Kisah tragis Lady Luvibund atau juga dikenali dengan nama Lady Lovibund adalah salah satu kisah kapal misteri Britain yang tersohor.
Kisahnya menjadi bualan rakyat zaman berzaman sehingga sukar untuk dibezakan sama ada ianya mitos atau berdasarkan cerita sebenar.
Kisahnya bermula dengan sebuah perkahwinan diantara Kapten Luvibund, Simon Reed dengan kekasihnya, Annette pada 12 Februari 1748 di Kota London.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh anak-anak kapal Luvibund dan John Rivers, salah seorang dari anak kapalnya yang turut menyimpan perasaan terhadap Annette dan cemburu dengan perkahwinan mereka.
Tanpa menyedari bahaya mendatang, Reed dan pasangan serta beberapa tetamu jemputan mengambil keputusan untuk meraikan perkahwinan itu dengan berlayar ke Sepanyol keesokan harinya.
Pada awal perayaan, Reed sendiri yang mengemudi Luvibund. Dia kemudian menyerahkan tugas itu kepada anak kapal untuk membolehkan dia menyertai parti bersama-sama tetamunya di bawah dek kapal.
Tidak diketahui sama ada ia sudah dirancang atau hanya kebetulan, tugas mengemudi kapal beralih tangan kepada Rivers yang memang sakit hati dengan mereka ketika itu.
Di dorong rasa cemburu, dia mengalihkan arah kapal ke Goodwin Sands, sebuah teluk berbatu berhampiran Bandar Deal yang telah banyak menelan kapal-kapal yang melaluinya.
Pasangan Reed serta tetamu yang sedang berparti di bawah dek kapal langsung tidak menyedari kejadian itu akhirnya mati lemas dan karam bersama kapal Luvibund.
13 Februari 1798, kisah kapal Luvibund kembali meniti di bibir penduduk Deal. Cerita bermula apabila seorang kapten 'Coastal Vessel', Edinbridge, mendakwa sebuah kapal layar besar jenis 'Triple-Masted' hampir-hampir melanggar kapalnya yang sedang berlayar di Teluk Goodwin Snads.
Menurut Kapten Edinbridge, kapal itu kemudian beralih arah dengan pantas dan ketika berselisih, kedengaran dengan jelas suara gegak-gempita beserta gelak ketawa seakan mereka yang berada di dalam kapal itu sedang berpesta.
Pada tahun 1898, kejadian sama berulang, juga berlaku pada 13 Februari. Mereka mendakwa melihat sebuah kapal layar 'Triple-Masted' berlayar terus menuju ke pesisir pantai dan karam setelah terlanggar batu. Apabila para nelayan bergegas untuk membantu, ia hilang secara misteri!
Tidak dapat dipastikan sama ada jelmaan kapal ini turut muncul pada tahun 1948 kerana ketika itu perang dunia baru sahaja tamat.
Pada tahun 1998, ramai penduduk tempatan dan pelancong berkumpul, membanjiri kawasan itu. Kapal-kapal serta bot nelayan tempatan pada 13 Februari turut dipenuhi pelancong yang menantikan jelmaan Luvibund namun kecewa kerana kapal itu tidak muncul.
Apa yang pasti, pada tahun 2048 nanti, pasti ada lagi yang akan menantikan kemunculan Luvibund!
BACA INI JUGA: Misteri Penemuan Jambatan Purba Nabi Adam!
-Sentiasapanas.com
Gambar hiasan.

Kapal ni macam cerita The Flying Dutchman.
ReplyDelete