Bagi kebanyakan orang, duduk di hotel adalah satu kemewahan. Ini kerana orang lain yang akan kemaskan katil, cuci tandas, bawakan sarapan pagi dan surat khabar.
Jom kita baca hotel-hotel yang paling mewah di seluruh dunia.
Emirates Palace, Abu Dhabi
Dengan kos keseluruhan pembinaannya mencecah USD 3 billion, Emirates Palace mempunyai 394 bilik dan suite, 40 bilik ‘meeting and conference’, pantai pasir putih dan 1000 lilin kristal mewah menghiasi hotel mewah ini!
Hotel Mardan Palace, Turki
Dibina oleh billionaire Rusia, Telman Ismailov pada 2009 dengan jumlah sebanyak USD 1.65 billion, Hotel Mardan Palace yang terletak di Antalya, Turki ini menempatkan kolam renang terbesar di Mediterranean yang mana boleh memuatkan sebanyak 1000 tetamu dalam satu-satu masa!
The Westin Excelsior, Rome
Dibina pada 1906, The Westin Excelsior, Rome terletak megah di daerah Via Veneto. Hiasan dalaman hotel ini menggunakan tema Inggeris gaya lama yang dilengkapi dengan gajet berteknologi tinggi. Selain itu, ianya turut menempatkan bilik fitness sendiri, sauna, steam bath, jakuzi selain bilik makan formal untuk suite paling mahal di hotel ini.
Burj Al Arab Hotel, Dubai
Hotel ini dibina mengikut lakaran seperti sebuah kapal layar. Kesemua bilik dalam hotel ini dihiasi dengan pelbagai kemodenan selain pengunjung disajikan dengan pemandangan menarik di sekeliling bilik mereka. Selain itu, hotel ini turut mempunyai ‘heli pad’ nya sendiri, gelanggang tenis serta menawarkan pelbagai pilihan ‘nightlife’ menarik buat tetamu mereka.
The Plaza, New York
Walaupun di kota Big Apple ini terdapat pelbagai pilihan hotel mewah yang lain, namun The Plaza selalunya menjadi pilihan kebanyakan VIP yang mana mereka akan menempah Royal Plaza Suite yang mana menempatkan pemandangan tercantik di kawasan Manhattan. Suite ini mempunyai tiga bilik tidur dan tiga bilik air yang digayakan dengan gaya Inggeris lama. Dalam suite itu turut menempatkan sebuah meja makan formal, sebuah perpustakaan, gim, dapur dan mempunyai akses kepada lifnya sendiri. Hotel ini dibina pada 1907 dan telah diiktiraf sebagai National Historic Landmark pada 1969.
Atlantis Paradise Island, Bahamas
Hotel ini dibina dengan keluasan 141 ekar dan tersergam megah di Bahamas. Royal Towers Bridge Suite yang terletak di aras 23 merupakan suite yang paling mahal dan menarik kerana menempatkan bilik makan dengan lilin emas 22 karat menghiasi bilik tersebut, selain daripada tujuh staf hotel yang setia melayan tetamu dalam suite tersebut sepanjang masa!
Palms, Vegas
The Las Vegas Palms sangat popular untuk penggemar kehidupan di kota ‘Sin City’ ini. Suite di tingkap paling atas menempatkan Villa pengasas majalah porno, Playboy, Hugh Hefner Sky Villa yang boleh memuatkan sebanyak 250 tetamu pada satu-satu masa.
The Boulders, Arizona
Dibina di atas 1300 ekar Gurun Sonoran, hotel ini mengabungkan kemewahan yang dekat dengan alam sekitar. The Boulders turut menempatkan lapang sasar golf dan resort spa yang sangat mewah buat pengunjungnya. Selain itu terdapat sebuah vila peribadi yang kebiasaannya ditempah selebriti Hollywood yang enggan diganggu oleh orang yang tidak dikenali mahu pun paparazi yang sentiasa mengekori mereka.
Cuisin Art Golf Resort & Spa, Anguilla
Hotel ini sebetulnya dibina untuk kegunaan pemiliknya sahaja namun kemudiannya telah diperbesarkan untuk menerima pengunjung atau pelancong. Spot ini juga sangat digemari selebriti popular Hollywood untuk melarikan diri daripada beban kerja buat seketika.
Secrets Marquis, Los Cabos
Hotel ini memberikan pemandangan yang terbaik di mana pengunjung boleh melihat sendiri perpindahan ikan paus selain menyediakan vila peribadi dengan kolam renang yagn sedia terbina di dalamnya.
BACA INI JUGA: Elisa Lam, Kematian Misteri Di Hotel Cecil
Sumber: Reader’s Digest