Friday, May 23, 2014

Zakat Diakui Sistem Terbaik Untuk Ekonomi


Ahli ekonomi percaya, kemiskinan akan terus terjadi sepanjang zaman. Ia tidak boleh dihentikan ataupun dihapuskan kerana strukturnya melibatkan manusia yang berbeza-beza.

Zakat sistem Ekonomi terbaik

Perbezaan ini akan menjadikan sesebuah negara itu mempunyai golongan kaya dan miskin. Namun mereka mengakui, pengawalan melalui sistem mampu mengubah situasi ini.

Soalnya, apakah sistem terbaik dalam ekonomi yang mampu menjamin golongan kaya dan miskin mampu hidup dengan harmoni?

Pakar ekonomi Barat percaya, sistem cukai konvensional yang diperkenalkan mereka mampu mengawal situasi.

(Baca: Cara Mengukur Kekayaan Yang Pelik)

Namun, setelah beberapa kurun berbincang, akhirnya mereka mendapati sistem cukai hanya membesarkan jurang perbezaan.

Bagaimanapun, selepas memahami beberapa kertas kerja yang dikemukakan oleh cendekiawan Islam, akhirnya mereka mengakui sistem zakat Islam sebenarnya yang terbaik untuk manusia.

Sistem ekonomi Islam menjamin hak saksama antara golongan kaya dengan yang miskin.

Gaji pertama

First Salary system

Dan tahukah anda, tangga gaji mula-mula diperkenalkan di Amerika Syarikat pada tahun 1938 dengan kenaikan 25 sen sejam.

Hari ini, semua negara yang mengamalkan fahaman kapitalis meletakkan tangga gaji sebagai asas pertumbuhan dalam sesebuah negara.

(Baca: 10 Jenis Hantu Paling Menyeramkan Di Serata Dunia)

Pada pandangan pemikir ekonomi kapitalis, cara itu adalah sesuatu yang dinamik kerana pergerakan gaji pekerja akan meningkatkan keupayaan membeli.

Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku seperti yang difikirkan. Sebaliknya, peningkatan gaji sebegini cuma meningkatkan harga barang keperluan dan pekerja akan kehilangan nilai daripada gaji mereka.

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon