Thursday, September 25, 2014

AWAS! iPhone 6 Plus Mudah Bengkok, Rosak!


Info Gadjet. Tidak sampai seminggu dilancarkan di pasaran, beberapa pengguna iPhone 6 Plus mula merungut mendakwa peranti milik mereka itu mudah bengkok selepas diletakkan di dalam poket seluar mereka.

iPhone 6 Plus Mudah Bengkok, Rosak

Menurut laporan MacRumors, iPhone 6 Plus, salah seorang daripada pengguna telefon bimbit itu berkata ia bengkok selepas beliau membawa telefon itu seharian di dalam poketnya.

“Saya meninggalkan rumah pada pukul 10 pagi dengan iPhone saya di poket depan seluar sebelah kiri.

"Saya memandu empat jam ke sebuah majlis perkahwinan, di mana saya duduk lama dan menari untuk dua ke tiga jam.

"Kemudiannya meninggalkan majlis itu pada pukul 2 petang dan memandu pulang selama empat jam lagi.

“Secara keseluruhan, iPhone 6 Plus itu berada selama 18 jam di dalam poket saya, di mana dalam tempoh itu kebanyakkan masa saya habiskan dengan duduk.

"Semasa saya meletakkannya di atas meja, saya terlihat imbasan iPhone itu di cermin yang ia (kelihatan) sedikit bengkok,” kata pengguna itu.

iPhone 6 Plus Mudah Bengkok, Rosak [2]

Laporan itu turut berkata untuk mengelakkan peralatan itu daripada bengkok, pengguna digalakkan mengeluarkannya dari poket sebelum duduk atau membongkok.

Namun, jika anda adalah peminat tegar iPhone, adakah kelemahan ini menggugat niat anda untuk memilikinya? Mungkin?



Sumber: Mynewshub.cc (link)

3 comments

  1. ermm... kpd peminat tegar iphone... bengkok beli jer la lagi... pedehal kann... :D

    ReplyDelete
  2. Mahal2... bengkok lah pulak huhu.. :D

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon