Saturday, May 24, 2014

Buah Petai Mampu Cegah Angin Ahmar


Petai adalah sejenis tanaman berasal dari negara tropika seperti Malaysia dan Indonesia dengan nama latin parkia speciosa.

Buah Petai Mampu Cegah Angin Ahmar

Buah petai boleh dijadikan ulam untuk membuka selera yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan walaupun baunya agak kuat.

Petai mengandungi sukrosa, fruktosa dan glukosa yang menghasilkan tenaga secara semula jadi untuk badan. Ia juga mengandungi pelbagai zat seperti protein, karbohidrat, vitamin A, vitamin dan mineral.

Selain membantu mengurangkan masalah anemia, ia juga baik untuk mata, mencegah angin ahmar dan melancarkan sistem pencernaan.

Dalam satu kajian dilakukan menunjukkan amalan memakan petai secara teratur mampu mengurangkan 40 peratus risiko menghidap angin ahmar.

Sejukkan badan dengan kembang semangkuk

Buah kembang semangkuk

Pernah dengar buah kembang semangkuk yang banyak dicampurkan dalam minuman air batu campur atau lai chi kang?

Buah kembang semangkuk atau nama saintifiknya scaphium longiflorum adalah sejenis tumbuhan yang ada di Malaysia dan negara Asia Tenggara.

Buah ini digemari ramai kerana teksturnya yang lembut seumpama jeli. Dalam perubatan tradisional Melayu, kembang semangkuk digunakan untuk menurunkan panas badan.

Buah kembang semangkuk [2]

Ini kerana kandungan dalam buah itu yang berkhasiat dan mampu meredakan demam panas.

Buah kembang semangkuk direndam sehingga pecah dan menghasilkan air berwarna coklat jernih. Air ini diminum dan buahnya boleh dimakan untuk menyejukkan badan.

Ia boleh digunakan bersama biji selasih dan getah anggur yang mempunyai kesan yang sama.

BACA INI JUGA: Diet Terbaik Mencegah Penyakit Batu Karang

Sumber: Tupai.com.my

2 comments

  1. Alhamdulillah...ada gak khasiat petai rupanya...petai ini memang antara ulam feveret aku nih..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertuahlah sesiapa yang memang suka makan petai..:)

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon