Alfredo Balli Trevino adalah satu nama yang tidak membawa apa-apa makna pada kebanyakan orang sehinggalah pada tahun 2013.
Doktor dari Mexico ini rupa-rupanya adalah inspirasi sebenar di belakang watak fiksyen pembunuh terkenal Hannibal Lecter ciptaan Thomas Harris.
Hannibal Lecter adalah satu watak yang paling tenang dan menakutkan dalam sejarah layar perak.
Selama lebih dua dekad eksploitasi watak Dr. Hannibal Lecter, seorang psikiatri cemerlang, pembunuh bersiri dan seorang kanibal, mempunyai beberapa ansuran filem yang mengujakan serta yang paling baru adalah siri TV hit yang mendapat sanjungan pengkritik.
Kini, Thomas Harris, pencipta raksasa itu mendedahkan identiti lelaki sebenar yang mengilhamkan beliau adalah seorang doktor gay dari Mexico yang membunuh kekasihnya sendiri yang membawa kepada penyesalan ke atasnya sehingga di hari kematiannya.
Rahsia itu didedahkan Harris dalam edisi ulang tahun ke 25 novel "The Silence of The Lambs", di mana dalam pengenalan khas, beliau telah mendedahkan siapa lelaki sebenar di belakang doktor jahat yang menyebabkan ramai orang tidak tidur lena dan kemudiannya menjadi terkenal melalui lakonan mantap Sir Anthony Hopkins di layar besar.
Meskipun Harris menggunakan nama samaran "Dr. Salazar" demi melindungi identiti sebenar, maklumat yang diberikan sangat padan dengan kes liputan media Mexico pada awal 1960an mengenai seorang pelatih perubatan yang menjadi pesalah terakhir di Mexico yang dikenakan hukuman mati.
Lelaki itu adalah Balli Trevino yang disabitkan kesalahan membunuh rakan sentimentalnya, Jesus Castillo Rangel.
Dia juga didakwa secara rahsia menanam mayat mangsa dan pencerobohan profesion, namun hukumannya telah dikurangkan kepada 20 tahun di Topo Chico Penitentiary di Nuevo Leon.
Pembunuhan
Pada petang 8 Oktober 1959, Jesus Castillo Rangel dan Alfredo Balli Trevno terlibat dalam pergaduhan sesama mereka. Ada yang memberitahu Castillo Rangel kononnya berkata dia mahu meninggalkan Trevino dan mencetuskan perbalahan itu.
Menurut sumber yang rapat dengan keluarga itu, Jesus dan Alfredo saling mengenali sejak di sekolah tinggi dan Jesus telah bekerja sebagai doktor untuk satu tempoh yang agak lama.
Dia mula menyebabkan beberapa masalah, enggan membayar semula wang yang dipinjamkan Alfredo kepadanya malah sehingga mencederakan Alfredo dengan pemutar skru.
Sesetengah orang pula mendakwa kedua-duanya merupakan pasangan kekasih sebelum Jesus berkahwin dengan seorang perempuan yang mencetuskan kemarahan Alfredo dan itulah motifnya.
Menurut fail laporan polis mengenai kes itu, selepas keduanya bergaduh, Alfredo menggunakan helah lama, "melekapkan kain pada mulut untuk memengsankan Jesus.
Setelah mangsanya tidak sedarkan diri, dia menyuntik mangsa dengan dadah lain untuk memastikan lelaki itu benar-benar pengsan dan membawanya ke bilik rundingan.
Setibanya di sana, dia meletakkan Jesus ke dalam tab mandi, membuka air dan mengeluarkan darah dari tubuh mangsa.
Alfredo kemudian meletakkan tubuh Jesus yang sudah tidak bernyawa ke atas pengusung dan menghiris mangsa sehingga dia boleh dimuatkan ke dalam sebuah kotak.
Doktor itu kemudian meletakkan kotak tadi ke dalam keretanya dan memandu ke rumah Francisco Carrero Villareal, yang bekerja dengannya dari masa ke semasa dan tanpa mengetahui isi kandungan kotak itu.
Tidak lama kemudian, Francisco dan Alfredo pergi ke ladang di mana bapa saudara Francisco, Guadalupe Villareal menunggu mereka berdua untuk memberikan alat untuk menanam kotak itu. Saudara-mara itu hanya diberitahu yang kotak tadi mengandungi sisa ubat yang tidak penting.
Keesokan paginya, Manuel Ovalles, salah seorang daripada pekerja Guadalupe yang merupakan seorang pengembala, mengekori salah seekor daripada lembu-lembunya yang tertinggal dari kumpulannya. Dia menemui sekelompok batu-batu yang dirasakannya pelik lantas menghubungi pihak berkuasa.
Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk polis menjumpai mayat dan orang yang bertanggungjawab.
Ketua kes pembunuhan Eusebio Lara dan Komander Alfonso Gonzales berpura-pura menjadi pesakit dan menahan Alfredo di pejabatnya.
Alfredo cuba merasuah polis itu dengan dua buah kereta, pejabatnya dan sebuah farmasi milik bapanya namun gagal dan ditahan untuk di soal siasat.
Alfredo dijatuhi hukuman mati lantas menjadi pesalah terakhir yang dijatuhkan hukuman mati. Walau bagaimanapun, hukumannya dikurangkan kepada penjara selama 20 tahun dan telah dibebaskan selepas menjalani hukuman itu.
Penduduk di Monterrey lokasi di mana doktor itu tinggal memulakan spekulasi jika dia telah membunuh individu lain, namun polis gagal mengaitkannya dengan jenayah-jenayah lain.
Wartawan muda
Harris yang pada ketika itu seorang wartawan muda berusia 23 tahun telah dihantar ke Penjara Nuevo Leon State, Monterrey untuk menemubual pesakit mental bernama Dykes Askew Simmons yang dijatuhkan hukuman mati kerana membunuh tiga lelaki muda.
Sepanjang di sana, Harris telah bertemu dengan "Dr. Salazar" yang telah menyelamatkan nyawa Simmons selepas dia cedera dalam penjara dan mengambil keputusan untuk turut menemubual lelaki itu bagi menambah kandungan dalam penuulisannya.
Hanya kemudian Harris dimaklumkan mengenai sejarah Dr. Salazar daripada warden penjara. Mengimbas kembali pertemuannya, Harris dipetik menulis, "Dr. Salazar merupakan seorang lelaki bertubuh kecil dengan rambut merah gelap.
"Dia berdiri sangat tegak dan ada tarikan tertentu mengenai lelaki itu. Selepas berbual dengannya seketika, warden menghantar saya keluar.
"Saya ucapkan terima kasih kerana masa yang dia luangkan. Saya bertanya kepadanya sudah berapa lama Dr. Salazar bekerja di sana.
"Encik! Kamu tak tahukah siapa dia itu? Warden itu berpaling kepada saya, "Doktor itu seorang pembunuh.
"Sebagai pakar bedah, dia boleh memasukkan mangsanya ke dalam kotak yang sangat kecil. Dia tidak akan meninggalkan tempat ini. Dia gila!"
Sehingga kini, Alfredo dikenali sebagai "Doktor pembunuh", "Raksasa dari Talleres" dan "Pontianak Balli".
Dia mati pada tahun 2009 selepas meluangkan hari-hari selepas penjaranya dengan menjalankan perubatan di pejabat lamanya tempat yang sama di mana dia membunuh Jesus Castillo Rangel.
BACA INI JUGA: Gilles de Rais, Bangsawan Pembunuh Kejam!
-Sentiasapanas.com