Friday, August 22, 2014

Tumbuhan Hiasan Yang Sebenarnya Berbahaya!


Halaman rumah yang cantik biasanya dihiasi dengan pelbagai tumbuhan yang cantik, namun sesetengah tumbuhan ini sebenarnya sangat berbahaya apabila dimakan. Mungkin juga anda tidak makan bunga tanpa sebab munasabah tapi untuk rumah yang ada kanak-kanak dan binatang peliharaan, eloklah kita lebih berhati-hati.

Mari kita lihat antara tumbuh-tumbuhan yang cantik dan sangat kerap ditemui dihalaman rumah tapi berbahaya.

Bunga Lily

Bunga Lily

Bunga ini sangat popular dan cantik untuk dijadikan hiasan dihalaman rumah, namun tahukah anda yang keseluruhan tumbuhan ini sangat bahaya jika dimakan?

Bunga ini mengandungi toksik yang boleh mengakibatkan pening kepala, sakit perut dan rengsa pada kulit jika dihadam.

Bunga Iris

Bunga Iris

Bunga yang sangat terkenal sebagai hiasan halaman rumah kerana berbau harum dan cantik yang biasanya boleh didapati di negara bermusim.

Tapi, bunga ini sangat beracun kepada manusia dan haiwan peliharaan bila dihadam dan boleh menyebabkan loya, muntah, sakit perut, cirit-birit dan demam.

Bunga Dieffenbachia

Bunga Dieffenbachia

Dieffenbachia atau nama popularnya Dumb Cane merupakan tanaman yang sangat terkenal sebagai hiasan dalam rumah kerana ia hanya memerlukan cahaya yang sedikit.

Namun, bunga ini bertoksik dan boleh menyebabkan pedih yang teruk pada mulut, bengkak pada lidah, sesak nafas dan untuk kes yang lebih berat boleh menyebabkan kematian kepada manusia dan binatang peliharaan.

Bunga Hydrangea

Bunga Hydrangea

Nama lain bagi Ajisai dan Hortensia, bunganya sangat cantik dan boleh didapati dalam pelbagai warna.

Namun begitu, komponen Hydragin dalam tumbuhan ini bertoksik dan boleh menyebabkan sakit perut, muntah, cirit-birit, sesak nafas, kelesuan dan untuk kes yang lebih berat, ia boleh menyebabkan koma jika dimakan.

Bunga Philodendron

Bunga Philodendron

Tumbuhan ini sangat popular sebagai tanaman hiasan untuk dalam dan luar rumah namun begitu, ianya beracun untuk dihadam oleh manusia dan haiwan peliharaan.

Ia boleh mengakibatkan mulut, lidah dan tekak menjadi bengkak dan pedih selain muntah-muntah dan cirit-birit.

Bunga Angel Trumpet

Bunga Angel Trumpet

Disebalik namanya yang begitu mulus, keseluruhan tumbuhan ini sangat berbahaya. Toksin utamanya iaitu scopolamine boleh menyebabkan cirit-birit, loya, kekeliruan dan pening kepala.

Jika terlebih dos, ia boleh menyebabkan koma dan kerosakan mata, jantung, otak dan juga kematian jadi, jika anda ada menanam bunga-bunga ini sebagai perhiasan dirumah, berhati-hatilah.

Semoga memberi manfaat.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

3 comments

  1. Hydrangea pun beracun ek... aduss... kena buang lagi la pokok kesayangan nie... huhuhu :(

    ReplyDelete
  2. Bunga Dieffenbachia & Bunga Philodendron ni quite common di Malysiakan...Cuma rasanya belum ada yang pernah makan lagi kot..he.he..agak-agak kalau haiwan makan apa jadi ya..

    ReplyDelete
  3. Kena hati2 la kan terutamanya kalau ada kanak2 kecil kat rumah..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon