Saturday, May 31, 2014

Yahoo! Bakal Saingi YouTube!


Yahoo! sebelum ini telah dikatakan beberapa kali cuba memfokuskan kepada kandungan berbentuk video.

Yahoo New Video

Yahoo! juga telah cuba untuk membida DailyMotion dan Hulu, tetapi gagal untuk membelinya dan sebagai alternatif kini Yahoo! dilihat membangunkan platform mereka tersendiri.

Yahoo! sebenarnya mempunyai laman web video mereka sendiri, namun ia tidak membolehkan pengguna memuat-naik kandungan mereka tersendiri, sekaligus menjadikan platform mereka kurang menarik minat pengguna untuk menonton kandungan.

(Baca: Filem Bajet Rendah Yang Mencapai Kejayaan Besar!)

Apa pun, ia dijangka akan berubah tidak lama lagi. Yahoo! dikatakan akan menarik para penerbit kandungan dengan menawarkan perkongsian wang daripada iklan pada kadar yang lebih tinggi berbanding YouTube, disamping akan turut memperlihatkan kandungan video pengguna di halaman utama Yahoo!.

Make Money With Yahoo Video

Mengikut laporan AdAge, setiap penerbit kandungan dikatakan akan mendapat saluran mereka sendiri – menyerupai YouTube dan pada masa yang sama bagi mereka yang menandatangani perjanjian dengan Yahoo! akan menerima kelebihan untuk memperlihatkan kandungan mereka di pelbagai halaman milik Yahoo! termasuk di Tumblr.

Seperti biasa, pihak Yahoo! tidak mengeluarkan komen rasmi buat masa ini dan strategi Yahoo! yang kini meningkat naik kembali dengan platform video mereka ini kelak dijangka akan menarik perhatian ramai pihak seluruh dunia.

[Sumber]

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon