Terjahan pemain Columbia, Juan Zuniga terhadap penyerang berbisa Brazil, Neymar meranapkan impiannya untuk mengiringi Brazil menjulang gelaran juara Piala Dunia 2014.
Neymar terbaring di atas padang selepas mengalami kecederaan.
Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar, mengesahkan Neymar mengalami keretakan tulang belakang yang memerlukan masa untuk kembali pulih.
"Berita ini bukanlah mudah tetapi Neymar tidak akan bermain sepanjang Piala Dunia. Sekurang-kurangnya empat hingga enam minggu diperlukan untuk dia pulih," katanya seperti yang dipetik melalui The Guardian.
Neymar da Silva Santos mengalami kecederaan serius selepas Zuniga mengasari bahagian belakang tubuh pemain tersebut dengan menggunakan lutut dalam saingan suku akhir di Fortaleza malam tadi.
Pemain berusia 22 tahun itu dilihat tidak mampu untuk bangun atau berjalan dan terpaksa diusung keluar dari padang oleh pasukan perubatan.
Brazil akan bertemu Jerman pada perlawanan separuh akhir.
Jurulatih Skuad Brazil, Scolari kini berhadapan dengan situasi sukar bagi menggantikan bintang Brazil itu.
Ini kerana Neymar dilihat sebagai tonggak utama buat pasukan kendalian Luiz Felipe Scolari yang mampu mengangkat Brazil sehingga ke perlawanan akhir.
Setakat ini, Neymar, 22, sudah menjaringkan sebanyak empat gol dalam edisi kejohanan kali ini bersama-sama dengan penyerang Argentina, Lionel Messi dan penyerang Jerman, Thomas Muller.
-Sentiasapanas.com

Assalammualaikum... sentiasa panas,
ReplyDeletehabis lah brazil x dapat juara piala dunia sebb neymar takder... sedih .
mselim3
No luck Neymar utk terus menyinar di World Cup kali ini
ReplyDeleteNeymar antara pemain yang berbakat,tetapi malangnya kekuatan dan keadaan fizikalnya tidak mencukupi untuk survive
ReplyDelete