Wednesday, May 28, 2014

Tawaran Pembelian Website Dan Apps Popular Yang Gagal


Suatu ketika dahulu, Facebook menggemparkan dunia dengan berita pengambil alihan aplikasi permesejan popular; Whatsapp dengan harga $19 bilion dalam bentuk tunai dan saham. Pengambil alihan sebegini dianggap perkara biasa dalam dunia perniagaan dan teknologi, namun tidak semua pengasas bersetuju untuk menjual syarikat mereka walaupun ditawarkan harga yang tinggi.

Failed Web Purchase Deals

Ada syarikat yang berjaya meningkatkan nilai mereka selepas menolak pengambil alihan, namun tidak semuanya bernasib baik.

Berikut adalah beberapa tawaran pengambil alihan popular yang pernah ditolak.

1. Snapchat

Snapchat

Snapchat ialah sebuah aplikasi sosial yang popular kerana semua mesej yang dihantar melaluinya akan terpadam daripada pelayar selepas 24 jam.

Pada penghujung 2013, ia ditawarkan 3 bilion oleh gergasi media sosial, Facebook. Pengasas Snapchat, Evan Spiegel dan Bobby Murphy dikatakan menolak kerana menanti tawaran yang lebih baik.

2. Friendster

Friendster

Diasaskan pada tahun 2002, Friendster merupakan pelopor kepada laman sosial. Pada tahun 2003, Friendster menolak tawaran $30 juta daripada Google atas saranan banyak pihak yang mencadangkan supaya mereka menunggu kemahsyuran internet.

Namun, laman-laman sosial baru seperti MySpace dan Facebook mula membanjiri pasaran dan meninggalkan Friendster jauh dibelakang.

Akhirnya, MOL Global membeli Friendster dengan nilai $$26.4 juta. Sekiranya Friendster menerima tawaran Google pada masa itu, sahamnya kini mungkin bernilai sekurang-kurangnya $180 juta.

3. Facebook

Facebook

Diasaskan oleh Mark Zuckerberg, ia merupakan laman sosial terbesar buat masa ini. Selain menolak tawaran pembelian bernilai $1 bilion daripada Yahoo!, Zuckerberg juga pernah menolak tawaran daripada MySpace dan Viacom sebelumnya.

Nampaknya, Zuckerberg mengambil tindakan yang wajar kerana Facebook berkembang pesat dan berjaya menjadi jenama media sosial yang berpengaruh dalam masa beberapa tahun sahaja.

4. Yahoo!

Yahoo!

Ia merupakan antara enjin carian internet terawal yang menyumbang kepada landskap internet hari ini. Namun, Google mula menampakkan dominasinya pada tahun 2008.

Microsoft cuba menghalang monopoli Google dengan menawarkan untuk membeli Yahoo! dengan nilai $44.6 bilion namun tawaran itu ditolak oleh salah seorang pengasas Yahoo! yang merasakan nilai tersebut terlalu rendah.

Malangnya, saham Yahoo! jatuh menjunam selepas itu dan Microsoft hilang minat terhadapnya.

5. Twitter

Twitter

Pada tahun 2008, populariti Twitter yang sedang meningkat menimbulkan minat Facebook untuk membelinya dengan harga $500 juta.

Twitter menolak kerana tawaran Facebook ialah dalam bentuk saham, sedangkan Twitter mahukan tunai.

Tawaran Facebook juga dikatakan terlalu rendah dan pada hari ini, Twitter dianggarkan bernilai lebih $24 bilion.

6. Groupon

Groupon

Ketika Google menawarkan untuk membeli Groupon pada 2010, laman kupon sosial tersebut memperoleh pendapatan $1 bilion setahun. Tawaran pembelian Google bernilai $6 bilion namun ditolak oleh CEO Andrew Mason.

Malangnya, selepas penolakan tersebut, populariti Groupon menjadi pudar dan keuntungannya merudum.

7. Rovio

Rovio

Syarikat Finland yang mencipta fenomena permainan mobil Angry Birds ini pernah ditawarkan $2 bilion oleh Zynga. Rovio menolak pembelian tersebut dan kini masih teguh dalam arena permainan mobil.

8. Foursquare

Foursquare

Pernah menjadi kegilaan diawal kemunculannya dalam arena media sosial, Foursquare menarik minat Facebook dan Yahoo! Tawaran Yahoo! pada 2010 dilaporkan bernilai $200 juta namun CEO Foursquare mahukan nilai yang lebih tinggi.

Kemunculan aplikasi geotagging lain seperti Gowalla dan Spindle yang kemudiannya terjual pada harga lebih rendah memberikan petanda tidak baik untuk Foursquare. Ia kini diramalkan bernilai kurang daripada $50 juta.

9. Qwiki

Qwiki

Aplikasi video ini memenangi anugerah pilihan editor di TechCrunch Disrupt, lantas Google menawarkan pembelian bernilai $150 juta.

Qwiki membuat keputusan untuk menunggu namun malangnya, aplikasi Vine dilancarkan dan Qwiki terus menjunam. Yahoo! akhirnya membeli Qwiki dengan nilai $50 juta.

BACA INI JUGA:

-Sentiasapanas.com

2 comments

  1. mesti pemilik Yahoo! sekarang menyesal tak jual kat Microsoft dulu..
    sekarang tengoklah Yahoo! merudum visitors and sahamnya..
    bagi saya, Mark Zuckeberg sangat bijak dalam memasarkan laman socialnye dan juga meningkatkan fungsi facebook.
    sekarang lihatlah , laman social mana yang TOP kat dunia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. CEO Yahoo! tidak bijak mengambil peluang menandingi Google adsense walaupun berpeluang suatu ketika dahulu malah sekarang..

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon