Friday, June 13, 2014

'Marah' Kepada Allah Kerana Buah Tembikai?


Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhi r.a. telah membeli sebiji buah tembikai. Dia kemudian membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Tembikai

Apabila isterinya membelah buah tembikai itu untuk dimakan, rupanya buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya, "Kepada siapa engkau tujukan kemarahanmu itu? Adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?"

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut. Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya, "Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik.

"Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga.

"Malah, si penanam juga sudah tentu mengharapkan hasil tanamannya yang terbaik juga.

"Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini.

"Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuanNya."

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu segera bertaubat dan redhalah dia dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Mungkin anda pernah dengar kisah ini, tak apa, anggaplah ia sebagai "refresh minda" untuk ingatan bersama.

Sama-samalah kita beringat, jika terbeli buah atau sayuran tak elok janganlah marah-marah kerana secara tak langsung kita sebenarnya marahkan Allah SWT Yang Maha Pencipta.

Tanpa di sedari kita telah berdosa!

Nauzubillah..

BACA INI JUGA: Tahukah Anda Betapa Berkhasiatnya Biji Tembikai?

[Sumber]

2 comments

  1. ibarat kurang bersyukur jika tidak cantik... sha pernah rasa macam ni.... "kenapa aku hodoh, sedangkan dia cantik?" tapi sekarang bersyukur sangat... ada mata hidung semua... ada yang lebih kurang bernasib baik...

    ReplyDelete
  2. Tak tahulah 😂😂😂😂

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon