Mungkin ramai yang tidak menyedari begitu banyak herba di dapur dan halaman rumah yang boleh digunakan untuk mencegah dan merawat penyakit.
Herba yang telah digunakan secara turun-temurun ini semakin dilupakan kerana ilmunya tidak diwarisi.
Tambahan pula, kebanyakan generasi muda menganggap bahan herba hanya sebagai tumbuhan hiasan atau bahan masakan semata-mata.
Sebagai contoh, kunyit ialah herba yang sangat bagus untuk membantu fungsi dan pemulihan badan dalam menghadapi masalah diabetes, kolesterol, masalah kulit, radang sendi dan kesihatan hati.
Bahan aktif di dalam kunyit dikenali sebagai curcuminoids juga telah dikenal pasti dapat membantu untuk penyakit alzheimer, multiple myeloma, kanser kolon dan kanser pankreas.
Menariknya, penggunaan kunyit dalam kebanyakan masakan masyarakat India dipercayai berkait rapat dengan keupayaannya memulihara fungsi kecergasan otak seseorang.
"Walaupun kebanyakan kajian yang dijalankan ke atas tumbuhan herba dan rempah-ratus hanyalah pada peringkat awal, tiada buruknya jika menambahkan rempah-ratus dalam diet harian anda," kata pengkaji herba dari Universiti Oxford, Prof. Gerard Bodeker.
Tambah beliau, penggunaan herba-herba dan rempah-ratus bukan sahaja memperkayakan perisa makanan tetapi juga meningkatkan khasiat kesihatan.
Mungkin ramai tidak mengetahui bahawa campuran kunyit dan kayu manis ternyata berpeluang mengubati penyakit diabetes.
"Ramuan tersebut dapat melipat gandakan kebolehan kerja insulin untuk menguraikan glukosa.
"Kunyit juga dapat membantu mengawal masalah obesiti. Ini secara langsung dapat mencegah penyakit yang berpunca daripada kegemukan seperti diabetes," jelasnya.
Bagi masyarakat Melayu, kunyit diminum sebagai jamu terutamanya ibu selepas bersalin. Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.
Manakala masyarakat Cina percaya isi kunyit boleh melancarkan peredaran darah, menghilangkan kesan lebam dan darah beku. Di Thailand kunyit digunakan untuk merawat bisa patukan ular tedung.
Tidak terhad untuk mereka yang ingin mengatasi masalah kesihatan, curcumin harus dijadikan amalan harian untuk menguatkan sistem imunisasi badan dan mengurangkan kerosakan sel badan.
Pendek kata, mengamalkan pemakanan kunyit ini seumpama memakan ubat sebelum sakit.
BACA INI JUGA: Pelik! Labah-labah Pemakan Burung
Sumber: utusan

terima kasih atas maklumat yang sangat bermanfaat. disini saya nak kongsikan 10 manfaat kunyit hitam yang patut anda tahu, Terbukti merawat pelbagai penyakit.
ReplyDeletePasti ramai di antara kita, tidak tahu apa itu kunyit hitam, selalunya kunyit putih dan kunyit kuning paling famous oleh sebab penggunaanya yang penting di dalam masakan atau dibuat masker untuk wajah.
Tidak seperti kunyit kuning atau kunyit putih, kunyit hitam tidak begitu terkenal di masyarakat oleh kerana penanamannya yang agak rumit dan tidak mudah untuk mendapatkan hasil.
Tapi sebenarnya kunyit hitam juga terkenal dalam merawat serta mencegah pelbagai penyakit kronik mahupun ringan. Ianya telah diuji kaji oleh saintis dan mempunyai bahan aktif yang mampu membantu mengatasi penyakit kronik. Jom kita lihat 10 manfaat kunyit hitam yang berguna dalam merawat penyakit.
1. Mengurangkan bacaan gula dalam darah
2. Mengurangkan sakit Urat Saraf Dan Sendi
3. Merawat masalah penghadaman seperti sembelit dan buasir
4. Menyuburkan Organ Pembiakan
5. Untuk Kulit Wajah dan Tubuh
6. Mengurangkan Migraine Dan Stress
7. Merawat Kanser dan Tumor
8. Meningkatkan kesihatan jantung
9. Menurunkan kolesterol
10. Meningkatkan sistem imun badan
untuk maklumat lanjut boleh ke website saya: http://www.superbsupplement.com