Thursday, May 22, 2014

Tegar Hanya Makan Tauhu Dan Tempe Ditipu Pengurus!


Penyanyi cilik dari Indonesia iaitu Tegar yang pernah hidup miskin mendedahkan kehidupannya selepas bergelar artis turut berliku apabila ditipu oleh bekas pengurus sendiri.

Tegar Hanya Makan Tauhu Dan Tempe Ditipu Pengurus!

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 13, berkata, keadaan bertambah buruk apabila dia tidak dapat merasai wangnya sendiri selain hanya diberi makan tauhu dan tempe.

“Sumber kewangan saya disekat. Malah saya diberi makan tauhu dan tempe sahaja seperti ketika saya mula-mula menjadi penyanyi jalanan dahulu.

“Malah, saya tidak dapat membeli apa-apa benda yang diinginkan kerana bekas pengurus itu tidak memberikan wang kepada saya. Kononnya mahu saya berjimat dan sentiasa ingat asal usul. Tetapi wang hasil titik peluh saya, semua dia ambil.

“Mujurlah saya bertemu dengan seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk membantu saya lari daripada bekas pengurus tersebut,” katanya.

Tegar ditemui pada majlis pelancaran album keduanya berjudul Kemana Kasih Sayang di Hotel Seri Pacific di sini pada Rabu.

Sebelum ini lagu nyanyiannya iaitu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang merupakan antara lagu hit di negara ini.

Sementara itu, pengurus barunya yang bernama Arif Dollah berkata, selepas mendapat tahu mengenai masalah Tegar, dia telah ‘melarikan’ penyanyi itu ke Bandung selama seminggu dan kemudian meminta Tegar untuk dilepaskan.

“Selepas membaca semula kontrak Tegar, ia didapati tidak sah dan hal tersebut membuatkan masalah itu lebih mudah diselesaikan.

“Dua bulan lalu, saya larikan Tegar ke Bandung sehinggalah pengurus itu membuat keputusan untuk tidak menguruskannya lagi.

“Dan sekarang ini, barulah Tegar dapat merasa wang hasil daripada titik peluhnya dengan membeli sebanyak dua buah motosikal KTN Motorcross selain membeli beberapa bidang tanah sawah untuk bapa tirinya,” kata Arif.

Malah Tegar juga membeli tiga gitar akustik dan tiga buah lagi ukulele untuk digunakan ketika membuat persembahan.

Mengenai album kedua Tegar di bawah label Hapro Records, ia memuatkan sebanyak tujuh buah lagu iaitu Indah Pada Waktunya, Gitar Kecil, Sekeping Recehan, Aku Masih Tegar, Tak Boleh Sombong, Lihat, Dengar Dan Rasa serta Kemana Kasih Sayang.

“Dalam album ini, saya masih membawakan lagu mengenai diri saya yang masih sama seperti dahulu.

“Saya mahu semua tahu bahawa diri ini akan sentiasa mengingati asal usul,” ujarnya.

Album Kemana Kasih Sayang akan diedarkan di bawah syarikat Media Asia Production Sdn Bhd (MAP). -mStar Online

Tegar tak pernah dendam ayah

Tegar - Ke Mana Kasih Sayang
Tegar menunjukkan album terbarunya.

Tegar Septian, 12, mengakui tidak pernah menyimpan dendam terhadap ayah kandungnya, Aris yang meninggalkan ibunya, Ratna Dwisasi ketika dia masih dalam kandungan.

Kata penyanyi yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang itu, dia juga tidak mahu mengetahui langsung masalah melanda ibu bapanya.

“Sebagai anak, saya tetap menerima kehadiran ayah kandung saya dengan ikhlas kerana dia tetap darah daging saya. Apatah lagi, bakat nyanyian ini pun diwarisi daripadanya.

“Walaupun dia datang berjumpa dengan saya selepas menjadi penyanyi yang dikenali, saya tetap menerima dia dengan hati terbuka.

“Saya juga menjalankan tanggungjawab sebagai anak apabila dengan rela hati memberi wang hasiljualan album pertama kepadanya untuk membina kehidupan lebih baik,” katanya ditemui pada majlis pelancaran album kedua, Ke Mana Kasih Sayang di Hotel Seri Pacific.

Tegar hadir ditemani pengurus barunya, Arif Dollah, selepas berhadapan masalah penipuan pihak pengurusan lama. -HarianMetro



-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon