Tuesday, July 29, 2014

Tahukah Anda Asal-usul Topeng Revolusi Inggeris?


Tahukah anda, menjelang malam 5 November setiap tahun, kebanyakan kota-kota besar di benua Eropah akan bergegar dengan dentuman dan percikan bunga api yang menghiasi langit malam.

Guy Fawkes

Ia adalah petanda bahawa ulang tahun tragedi Gun Powder Plot kembali diraikan oleh sebahagian masyarakat Eropah.

Jika ditanya kepada generasi muda Inggeris, kebanyakan daripada mereka sendiri tidak mengetahui kisah sebenar di sebalik perayaan ini kerana peristiwa tersebut telah lama berlaku.

Rata-rata mereka hanya merayakannya mengikut tradisi yang telah dilakukan sejak turun-temurun. Ulang tahun tragedj ini sebenarnya telah diraikan sejak lebih empat abad yang lalu.

Sejarahnya agak panjang, yang mana ia berkisar tentang dua kelompok berbeza yakni golongan pemerintah yang ditentang oleh sebahagian kecil rakyat yang memberontak.

Dan satu sudut, tragedi Gun Powder Plot menceritakan tentang peristiwa pembelotan kepada raja. Manakala dari satu sudut yang lain ia turut dikisahkan tentang penindasan agama, perjuangan serta kekejaman yang berlaku pada ketika itu.

Secara tepat, kemuncak peristiwa tersebut berlaku ialah pada 5 November 1605, yang mana sekumpulan pemuda telah berkomplot untuk membunuh Raja King James I dan anggota parlimen Inggeris pada ketika itu.

Perancangan yang dibuat ialah dengan meletakkan setengah tan bahan peledak di bawah bangunan parlimen ketika hari persidangan.

Tujuan utama ia dilakukan adalah untuk membunuh raja dan ahli parlimen bagi mengembalikan semula kegemilangan sistem monarki Katolik dan membubarkan sistem parlimen.

Selain itu ia juga bertujuan untuk melonggarkan pengaruh kerajaan Sepanyol atas segala urusan yang berlaku di England.

Namun, komplot itu berjaya dihidu oleh pihak berkuasa dan mereka berjaya menahan seorang lelaki bernama Guy Fawkes bersama tujuh orang rakannya yang ketika itu sedang menyusun bahan-bahan letupan di bawah bangunan parlimen.

Kesemua mereka telah ditangkap hidup-hidup. Seorang hakim bernama John Popham telah didatangkan khas ke London untuk mengadili kes ini.

Guy Fawkes Day [2]

Guy Fawkes bersama rakan-rakannya telah didapati bersalah atas tuduhan pengkhianatan kepada raja dan kesemua mereka dihukum mati.

Pelaksanaan hukuman itu dilakukan dengan kejam dan telah menjadi buah mulut di segenap pelosok kota London. Mereka akan digantung tetapi tidak dibiarkan mati.

Kemudian perut mereka dikelar dan sebahagian isi perut dikeluarkan dalam keadaan masih hidup. Selepas itu, tangan dan kaki mereka pula dipotong dan yang terakhir sekali kepala mereka akan dipenggal.

Hukuman itu dijalankan bertujuan untuk memberi hukuman seberat mungkin kepada mereka dan merasai penderitaan yang tidak terperi.

Dalam masa yang sama, hukuman itu juga adalah untuk memberi amaran kepada rakyat bawahan supaya tidak mengkhianati pihak pemerintah.

Setahun selepas kejadian itu, pihak pemerintah iaitu keluarga diraja dan anggota parlimen telah meraikannya dengan pesta besar-besaran.

Sambutan itu dilakukan saban tahun dan ia bertujuan untuk mengingatkan bahawa pengkhianatan tidak akan pernah dilupakan di tanah Inggeris.

Di kalangan puak bawahan, terdapat dua kumpulan yang berbeza pendapat. Sebahagiannya menyokong pemerintahan beraja, manakala sebahagian lagi mengagumi dan menyanjung keberanian Guy Fawkes dan rakan-rakannya menentang penindasan.

Sehingga pada satu tahap, topeng yang memaparkan mimik muka Guy Fawkes telah direka bentuk dan mereka turut memakainya pada malam ulang tahun tragedi Gun Powder Plot.

Guy Fawkes Day

Topeng dengan wajah lelaki berkumis nipis itu telah dijadikan sebagai simbol penentangan terhadap penindasan golongan pemerintah.

Bermula di England, perayaan itu kemudiannya disambut di kebanyakan negara lain di Eropah. Tradisi tersebut dirayakan secara besar-besaran bagi mengingati peristiwa bersejarah itu.

Ternyata, pengaruh keberanian Guy Fawkes sebenarnya telah menyuntik semangat kebangkitan rakyat untuk menentang kezaliman.

Malah, dalam siri Revolusi Inggeris 1688 yang melibatkan pertikaian di antara tuan tanah dan keluarga diraja, semangat Fawkes terus diserap oleh golongan bawahan untuk menentang sikap tamak qolongan bangsawan.

Daripada seorang pembelot dan pengkhianat, nama Guy Fawkes telah diangkat menjadi seorang wira. la terbukti apabila berlakunya beberapa sini demonstrasi di Eropah sekitar abad ke-18, ke-19 dan ke-20, topeng lelaki ini telah dipakai oleh kebanyakan penunjuk perasaan.

Malah, gerakan Occupy yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 2011, 'wajah' lelaki ini masih berkeliaran di segenap pelosok kota New York. Sehingga kini, Guy Fawkes terus dikenali dan dikenang oleh sebahagian masyarakat dunia.

Bukan kerana pembelotannya terhadap raja, tetapi dia dikenang kerana keberanian dan perjuangannya menentang puak pemerintah yang menindas rakyat.

BACA INI JUGA: Siapa Pencipta Pertama Senjata Penembak Tepat?

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon