Tuesday, June 24, 2014

Adakah Nilai Kecemerlangan Diukur Dengan Banyaknya A?


Info Motivasi. Ada seorang lelaki yang mempunyai lima orang anak. Empat diantaranya sangat cemerlang di dalam pelajaran sehingga ada yang menjejakkan kaki ke universiti. Hanya anak ketiganya yang agak ketinggalan.

Anak rajin belajar

Suatu hari, ketika sedang menikmati minum petang sekeluarga, dia secara selamba berkata kepada anak ketiganya itu, "Kalau Alang dapat 8A dalam SPM nanti, ayah bawa Alang melancong ke London".

Lelaki itu sangat yakin anaknya yang tidak pernah mendapat A sejak disekolah rendah, mati hidup semula pun tidak akan mendapat 8A dalam SPM. Sebab itu dia berani membuat tawaran tersebut.

Anaknya tidak terus menjawab. Mukanya berubah daripada ceria kepada sedih.

"Dia merenung muka ayahnya dan bertanya, "Kenapa offer kat Alang, kenapa tak berani offer kat adik?", kata anaknya sambil menuding jari ke arah adik bongsunya yang memang sentiasa cemerlang dalam setiap peperiksaan.

Lelaki itu terkedu. Rupanya pertanyaan itu mengguris perasaan anaknya kerana tahu si ayah tidak ikhlas semasa membuat tawaran istimewa itu.

Lelaki itu tidak dapat menahan air matanya daripada tumpah. Dia memeluk dan meminta maaf kepada anaknya.

Selang beberapa bulan selepas itu, lelaki itu sekali lagi mengalirkan air mata. Kali ini gara-gara si anak dimarahi oleh ibunya kerana membeli PSP yang dianggap oleh ibunya sebagai membazir.

Si anak membeli PSP itu dengan wang sakunya sendiri hasil bekerja secara sambilan di sebuah gedung membeli-belah sementara menunggu keputusan SPM.

Anak rendah IQ

Lelaki itu tidak dapat menahan sebak bila anaknya menjawab, "Mama, Alang beli benda ini dengan duit Alang sendiri. Alang dah lama teringin benda ni. Alang tahu hanya ini caranya untuk Alang dapatkan benda ini kerana seumur hidup, Alang tak pernah menerima hadiah macam adik-beradik lain sebab Alang tak cemerlang dalam pelajaran".

Kali ini, si ibu juga turut sebak dan tidak dapat menahan air mata. Lelaki itu mengakui selama ini dia dan isterinya tidak pernah membelikan apa-apa hadiah kepada anak ketiga mereka kerana dia tidak pernah mendapat A dalam pelajarannya berbanding anak-anak mereka yang lain.

Membaca kisah diatas, lalu kita bertanya pada diri sendiri, adakah nilai kecemerlangan itu hanya perlu diukur daripada berapa banyak A yang diperoleh dalam pelajaran?

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon