberapa orang pengunjung disahkan hamil selepas menyentuh patung itu.

Ada diantara mereka yang berasa terkejut dan tidak menyangka akan mengandung dalam waktu yang singkat walaupun telah mengambil pil perancang keluarga.

Seorang wanita yang pernah menyentuh patung tersebut dan merupakan salah seorang pekerja di syarikat itu mendakwa sangat terkejut selepas mendapat tahu dirinya disahkan hamil.

Dia mengakui sebelum disahkan hamil, dia telah mengambil pil perancang keluarga untuk mencegah kehamilan tetapi tidak lama kemudian dia disahkan hamil dalam masa yang singkat. Ia sebenarnya sesuatu yang sangat mustahil.

Sementara itu, seorang petugas wanita di sebuah syarikat kiriman ekspres, Airborne Express, turut dilaporkan hamil. Wanita tersebut yang dirahsiakan identitinya mendakwa, sewaktu melakukan rutin hariannya, dia kerap kali menyentuh patung berkenaan untuk dipindahkan ke tempat-tempat pameran mengikut jadual yang ditetapkan.

Baule - Ripley's Believe It Or Not, Robert Ripley [2]

Kisah tahyul mengenai kemampuan patung tersebut menyuburkan wanita mula tersebar. Ia mendapat liputan meluas daripada media di seluruh dunia.

Antaranya, pernah ditayangkan di beberapa buah stesen televisyen tempatan dan luar negara seperti CNN, Good Morning America, Unsolved Mysteries, Primer Impacto di Sepanyol dan lain-lain lagi.

Ekoran itu, ia dianggap sebagai satu fenomena luar biasa. Keadaan itu telah menarik perhatian sejumlah besar wanita untuk melihat dan menyentuh patung tersebut. Kebanyakan wanita ini disahkan mandul dan mereka sangat inginkan cahaya mata.

Menurut cerita, patung kayu itu diambil dari sebuah negara Afrika, Ivory Coast. Pada tahun 1995, patung tersebut telah menarik perhatian pengasas muzium Ripley's Believe It Or Not, Robert Ripley. Dia dikatakan telah membeli patung berkenaan dengan harga US$D1,000.

Pada asalnya, patung kayu setinggi lima meter itu merupakan milik suku kaum asli Afrika yang dikenali sebagai Baule. Ia diukir secara berpasangan dan kelihatan seolah-olah seperti pasangan diraja.

Berdasarkan kepercayaan suku kaum ini, patung tersebut dianggap sebagai lambang kesuburan dan ia secara langsung menjadi lambang kesinambungan generasi mereka.

Baule - Ripley's Believe It Or Not, Robert Ripley [3]

Mengikut kenyataan yang dikemukakan oleh Ripley's Entertainment, mereka telah menerima kira-kira 2000 pucuk surat selepas tiga tahun mempamerkan patung tersebut di serata dunia.

Kesemua surat itu dihantar oleh wanita-wanita yang mengaku hamil selepas menyentuh patung berkenaan.

Peliknya, ada diantara mereka yang disahkan mandul begitu teruja selepas mendapat tahu bakal menerima cahaya mata.

BACA INI JUGA: Gadis Cantik Malang Yang Dilahirkan Tanpa 'Kemaluan'!

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. Semoga kita tak tergolong dikalangan mereka yg syirik kan.. aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kadang-kadang manusia apabila terlalu terdesak sanggup lakukan apa saja..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon