Sunday, July 13, 2014

GILER! Tak Sedar Pisau Tertusuk Empat Tahun Dalam Otak!


Apa perasaan anda apabila membaca tajuk artikel di atas? Gerun atau ngeri? Walau apa pun yang anda fikir, entah bagaimana pula perasaan pesakit yang mengalaminya sendiri.

Li Fuyan

Sudahlah sakit, terpaksa pula hidup bersama pisau yang terbenam di kepala selama 48 bulan.

Li Fuyan, tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya. Setiap hari dia pasti diganggu serangan migrain yang sangat teruk hingga membataskan segala pergerakannya. Adakalanya dia hanya mampu terbaring saja menahan kesakitan itu.

Sudahlah kepala sakit, pernafasannya juga terganggu. Kadang-kadang pendarahan berlaku di dalam telinga dan mulut secara tiba-tiba. Selain itu, dia juga dikatakan sukar menelan, serak serta tidak boleh bercakap.

Bukan sekali dua berjumpa doktor, malah ada temu janji setiap bulan dengan pakar perubatan. Itu belum termasuk rawatan sampingan sewaktu dia tiba-tiba pengsan akibat serangan mengejut.

Setiap kali berjumpa pakar, ubat yang dibekalkan juga adalah yang paling kuat sehingga terpaksa disuntik melalui telinga supaya kesannya lebih cepat.

Li Fuyan [2]

Selepas lebih tiga tahun menjalani rawatan pakar, kesakitan itu tidak juga berkurangan. Malah, menimbulkan tanda-tanya kerana simptom yang dialami tidak dapat dikenal pasti puncanya.

Akibat tekanan dan kesakitan yang tidak tertanggung, Li meminta doktor melakukan imbasan x-ray bagi mengesan punca sebenar.

Amat memeranjatkan apabila sebilah pisau tanpa hulu berukuran 10 sentimeter tertusuk di dalam kepalanya bermula dari rahang kanan ke hujung kepala sebelah kiri.

Li menggigil melihat x-ray yang diberikan dan hampir tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Dia tiba-tiba teringat kejadian rompakan yang berlaku pada tahun 2006.

Ketika itu dia bergelut dengan seorang penjenayah yang telah tertusuk sesuatu di kepalanya. Bagaimanapun, ketika itu Li tidak merasa sakit dan menyangka apa yang mengenai kepalanya hanyalah tumbukan penjenayah itu.

Kepalanya juga langsung tidak berdarah malah tanpa sebarang kesan luka sehinggalah serangan sakit kepala melampau itu dirasainya beberapa tahun kemudian.

Li Fuyan [3]

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Stomatology, Hospital Awam Yuxi, Yunan, Dr. Xu Wen, sebelum ini pelbagai rawatan telah dilakukan termasuklah pemeriksaan di dalam mulut.

Namun, tiada sebarang tanda koyakan atau parut yang kelihatan. Dia sendiri pelik bagaimana pisau itu boleh tertusuk dan terbenam tanpa meninggalkan sebarang tanda.

Menurutnya lagi, Li sangat bernasib baik kerana pisau berkarat itu tidak mengenai arteri otak serta saraf muka yang boleh mengakibatkan kematian. Kejadian ini bagaimanapun telah mengejutkan pakar-pakar perubatan di China malah menjadi viral di laman-laman sosial.

Yang peliknya, kenapa proses x-ray mengambil masa yang terlalu lama untuk dilakukan? Persoalan itu terus menjadi tanda-tanya sehingga kini.

Dan tahukah anda, kes seumpama ini bukanlah perkara luar biasa di China, malah berlaku di seluruh dunia.

Pada tahun 2004 misalnya, pakar perubatan Perancis dikejutkan dengan penemuan 350 keping duit syiling di dalam perut seorang lelaki.

Sekitar tahun 2009, seorang lelaki dari Colorado dilaporkan terkeluar paku dari hidungnya ketika terbatuk. Rupa-rupanya paku itu telah berada di dalam hidungnya selama 30 tahun.

Li Fuyan [4]

Pada tahun yang sama juga, seorang kanak-kanak di Brazil dikatakan hidup bersama 50 batang jarum yang terbenam di dalam tubuhnya.

Pada tahun 2011 pula, seorang lelaki dibedah serta-merta apabila pihak hospital menemui sebiji peluru tertanam di dalam kepalanya. Kejadian itu berlaku di New York.

Dan di Britain pula, seorang lelaki dikatakan menelan segugus kunci ketika mabuk namun disahkan selamat selepas diberikan rawatan.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon