Awal bulan ini dunia dikejutkan dengan tindakan pelampau Yahudi Israel membunuh dan membakar dengan kejam seorang kanak-kanak Palestin, Mohamed Abu Khudair.
Kekejaman Zionis ini mungkin kurang disedari oleh umat Islam, tidak terkecuali di negara ini yang kini terlalu sibuk memperkatakan tentang ketangkasan pemain dan pasukan bola sepak pujaan mereka beraksi dalam Piala Dunia FIFA 2014.
Bagi Zionis atau lebih tepat lagi rejim haram Israel, perbuatan lebih dahsyat daripada perlakuan binatang itu langsung tidak menyalahi norma kehidupan.
Malah bagi mereka, perbuatan seperti membelah perut ibu sarat mengandung, menyembelih hidup-hidup bayi dan kanak-kanak serta menyeksa sehingga mati warga emas uzur, langsung tidak menjadi dosa bagi mereka, sebaliknya dinobatkan sebagai kejayaan.
Sebagai bangsa yang kononnya menjadi pilihan dan disayangi tuhan, adalah halal bagi mereka untuk membunuh manusia lain yang tidak sebangsa, lebih-lebih lagi dalam kalangan umat Islam.
Perbuatan kejam yang mendapat restu negara kuasa besar itu, hanya secebis daripada jutaan kezaliman Israel sejak nakbah 66 tahun lalu yang bermaksud malapetaka atau bencana besar apabila Zionis pada 15 Mei 1948 secara rasminya mengisytiharkan penubuhan negara haram Israel.
Mengimbas kembali tragedi hitam yang berlaku di perkampungan Deir Yassin kira-kira sebulan sebelum permulaan nakbah itu, iaitu pada 9 April 1948, penduduknya dibunuh beramai-ramai secara kejam oleh kumpulan pengganas Zionis.
Rumah penduduk dibakar. Mereka yang cuba menyelamatkan diri daripada api marak ditembak bertalu-talu. Wanita hamil hidup-hidup dirodok perut dengan senjata tajam.
Kanak-kanak diseksa sebelum dipenggal leher di hadapan ibu bapa sendiri. Penduduk dibunuh dengan anggota badan ditakik-takik, dipotong-potong.
Saki-baki wanita dan remaja perempuan yang masih hidup ditelanjangkan serta diarak ke kawasan penempatan haram pengganas sebelum dihadiahkan dengan muntahan peluru.
Kira-kira 34 tahun selepas itu, menggunakan alasan kononnya terdapat saki-baki pengganas di Kem Pelarian Palestin di Sabra dan Shatila, rejim haram Tel Aviv itu selama dua hari, 16 dan 18 September 1982 mengepung kedua-dua kem ini dengan ketat dari luar.
Tujuannya bagi membolehkan geng militan Parti Phalangist, Lebanon, kononnya untuk mencari saki-baki itu yang dikatakan beberapa hari sebelumnya terlibat dalam serangan membunuh ketua parti yang juga Presiden Lebanon, Bashir Gemayel, sekutu kuat rejim Zionis Israel.
Mereka dibenarkan masuk untuk membunuh, menyembelih tanpa belas kasihan orang awam terutamanya wanita dan kanak-kanak. Lebih dahsyat lagi mangsa-mangsa terlebih dahulu dirogol sebelum dibunuh dengan kejam.
Sumber Israel mendakwa hanya 700 orang awam terbunuh. Sumber Lebanon pula mengatakan kira-kira 1,900 orang manakala sumber Palestin menyebut antara 3,000 dan 3,500 pelarian menjadi korban. Seramai 1,000 hingga 1,500 orang lagi hilang dan hanya 1,000 berjaya melarikan diri.
Kenapakah rejim Israel akhir-akhir ini semakin mengganas?
Memetik kenyataan Timbalan Ketua Biro Politik Hamas, Dr. Mousa Abu Marzook, ia berpunca daripada rasa terancam dengan persefahaman dan pembentukan kerajaan perpaduan Palestin yang menyatukan Hamas dan Fatah, bekas sekutu lama Israel hingga menyebabkan negara haram itu kehilangan teman rapat.
Maka diuar-uarkan mengenai kehilangan dan penculikan tiga remaja Yahudi yang ditemukan mati dibunuh di sebuah ladang di Hebron dan seperti biasa Palestin dituding jari.
Seolah-olah dirancang, dalam operasi mencari dan menyelamat ini, maka ramai rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman dan kezaliman Israel sama ada ditangkap, dibelasah atau dibunuh tanpa petanda jelas penglibatan mereka dengan penculikan tiga remaja berkenaan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Aman Palestin Berhad, Awang Suffian Awang Piut berkata, kematian penuh tragis Mohamed telah membangkitkan kemarahan bukan sahaja penduduk Palestin tetapi seluruh dunia termasuk bukan Islam.
Jelasnya, kebangkitan rakyat Palestin yang dikenali sebagai Intifada (Kebangkitan) Ketiga ini berlaku di seluruh pelosok Tebing Barat, Kota Al-Quds, kawasan Palestin 1948 dan kem-kem pelarian di Lebanon.
"Rentetan peristiwa itu, rejim Israel mengisytiharkan tindakan ketenteraan terhadap gerakan rakyat Palestin dengan misi menghancurlumatkan Gaza, iaitu sebuah penjara terbuka terbesar di dunia yang mempunyai kira-kira 1.7 juta penghuni dalam kawasan seluas kira-kira 313 kilometer persegi yang dikepung dari segenap penjuru daratan, udara dan lautan," katanya.
Beliau ditemui selepas melancarkan Tabung Kecemasan Gaza di Bandar Baru Bangi, Selangor, baru-baru ini.
Sehingga rencana ini ditulis, rejim haram itu telah melakukan ratusan serangan udara dan darat terhadap penduduk Palestin.
Seperti biasa, secara dayusnya kebanyakan serangan itu ditujukan kepada kawasan awam, rumah-rumah kediaman dan ladang pertanian hingga mengorbankan wanita, warga tua dan kanak-kanak.
Tambah Awang Suffian, keadaan penduduk Palestin pada masa ini amat sukar. Segala-galanya dikekang oleh Israel, sempadan udara, darat dan laut ditutup, jika ada pun bantuan yang diberikan hanya daripada rejim itu sahaja.
Namun, tegas beliau, semuanya berbayar dengan kadar berlipat kali ganda tetapi kualitinya langsung tidak terjamin.
Bekalan petroleum, elektrik, air bersih, makanan dan segalanya dihadkan sepertiga daripada keperluan sebenar para penduduk.
"Tujuannya hanya satu iaitu untuk melemahkan mental dan fizikal penduduk Palestin tetapi pada masa sama mengambil kesempatan meraih keuntungan melampau daripada para penduduk.
"Sebelum ini, sejak kemenangan Hamas pada 2006 di Gaza, para penduduknya menggunakan lebih 1,000 terowong yang menyambungkan sempadan Rafah, Mesir, untuk mendapatkan pelbagai keperluan, namun sejak bekas Presiden Mesir, Mohammed Mursi digulingkan pada 2013, semua terowong berkenaan dimusnahkan oleh pihak berkuasa," katanya.
Justeru Tabung Kecemasan Gaza yang dilancarkan baru-baru ini menyasarkan untuk mengutip sejumlah RM5 juta untuk digunakan bagi menyalurkan bekalan makanan dan ubat-ubatan kepada rakyat Palestin yang semakin menderita akibat kezaliman tentera rejim Zionis itu.
Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan masing-masing melalui mana-mana akaun Aman Palestin yang boleh didapati di laman web www.amanpalestine.net atau laman Facebook rasmi, www.facebook.com/AmanPalestinOfficial.
Fakta mengenai penderitaan rakyat Palestin dan ditindas dan dizalimi rejim Zionis sudah dimaklumi oleh semua orang di serata dunia.
Namun tidak salah jika kisah malang mereka kembali dihangatkan untuk membuka mata semua khususnya badan antarabangsa dan kuasa besar dunia memandangkan sehingga kini tidak ada usaha bersungguh-sungguh daripada masyarakat dunia untuk menyelamatkan mereka.
[Sumber]

kejam Israel laknatullah.... Doa untuk mereka diHPUSKAN segera.
ReplyDeleteStart dari penubuhan Israel sampai skrg,x habis2 nak serang Palestin.
ReplyDelete