Seneca, seorang negarawan Rom pada abad pertama selepas Masihi menyatakan bahawa, "Manusia tidak mati begitu sahaja melainkan kerana bunuh diri".
Setiap saat, di setiap tempat, berlaku kejadian bunuh diri tanpa disedari di meja-meja makan dengan sudu dan garfu, akibat daripada pemakanan yang tidak teratur.
Pada mulanya manusia berfikir, penyakit adalah perbuatan roh-roh jahat daripada orang-orang yang sudah mati. Menjadi kepercayaan ketika itu bahawa orang yang menghidap penyakit disebabkan oleh roh jahat dan dukun-dukun mengubatinya dengan jampi serapah untuk mengusir roh jahat tersebut.
Dewasa ini, masih ramai orang yang tidak memahami punca sesuatu penyakit. Ada yang menganggap penyakit adalah misteri yang menyerang mereka dan berasa tidak dapat berbuat apa-apa.
Secara peribadi, mereka tidak memahami apa sebenarnya fungsi tubuh dan bagaimana tubuh sangat bergantung kepada apa yang dimakan. Akibatnya ramai orang yang tidak mahu menerima hakikat bahawa kesihatan itu sebagai tanggungjawab sendiri.
Dr. George D. Grile, salah seorang pakar bedah terkenal di dunia mengatakan, "Tidak ada kematian semula jadi, semua kematian yang dikatakan timbul secara semula jadi sebenarnya akibat zat asid yang terlalu tepu dalam tubuh".
Menurut Dr. William Lane, perkara yang harus dilakukan untuk mencegah penyakit, dengan memakan sayuran dan buah-buahan tanpa perlu dimasak agar tubuh lebih sihat dan bersih daripada sisa-sisa makanan.
Dengan kata lain, kesihatan akan diperolehi jika tubuh dibersihkan daripada racun-racun makanan yang sudah berlonggok dan diisi atau diganti dengan makanan yang bergizi.
Dengan demikian, punca utama suatu penyakit ialah sel-sel yang telah lemah dan mati kerana tidak makan makanan yang menyihatkan dan kerana sisa-sisa makanan yang telah berlonggok dalam sel-sel yang lemah itu tidak dapat dibersihkan.
Oleh itu, untuk memperoleh kesihatan, ia bergantung kepada kesihatan tubuh daripada bahan-bahan beracun dan dengan membina sel-sel baharu di dalam tubuh melalui makanan yang bergizi.
Sel-sel tubuh akan ada yang rosak setiap hari. Dan sel-sel yang rosak ini perlu diganti agar dapat berfungsi dengan baik. Penggantian sel-sel ini dapat terjadi dengan memakan makanan segar yang berisi mineral, vitamin dan enzim, tetapi jika unsur-unsur tersebut kurang, sel-sel itu akan lemah dan akhirnya mati.
Jika makanan dimasak, unsur-unsur penting di dalam makanan itu akan rosak. Zat-zat makanan yang sudah rosak ini akan berkumpul dalam perut, kemudian dicerna dan diserap ke dalam sel-sel dan jaringan tubuh. Tubuh akan membuang sisa-sisa makanan yang tidak diperlukannya, tetapi sisanya akan tetap berlonggok di dalam sel-sel yang lemah, kerana sel-sel itu tidak mampu lagi membersihkannya.
Dalam sisa-sisa makanan yang sudah berlonggok ini terjadilah pembusukan sehingga kuman-kuman bermaharajalela. Kuman-kuman akan memerangkap sel sehingga terbentuknya lendir, nanah dan racun di dalam tubuh. Inilah yang disebut sebagai penyakit dan jenis penyakit yang timbul bergantung kepada tempat tubuh yang mengalami keracunan.
Dengan demikian, timbullah pelbagai jenis penyakit seperti penyakit reumatik, radang urat saraf, penyakit buah pinggang, penyakit hati, kanser dan penyakit jantung.
Penyakit-penyakit tersebut dimulai dari sel-sel yang lemah kerana tidak dapat membuang sisa-sisa makanan yang dimakan dan kekurangan unsur-unsur yang dapat membentuk sel-sel sihat di dalam tubuh.
Keterangan diatas menunjukkan bahawa betapa pentingnya menerima zat makanan yang dapat membina sel-sel yang sihat dan dapat membantu tubuh membuang sisa-sisa makanan dari dalam tubuh itu sendiri.
Apabila sudah lama memakan makanan yang dimasak dan kurang mengambil makanan segar, seperti buah dan sayuran segar, tubuh akan banyak menumpuk sisa-sisa makanan yang telah mengeras serta lendir-lendir yang telah menyumbat sistem kerja tubuh.
Disamping itu, makanan yang telah dimasak menyebabkan sel-sel tubuh lemah dan mati. Dalam keadaan seperti ini, peranan sari buah dan sayuran sangat diperlukan. Sari buah dan sayuran ini dengan cepat akan diserap oleh tubuh untuk menggantikan sel-sel yang rosak serta membersihkan tubuh daripada racun akibat penumpukan sisa makanan.
Selain sisa makanan yang berlonggok dalam tubuh, terdapat juga sisa ubat-ubatan yang dimakan seseorang. Sisa-sisa ubat ini dapat menyumbat sistem kerja tubuh dan peredaran darah.
Dan cara untuk membuang sisa-sisa ubat ini adalah sama dengan membuang sisa-sisa makanan iaitu dengan memakan makanan segar dan bergizi.
BACA INI JUGA: Makanan Yang Sesuai Mengikut Jenis Darah
-SENTIASAPANAS.COM

wah..good info untuk kesihatan..
ReplyDeletethank sharing..
Artikel yang sangat bagus . Kita juga kena menjadi kebersihan supaya badan lebih cergas .
ReplyDelete