Wednesday, May 14, 2014

Cinco de Mayo! Festival Perang Bangsa Mexico


Selamat menyambut Cinco de Mayo! Ia adalah masa yang sesuai bagi menunjukkan kebanggaan dan maruah Mexico di kawasan metro Washington D.C., Amerika Syarikat (AS).

Cinco de Mayo Battle
Lukisan pertempuran tentera Mexico dan Perancis di Puebla pada Mei 1862.

Bagaimanapun anda diingatkan sebelum meraikannya, sambutan Cinco de Mayo bukanlah bermaksud Hari Kemerdekaan Mexico.

Di Mexico, Cinco de Mayo merupakan kisah kemenangan tentera negara tersebut ke atas tentera Peracis dalam pertempuran di Puebla pada Mei 1862 dan ia tidak begitu diraikan.

Namun berbeza di AS, ia disambut meriah dengan memenuhi masa perayaan untuk menikmati minuman cervez (bir), margaritas (minuman koktel) dan taco (makanan ringan).

Sebenarnya, perayaan ini telah dipopularkan oleh aktivis Chicano di AS sekitar tahun 1960-an dan 1970-an bertujuan mengiktiraf keturunan Mexico, Indian dan Mestizo yang menggagalkan percubaan penaklukan Eropah.

Cinco de Mayo Fiesta

Dalam pertempuran itu, tentera Mexico tidak menduga boleh menewaskan askar-askar Perancis yang lebih berdisiplin dan bersenjata lengkap.

Pertempuran meletus apabila Perancis menyerang Mexico untuk menuntut hutang.

Sambutan Cinco de Mayo juga sama meriahnya seperti Hari Kemerdekaan Mexico yang diraikan pada 16 September setiap tahun.

Perayaan berkenaan juga dipanggil sebagai El Día de la Batalla de Puebla (Hari Pertempuran Puebla). Setiap tahun, ratusan pengunjung turut terlibat melakonkan semula pertempuran itu di Puebla dengan berpakaian seperti pejuang Mexico atau tentera Perancis sebagai memperingati peristiwa itu.

Kanak-kanak turut tidak melepaskan peluang menyambut Cinco de Mayo dengan mengenakan pakaian beragam.

Cinco de Mayo - Children

Sebagai tuan rumah, acara itu hanya disambut di negeri Puebla dan tidak diperluaskan di tempat-tempat lain di Mexico.

Kira-kira 33.7 juta penduduk keturunan Mexico di AS meraikan perayaan ini setiap tahun dengan sambutan Cinco de Mayo yang terbesar diadakan di Los Angeles.

Sambutan perayaan ini juga melariskan jualan makanan tempatan yang dikenali sebagai Guacamole. Ia adalah hidangan avokado tumbuk dicampur dengan bawang cincang, tomato, lada cili, dan bahan perasa.

Suruhanjaya Avocado California menganggarkan bahawa kira-kira 39.4 juta kilogram buah-buahan hijau digunakan dalam makanan semasa Cinco de Mayo.

BACA INI JUGA: Festival Paling Kejam Di China, Makan Anjing!

Sumber: Kosmo.com.my

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon