Tuesday, July 08, 2014

Penyakit Ganjil, Pengsan Apabila Ketawa!


Secara luarannya, Kay Underwood, tampak seperti gadis-gadis lain yang sihat dan sentiasa ceria sebaya dengannya. Bagaimanapun, pelajar jurusan seni bina di Universiti Lincoln, England itu sebenarnya menderita sejenis penyakit ganjil yang menyebabkan dia pengsan setiap kali ketawa.

Kay Underwood

Underwood menghidap penyakit tidur dikenali sebagai katapleksi atau serangan tiba-tiba yang mengakibatkan otot menjadi lemah hinggakan pesakit tidak mampu bergerak walaupun dia masih sedar.

Selain ketawa, rasa teruja, terkejut, takut, marah dan malu juga akan menghasilkan reaksi yang sama kepada gadis yang berasal dari Leicestershire itu.

Menurut Underwood, dia menanggung penyakit tersebut sejak lima tahun lalu dan terpaksa bergantung kepada beberapa jenis ubat untuk menjalani rutin harian.

Katanya, penyakit itu membuatkan dia pengsan lebih 40 kali sehari sebelum pulih semula dalam masa beberapa minit.

"Sewaktu diserang katapleksi, saya akan kehilangan kawalan badan tetapi tidak pengsan. Ia menyerang setiap kali saya ketawa," katanya seperti dipetik portal Daily Mail.

Cerita Underwood, dia selalu mengalami gangguan tidur sehinggakan dia berasa tertekan dan sukar menumpukan pelajaran di dalam kelas.

"Ketika berumur 15 tahun, saya kerap mengantuk di dalam kelas. Oleh sebab itu, saya cenderung untuk tidur selama berjam-jam selepas pulang dari sekolah.

"Pada waktu malam pula, saya sering terjaga daripada tidur. Bagaimanapun, saya tidak dapat menggerakkan tubuh dan seolah-olah lumpuh seketika. Ini benar-benar menakutkan saya," katanya.

Underwood kemudiannya mendapatkan rawatan di Hospital Leicester dan disahkan menghidap katapleksi.

Menurut pakar gangguan tidur di hospital berkenaan, Dr. Andrew Hall, katapleksi merujuk kepada paralisis tidur yang berpunca daripada kegagalan fungsi otak mengawal masa jaga dan tidur.

Jelasnya, keadaan itu mencetuskan situasi kehilangan upaya otot secara mengejut ketika sedang berjaga.

"Otot yang tiba-tiba menjadi lemah ini boleh berlaku di bahagian tertentu tubuh.

"Misalnya, jika katapleksi terjadi pada tangan, seseorang itu akan menjatuhkan objek yang sedang dipegangnya.

"Kesan emosi yang kuat dan mendalam sering menjadi punca penyakit berkenaan," katanya.

Tambah Hall, antara tanda awal yang biasa dilihat pada pesakit ialah tidur secara berlebihan pada waktu siang.

"Mereka juga mengalami sakit kepala dan migrain selain menderita tekanan emosi antara 30 hingga 57 peratus.

"Pesakit lazimnya diberikan ubat seperti amphetamine dan sodium oxybate bagi membantu mereka tidur lebih lena pada waktu malam dan berjaga pada siang hari," ujarnya.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

1 comment

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon