Wednesday, June 04, 2014

8 Panorama Alam Yang Sangat Menakjubkan


Benarlah kata-kata pujangga, tiada lukisan seindah pemandangan. Alam menyimpan semua kejadian-kejadian menarik dan menakjubkan diseluruh Dunia.

Jom kita saksikan panorama alam diserata dunia yang sangat memukau mata memandang.

Fly Geyser
Nevada

Fly Geyser, Nevada

Sekali pandang pasti ada yang menganggap ini adalah hasil buatan tangan manusia. Tapi sebenarnya ia terjadi secara semulajadi. Mineral yang terpancut hasil dari air bawah tanah dan alga serta lumut bertindak balas menghasilkan warna diatas permukaan batu. Hasilnya menjadi panorama yang sangat menakjubkan.

Sentinels Of The Artic
Finland

Sentinels Of The Artic

Pembentukan salji ini terjadi hasil dari pokok besar yang telah mati dan dilitupi salji. Panorama ini akan terjadi ketika musim salji melanda Finland dan kesejukkannya adalah dibawah paras beku sekitar -40 darjah selsius.

Dead Valley
Namibia

Dead Valley

Panorama ini bukannya lukisan malah ini adalah gambaran keadaan sebenar. Pokok-pokok yang kebanyakannya mati akibat cuaca yang amat panas dan dibelakang gambaran ini adalah bukit dan lembah pasir tertinggi di dunia. Apabila bukit lain melindungi cahaya ke kawasan lapang pokok-pokok ini, maka terhasillah gambar yang seolah-olah tanah tandus seakan-akan di Planet Marikh.

Naica Mine
Mexico

Naica Mine

Satu kawasan perlombongan kristal di Mexico setinggi 50 kaki dan selebar 40 kaki persegi berselerak memenuhi ruang kawasan ini. Ia terjadi hasil daripada tindak balas kepingan magma galian dan bendalir aliran udara panas yang naik ke permukaan.

Sea Of Stars Vaadhoo Island
Maldives

Sea Of Stars Vaadhoo Island

Pada waktu siang, pantai ini bukanlah panorama yang menakjubkan. Tapi, apabila malam menjelang tiba, ia akan dipenuhi dengan cahaya yang cukup cantik yang akan memenuhi sepanjang pantai. Cahaya ini berpunca dari hidupan mikro, Phytoplankton, yang menghasilkan cahaya seperti kelip-kelip namun tidak membahayakan manusia.

Lake Hilier
Australia

Lake Hilier

Tasik besar berwarna pink ini terjadi hasil tindak balas biologi alga dan bakteria dengan kandungan air. Namun, menurut kajian, air berwarna pink ini tidak memudaratkan manusia mahupun tumbuhan.

Socotra Island
Yemen

Socotra Island

Pulau ini yang sememangnya sangat pelik kerana satu pertiga tumbuhan melata yang tumbuh disini tidak akan ditemui di tempat lain. Pakar juga masih dalam proses kajian terperinci tentang tumbuhan dipulau ini kerana ianya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Underwater Waterfall
Mauritius Island

Underwater Waterfall

Teori terjadinya air terjun di dalam laut ini adalah, apabila arus deras kuat yang tidak putus-putus membawa pasir halus dari pantai Mauritius dan ditarik terus ke dalam lautan menghasilkan seakan-akan air terjun yang turun ke bawah lautan menjadikannya antara panorama alam semulajadi yang sangat menakjubkan.

BACA INI JUGA: Fakta Tentang Lautan Yang Anda Tidak Pernah Tahu

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon