Info Ngeri. Satu kemalangan ngeri melibatkan pasangan suami-isteri di Jalan Cheras susur Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur telah dikongsikan menerusi Facebook Daily Traffic Report, hari ini.
Kemalangan yang berlaku jam 8 pagi tadi menyebabkan Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, maut di tempat kejadian.
Ia berlaku apabila motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa terbabas dan menyebabkan mereka tercampak jatuh sebelum lori yang mengekori dari arah belakang mengilis tubuh dan kepala mangsa.
Bagaimanapun, lori berkenaan terus meninggalkan tempat kejadian.
Mayat kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Al-Fatihah..
Lima Beradik Kini Yatim Piatu
Tiada siapa yang menyangka rutin hampir setiap pagi pasangan Jefri Mohd Zain, 46, dan Noorsalawati Ibrahim, 40, ke tempat kerja akan menjadi yang terakhir kalinya.
Sekelip mata sahaja, lima anak mereka yang masih kecil dan bersekolah bergelar yatim piatu dalam kejadian yang berlaku di Jalan Cheras – Loke Yew itu.
Mengimbas kembali tragedi itu, motosikal yang dinaiki Jefri dan Noorsalawati terbabas sebelum kedua-duanya tercampak dan digilis lori dari arah belakang.
Justeru, menerusi Facebook Daily Traffic Report, orang ramai telah dimaklumkan mengenai usaha kutipan derma kilat bagi membantu anak-anak kecil yang telah kehilangan tempat bergantung ini.
Bantuan kewangan boleh disalurkan ke akaun Maybank milik Ramlah Jais: 1645 9308 8136.
UPDATE
Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan, boleh salurkan terus ke akaun Mybank 114301042467 atas nama Zainah Mohd Zain atau menghubunginya di talian 019-6065911.
Pada masa yang sama, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Niza Mohd Zin turut memaklumkan mangsa merupakan adik dan adik ipar rakannya.
Menurutnya lagi, kakak mangsa masih berada dalam keadaan terkejut dan terpaksa ditenangkan oleh rakan-rakan terdekat.
Apapun, kami mengharapkan agar nasib lima anak pasangan ini akan mendapat pembelaan dan jagaan sewajarnya bukan sahaja oleh ahli keluarga yang lain, malah juga dari pihak berwajib. -Mynewshub.my

Derma disalurkan ke a/c ramah jais...apa hubungan dgn keluarga mangsa?
ReplyDeleteSalah seorang dari ahli keluarga mangsa..
Deletesaya harap sumbangan orang ramai yg disalurkan melalui account ramlah jais sampai ke tangan 5 beradik ni.
ReplyDelete