Saturday, May 10, 2014

Benarkah Bumi Pernah Memiliki Dua Bulan?


Beberapa ahli astronomi berspekulasi bahawa suatu ketika dahulu terdapat dua bulan pernah mengorbit Bumi dan bergerak secara berurutan. Tapi, ke mana perginya bulan yang satu lagi?

Bumi memiliki dua bulan

Astronomi mula memikirkan perkara ini selepas menemui dua sisi berlainan pada bulan. Sisi bulan yang menghadap Bumi kelihatan rata. Manakala sisi yang satu lagi jika diamati, kelihatan berbonggol dan berbukit-bukit.

Pemandangan sisi berbeza inilah yang mencetuskan andaian di kalangan ahli saintis bahawa suatu ketika dahulu Bumi pernah memiliki dua bulan. Kerana yakin dengan idea ini, ia telah diterbitkan dalam jurnal Nature, 3 Ogos 2011.

Menurut pengkaji bintang, Erik Asphaug dari Universiti California, Santa Cruz, ia dipercayai melebur selepas berlaku perlanggaran dengan bulan yang kita lihat sekarang.

Insiden itu dianggarkan berlaku sekitar 4.4 juta tahun dahulu. Ketika itu belum ada hidupan yang mendiami bumi. Diandaikan juga, ketika itu usia dua bulan berkenaan masih lagi muda. Ia terbentuk 100 juta tahun sebelum sebuah planet raksasa melanggar Bumi.

t=0 h, t=1.4 h, t=0.6 h, t=2.8 h
Simulasi menunjukkan Bulan kerdil bercantum dengan Bulan besar.

Ketika itu diandaikan bahawa kedua-dua bulan yang mengelilingi Bumi dan mengorbit secara berurutan. Bulan bersaiz gergasi dengan ukuran tiga kali lebih besar dan 25 kali lebih berat daripada yang satu lagi berada di hadapan sementara bulan bersaiz kecil mengekorinya dari belakang. Kedua-duanya beredar dengan harmoni dan teratur.

Bagaimanapun, kerana perbezaan saiz yang jauh ketara menyebabkan wujud tarikan graviti antara kedua-duanya. Graviti bulan bersaiz besar dikatakan sangat kuat sehinggakan bulan kerdil tidak mampu bertahan daripada kedudukan asalnya.

Akhirnya, bulan besar menarik bulan kerdil semakin dekat. Posisi yang semakin hampir ini telah menyebabkan dua bulan tersebut berlanggar sesama sendiri.

Perlanggaran bulan

Perlanggaran itu kemudian menyatukan dua bulan berkenaan. Impak daripada peristiwa itu, bulan kerdil hancur. Batu dan materialnya tersebar dan menutup separuh daripada permukaan bulan besar.

Sebab itulah kenapa salah satu sisi permukaan bulan kelihatan berbeza berbanding permukaan lain.

Berdasarkan simulasi komputer yang dicipta oleh pengkaji memperlihatkan perlanggaran itu tidak membentuk kawah yang besar. Ini kerana insiden tersebut berlaku pada skala kelajuan yang rendah iaitu 5,000 batu sejam.

Kejadian yang sangat perlahan itu langsung tidak menabur atau meluruhkan batu-batu angkasa ke kawasan lain.

Selepas peristiwa itu, keadaan kembali normal dan bulan yang sebelumnya ada dua kini tinggal satu. Tragedi itu menyebabkan salah satu sisi bulan berubah wajah, malah meninggalkan kesan berbeza daripada sebelumnya.

Satelit

Teori dua bulan ini telah dibincangkan oleh ramai saintis NASA. Malah, H. Jay Melosh dari Universiti Purdue menyokong hipotesis ini dengan menyatakan bahawa saintis mempunyai pendapat yang sama dan mereka tidak menemui sebarang kesalahan berhubung teori tersebut. Namun, bukan satu perkara yang mudah untuk membuktikan kebenarannya.

Dikatakan dalam tempoh masa terdekat, NASA akan menghantar sepasang satelit kembar untuk memetakan bulan dan mempelajari komposisi bahagian bulan.

Sama-sama kita nantikan..

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. http://en.m.wikipedia.org/wiki/Other_moons_of_Earth

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon