Sunday, August 10, 2014

Sari Buah Dan Sayuran Penyembuh Ajaib


Semua jenis buah dan sayuran boleh dimakan secara mentah dan sangat berkhasiat. Jadi, kenapa perlu meminum jusnya?

Wanita sihat

Sebenarnya, banyak kelebihan penggunaan sari buah dan sayuran dengan memakannya secara langsung kepada kesihatan kita.

Makanan keras memerlukan tempoh waktu sehingga berjam-jam untuk dicerna dan diserap ke dalam sel serta jaringan tubuh. Sedangkan sari buah dan sayuran mampu diserap dalam beberapa minit sahaja tanpa perlu membebankan organ-organ pencernaan.

Sari sayuran dan buah dengan cepat dapat memenuhi keperluan sel-sel dan jaringan tubuh yang dapat membentuk sel-sel baharu untuk menggantikan sel-sel yang sudah rosak dengan segera.

Sari sayuran dan buah dapat membantu mereka yang menghadapi masalah pencernaan yang lemah dan berumur lanjut. Ini kerana sari sayuran tidak memerlukan kerja pencernaan yang terlalu aktif. Malah, akan menutup kekurangan zat cair pada tubuh dalam tempoh yang singkat.

Gizi sayuran dan buah sebenarnya terdapat pada sarinya, bukan pada hampasnya. Maka dengan meminum sarinya, kandungan gizi yang masuk ke dalam tubuh itu sangat besar khasiatnya.

Dengan meminum sari buah dan sayuran, dapat memasukkan lebih banyak gizi ke dalam tubuh daripada memakannya dalam bentuk makanan padat. Amalan meminum jus buah dan sayuran sangat diperlukan oleh mereka yang sedang sakit.

Bagi penghidap penyakit perut, minum sari buah dan sayuran akan lebih menguntungkan daripada memakan beberapa jenis sayuran tertentu, apatah lagi dalam dua minggu pertama rawatan dimulakan.

Dibawah adalah buah-buah dan sayur-sayuran yang sangat berkhasiat kepada tubuh kita.

Timun

Timun

Timun merupakan sumber gizi yang baik. Mengandungi vitamin A, B dan C. Di dalamnya banyak terdapat kalium, zat besi dan megnesium. Timun juga mengandungi silikon dan klor. Sari atau pati mentimun merupakan salah satu pelawas yang baik.

Disamping itu, timun sangat baik untuk pertumbuhan rambut kerana mengandungi banyak silikon dan sulfur. Apatah lagi jika dicampur dengan sari lobak merah, salad dan bayam. Campuran sari timun, lobak merah dan beet sangat membantu meredakan penyakit reumatik.

Kobis

Kobis

Kobis sangat murah harganya. Namun, di dalamnya terdapat klor, kalsium dan zat besi. Kobis juga kaya vitamin A, B, C, G dan U. Doktor Chaney dari Fakulti Perubatan Universiti Sandfort menyatakan bahawa, vitamin U yang ada dalam kobis dapat menyembuhkan kudis bernanah di perut. Vitamin ini boleh diperolehi dengan meminum jus kobis. Namun, jika kobis dicampur dengan garam, ia akan menggangu sistem pencernaan.

Bunga kobis

Bunga kobis

Bunga kobis mengandungi kalium, fosforus dan sulfur. Sayuran ini terdiri daripada 90% air yang mengandungi protein. Jika dimakan terlalu banyak, ia akan menggangu ginjal tetapi nilai gizinya cukup tinggi.

Papa celery

Papa celery

Papa celery ialah sayuran jenis saderi. Tumbuh berumpun dengan batang yang lebih besar daripada saderi iaitu sebesar ibu jari. Papa celery mengandungi sodium organik empat kali lebih banyak daripada kalsiumnya. Disamping itu, papa celery juga mengandungi kalium, sulfur, magnesium, vitamin A, B, C dan E.

Banyaknya kandungan sodium organik di dalamnya membuatkan papa celery dapat membersihkan sisa-sisa makanan berupa gula, kanji, roti putih, kuih serta makanan yang tergolong berkabohidrat tinggi. Dengan bantuan sodium organik, sisa makanan yang telah mengeras dan berlonggok dalam tubuh dapat dihancur dan dikeluarkan.

Semasa musim panas, minum satu gelas jus papa celery pada waktu pagi dan tengah hari, dapat mempertahankan suhu badan agar tetap normal dan menjadikan tubuh lebih segar. Selain itu, papa celery merupakan penguat urat saraf dan mampu membuang karbon dioksida daripada tubuh.

Dandelion

Dandelion

Dandelion ialah sejenis bunga yang sering tumbuh sebagai tanaman liar. Bunganya kuning dan daunnya hijau agak bergerigi. Dandelion mengandungi kalium, kalsium, sodium, magnesium dan silikon. Manfaat dandelion antaranya adalah untuk menguatkan kerangka tubuh manusia serta mencegah kerapuhan tulang.

Daun salad (lettuce)

Daun salad (lettuce)

Lettuce ialah sejenis salad. Ada juga yang menyebutnya dengan daun salad. Lettuce mengandungi banyak kalium, sodium, kalsium, fosforus dan yodium. Selain itu, lettuce juga kaya dengan magnesium dan zat besi. Magnesium di dalam lettuce mampu menghidupkan jaringan-jaringan otot, otak dan saraf. Zat garam penting yang terdapat di dalam tanaman ini merupakan pengatur sel, terutamanya sel-sel saraf dan jaringan paru-paru.

Rutin meminum campuran jus lobak merah, lettuce (daun salad) dan bayam dengan kadar lebih kurang 1/2 gelas lobak merah, 1/4 lettuce dan 1/4 gelas bayam setiap hari akan melengkapi keperluan pertumbuhan rambut dan akan menguatkan urat saraf serta akar rambut. Dengan mengikuti cara ini, pertumbuhan rambut dapat dirangsang.

Jus lettuce, apatah lagi bahagian luarnya yang berwarna hijau sangat bermanfaat bagi penghidap penyakit paru-paru dan perut. Malah, jus lettuce boleh menjadi pelawas kencing.

Lemon

Lemon

Lemon kaya dengan bio-havonoid (zat hidup yang terdapat dalam lemon yang merupakan unsur daripada zat). Jika diminum, jusnya akan memberi kesan kesihatan pada tubuh dan dapat memanjangkan usia. Lemon bukan hanya mengatur susunan kimia tubuh, tetapi juga penting dalam proses kelangsungan hidup. Kandungan vitamin yang cukup banyak di dalam lemon dapat membantu menyembuhkan influenza.

Bawang merah, bawang Bombey

Bawang merah, bawang Bombey

Di dalam bawang terdapat vitamin A, B, C dan G. Selain itu terdapat juga beberapa mineral seperti kalium, sulfur, fosforus, kalsium, klor, magnesium, zat besi dan iodine. Bawang mampu melancarkan sistem pencernaan. Ada dua jenis bawang yang boleh digunakan bersama-sama kerana khasiatnya juga sama iaitu bawang merah dan bawang Bombay.

Bawang putih

Bawang putih

Banyak sekali manfaat bawang putih, sayangnya bau bawang putih agak tajam. Namun, jus sangat membantu untuk memperbaiki susunan fungsi tubuh, termasuk merangsang selera makan, membersihkan getah perut dan sebagai pelawas kencing.

Eter di dalam bawang putih begitu kuat dan mudah merembas sehingga mampu menghancurkan lendir-lendir yang sudah menggumpal di dalam tubuh. Eter juga membantu mengeluarkan racun-racun dari dalam tubuh melalui pori-pori.

Sari bawang putih telah terbukti dapat membersihkan kuman-kuman dan parasit dari dalam usus. Orang yang terkena disenteri (cirit-birit) dapat diatasi dengan meminum jus bawang putih.

Beberapa jenis penyakit juga boleh diatasi dengan meminum jus bawang putih, apatah lagi jika dicampur dengan jus sayuran lainnya. Jus bawang putih sangat baik diminum oleh mereka yang menghidap penyakit tekanan darah tinggi.

Bayam

Bayam

Di dalam bayam terdapat kalium, kalium, iodin, magnesium, fosforus, sulfur dan zat besi. Bayam juga mengandungi banyak vitamin A, B, C, E dan G.

Bayam merupakan makanan penting untuk alat pencernaan dan saluran makanan seperti perut, usus duodenum, usus kecil dan usus besar (kolon). Sesetengah liter sari bayam yang diminum setiap hari akan menghilangkan sembelit dalam beberapa hari.

Kegunaan lain bagi bayam mentah adalah dapat mencegah penyakit pada gigi dan gusi. Penyakit gusi ialah sejenis scorbutus yang diakibatkan oleh kurangnya keperluan unsur-unsur yang terdapat pada bayam dan lobak merah.

Oleh itu, selain meminum sari bayam, sari lobak merah juga baik diamalkan kerana banyak mengandungi vitamin C dan E. Kekurangan vitamin E di dalam tubuh boleh mengakibatkan keguguran, lemah tenaga batin dan kemandulan, sama ada pada lelaki mahupun wanita.

Betik

Betik

Sari betik berisi sejenis zat yang disebut sebagai papain. Zat itu berfungsi sebagai pepseni yang mengubah zat telur menjadi pepton dalam proses pencernaan. Selain papain, betik juga berisi zat fibrain, sejenis unsur yang hanya terdapat di dalam tubuh manusia dan haiwan. Unsur ini dapat membantu pencernaan dan pengentalan darah. Sari betik hijau membantu menyembuhkan kudis bernanah di perut dalam waktu yang singkat.

Paprika

Paprika

Sari paprika mengandungi banyak silikon dan sangat baik untuk pertumbuhan rambut dan kuku. Campuran 75% sari lobak merah dan 25% sari paprika dapat membersihkan kulit serta membuang gas dari perut dan usus.

Strawberi

Strawberi

Strawberi adalah salah satu jenis buah yang paling banyak kegunaan dan jusnya paling enak diminum. Buah berwarna merah ini mengandungi banyak zat gula dan zat besi dan sangat baik untuk mencerahkan wajah. Jus strawberi juga adalah salah satu pembersih kulit terbaik.

Apabila rona wajah kurang menarik, kurang darah (anemia), kulit mengelupas, hati lemah, sembelit, acidosis, radang selaput lender, gunakanlah sari strawberi dengan teratur setiap hari. Malah, strawberi terbukti mampu menguatkan saraf tubuh.

Tomato

Tomato

Tomato mengandungi banyak magnesium, zat besi, kalium, fosforus, klor, sulfur, kalsium, sodium, iodin dan asid amino. Di dalam tomato juga kaya dengan vitamin A, B, C dan G.

Sari tomato berguna untuk membantu metabolisme tubuh jika diminum tanpa dimasak. Zat asidnya akan menjadi anorganik dan menggangu susunan saraf tubuh serta menimbulkan pengerasan dalam ginjal atau pundi kencing jika tomato dimasak dan ditambah dengan gula.

BACA INI JUGA: Rahsia Penawar Ajaib Daripada Kunyit

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon