Thursday, May 29, 2014

Video Perogol Kena Sebat Di Kelantan!


Peragut yang ditangkap orang ramai lalu dibelasah sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa adalah kejadian biasa dalam masyarakat kita.

Video Perogol Dihukum Sebat Ibu Mangsa Rogol Di Kelantan

Namun dalam satu video yang dikongsikan di YouTube, seorang lelaki didakwa suspek kes rogol disebat banyak kali sekuat hati oleh seorang wanita menggunakan rotan di Pantai Tujuh Tumpat, Kelantan.

Wanita itu dikatakan ibu kepada mangsa yang dirogol lelaki tersebut.

Orang ramai yang berdiri mengelilingi kejadian tersebut kelihatan tidak berbuat apa-apa untuk membantu lelaki yang terikat kaki tangan dan terlondeh seluarnya itu.

(Baca: 14 Hari Diperkosa Tanpa Henti!)

Sambil merotan, wanita tersebut menyuarakan kemarahannya atas pebuatan lelaki itu terhadap anaknya.

Jika benar lelaki tersebut sememangnya telah merogol anak wanita tersebut, memang patutlah dia kena belasah sebelum diserahkan kepada polis.

Kalau kita berada di tempat makcik tersebut tentu kita pun berasa sangat marah kan? -Mynewshub.my


UPDATE!

Wanita Sebat Suspek Perogol Anaknya Diberkas

Wanita yang menyebat suspek kes rogol anak perempuannya yang berusia 13 tahun kini ditahan polis.

Wanita berusia 38 tahun itu ditahan bersama-sama suaminya, 40, dan anak lelaki mereka, 22.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Komisioner Lai Yong Heng berkata ketiga-tiganya ditangkap di rumah mereka di Kampung Gong Bayor, Kampung Raja, Terengganu pada pukul 9 malam.

“Mereka ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah dari Polis Kontinjen Kelantan dan direman selama tujuh hari.

“Mereka adalah suspek kerana menyebabkan kecederaan parah kepada dua orang lelaki. Ini adalah satu jenayah yang serius dan ia menjadi tugas polis untuk bertindak dan menyiasat kes itu,” kata ACP Lai di sini, Sabtu.

Polis katanya, perlu melakukan tugas untuk menegakkan undang-undang walaupun orang ramai menyatakan simpati dan sokongan untuk wanita itu dan keluarganya.

Lelaki tersebut yang mengalami kecederaan di punggung, tangan dan muka sebelum itu ditangkap oleh anak wanita berkenaa dan suaminya.

Mereka kemudiannya menghantar lelaki itu ke balai polis.

Namun polis terpaksa menghantar lelaki itu ke Hospital Universiti Sains di Kubang Kerian selepas dia mengalami darah beku di kepala.

Dia ditangkap bersama-sama dengan lelaki lain berhubung kes rogol seorang gadis di Tawang, Bachok, pada 22 Mei lalu.

Seorang lagi lelaki yang terlibat sebelum ini juga diserang oleh sekumpulan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Kedua-dua lelaki itu didakwa merogol remaja perempuan itu beberapa kali dalam sebuah rumah.

-Sentiasapanas.com

3 comments

  1. bagus juga video ini tersebar skurangya boleh dijadikan pngajaran.. cuma satu yg muskil di hai..biarpun nak bg pngajaran.event dia bsalah bkankan kalau nak rotan x boleh mencederakan anggota yg boleh meduratkan kesihatan..dan x aibkan psalah...itu skadar pndangan.. yg salah tetap salah..smoga jadi pngajaran kpada kita smua

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum...sentiasa panas,

    mselim3 suka gak.. hukuman sebat ke atas perogol dikenakan, Jika tidak jenayah rogol nie masa kini menjadi2.. semoga ia menjadi pengajaran kepada pesalah..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Memang betul tu, kejadian rogol semakin berleluasa dan menakutkan..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon