Thursday, June 26, 2014

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria?


Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan aktiviti jihad bersama kumpulan pejuang Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil).

15 Pejuang Malaysia Terbunuh Di Syria

Kementerian Luar mengesahkan dakwaan yang dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun.

Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.

“Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu,” menurut kenyataan itu.

“Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan.”

Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.

Kami sebenarnya sangat tidak bersetuju dengan dakwaan kerajaan Malaysia yang menuduh pejuang-pejuang ini sebagai ekstremis. Umat Islam sedang ditindas di Iraq-Syria dan menjadi tanggungjawab umat Islam yang lain untuk membantu saudara seagamanya. -sentiasapanas

Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti perjuangan di kedua-dua negara tersebut.

Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas.

Kita sedia maklum, umat Islam yang bangkit menentang penceroboh luar dan pengganas besar dunia seperti Amerika dan Israel akan dituduh sebagai pengganas. -sentiasapanas

Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.

Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq.

Pekerja kilang biasa di Selangor itu tanpa diketahui oleh keluarga terdekatnya di Pahang, diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (Swat) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu yang mengorbankan 25 polis Iraq.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu.

Video Jihad Rakyat M’sia Di Syria Tersebar Di YouTube

Video Jihad Rakyat M’sia Di Syria Tersebar Di YouTube

Sementara itu, video dipercayai dirakamkan rakyat Malaysia yang terlibat dalam peperangan saudara di Syria, selama seminit dan 33 saat mula tersebar di laman YouTube.

Video yang bertajuk “Siria – Mercenarios Asiáticos Combaten en las Filas Terroristas – 7″ telah dimuat turun ke laman YouTube pada 7 Jun dan dirakamkan oleh seorang individu yang bercakap bahasa Melayu loghat utara.

Video itu merakamkan sebuah kereta kebal bergerak ke medan pertempuran dan sekumpulan lelaki, yang berpakaian celoreng tentera dan bersenjata, berada di dalam sebuah trak pengangkut.

“Ya kereta kebal sedang bergerak menuju ke destinasinya menuju ke medan pertempuran, Allahuakbar, Allahuakbar..Kesemuanya cinta syahid,” kata jurukamera video itu.

Seorang lagi lelaki bercermin mata, yang dirakamkan dalam video itu, turut berkata: “Mujahid-mujahid hensem”.

Rakaman video itu dikesan ketika Malaysia meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan berhubung penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti perjuangan di negara Timur Tengah itu. –BERNAMA




10 comments

  1. memang ada terbaca dalam paper yang pihak Malaysia memang tak merestui perjuangan mereka..aku juga ada terbaca antara salah satu sebab ialah sebab dia tak nak pengaruh militan dibawa masuk kedalam malaysia time dorang balik nanti...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  2. kerajaan kalau tak setuju dgn mereka ni.. tak payahlah nak tuduh diaorg pengganas. kedudukkan mereka samada syahid atau tidak hanya allah je yang tahu.. siapa menteri malaysia ni yang sama -sama hamba allah nak menentukan kedudukan dan status mereka.. kan dah kata wajib bagi setiap org islam tu membantu saudara mereka yang ditindas.. salahuddin al ayubi tu dapat tawan baitulmaqdis sebab semua peimpin islam sama-sama membantu dan cintakan syahid.. kita kat malaysia ni yang bangga sangat sebagai negara islam sibuk nak tangkap org islam yang pergi berjihad.. apa nak tunjuk kat amerika tu.. yang kita ni pun sama macm dia ke... biarkan jelah rakyat malaysia yang cintakan jihad dan syahid tu gi berjuang.. jgn kacau mereka.. kita ni yang patut malu dgn mereka sebab tak seberani mereka untuk gi berjihad..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes..ana setuju sgt.sewaktu ddlm kereta prgi kerja dgr berita tentng pejuang2 islm ini di cop sbg pgganas dalm hati ni bengkek jer...skit betul hati...nama je ngra islm tp sndri mau jatuhkn islm.grrr

      Delete
  3. Btul 2..biarla dorg nk g bjihad smada syhid atau tdk tu ursan dy n allah...mluat plk dgn krjnn mlysa ni

    ReplyDelete
  4. Dari dulu amerika dan barat tuduh setiap negara islam yg berjuang ni pengganas.. Lps tu suruh kjaan umat islam tgkp diorang ni..labelkn militan le apa le.. Oi klu x reti buat cara x reti.. Gi blaja bab jihad btul2.. Jgn dok jahil ikut telunjuk amerika .. Baca byk2 ttg hadis akhir zaman...

    ReplyDelete
  5. Tapi kalau smpai bunuh orang yg tak berdosa.. perjuangan apa namanya tu...

    ReplyDelete
  6. Sanjunglah perogol, Pembunuh Sebab dia orang berani belaka, sedangkan kamu orang Tak berani buat, itu bukannya apa, asalkan tindakan mereka direstui Allah, yang Tak berani tu diam lah. Otak isis mereka memang Betul, otak majority masyarakat dunia yg rosak tu Sebab Tak baca Dan meneliti quran Dan hadith. Perang suci apa you orang faham, bunuh sikit ikut islam bukannya apa kalau dibandingkan America, bunuh sikit dgn kejam tu direstui Allah. Rampas kereta kekal, senjata tinggalan tentera iraq tu direstui Allah, bukan name Curi itu, Tak same.dagang perempuan tahanan Perang bukannya apa, Allah membenarkan perhambaan.

    ReplyDelete
  7. Semoga mereka mendapat ganjaran shahid menentang tentera kufar. Mereka ini singga Allah yg berjuang demi jihad. Tak gitu ulama aircond. Takde aircond takde ceramah....

    ReplyDelete
  8. Kenapa lah dengan kerajaan Malaysia ini masih lagi tak sedar macam kau tu Tuhan pulak sesuka hati pulak nak buat hukum sendiri org ni sesat la ape la. diorang nak pergi berjihad biarkan jelah yang tentukan semua ALLAH. macam korang yang tentukan die msok syurga atau neraka. Klau org tu niat nk berjihat jalan ALLAH. ALLAH dah jnjikan org mati syahid syurga tempat die nnti ..... so buat la baca al-quraan dan adis-2 Rosululloh byak-2 dan fham btol-2 apa yg ada tertulis die dlam tu dan fham btol-2

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon