Thursday, May 08, 2014

Aplikasi Google Classroom Untuk Guru Mengajar


Umum mengetahui bahawa Google sebelum ini telah menyediakan beberapa aplikasi web untuk pendidikan dan pembelajaran.

Aplikasi Google Classroom Untuk Guru Mengajar

Hari ini, mereka mengumumkan satu lagi aplikasi baru yang dinamakan sebagai Google Classroom, khas untuk para guru di seluruh dunia dalam usaha memudahkan mereka mengajar dan berkomunikasi dengan pelajar.

Bagi menjayakan aplikasi web ini, Google menggunakan Google Docs, Google Drive, dan GMail.

Untuk makluman semua, ciri-ciri yang terdapat pada Google Classroom ialah:-

Membuat dan memungut tugasan: Google Classroom yang dapat disinkronasikan dengan Google Docs, Drive dan Gmail akan melakukan segala kerja normal seorang guru iaitu memungut hasil kerja pelajar, menyemak, memberi maklum balas sacara langsung tanpa menggunakan sebarang kertas.

Meningkatkan komunikasi kelas: Guru boleh membuat pengumuman secara terus serta memberi komentasi dengan pelajar-pelajar dalam masa sebenar. Secara tidak langsung, pelajar boleh berkomunikasi dengan guru sama ada di dalam dan di luar kelas.

Kerja pengkhususan teratur: Secara automatik akan mencipta ‘folder’ bagi setiap tugasan dan untuk setiap pelajar. Para pelajar dapat memuat naik segala kerja dan dapat menyemak semula di laman tugasan mereka.

Bermula hari ini, para guru yang berminat boleh mendaftarkan minat untuk mencuba Google Classroom ini, dan pihak Google dijangka akan memperkenalkan ia kepada semua sekolah yang menggunakan Google Apps Education menjelang bulan September kelak. -Google



Mengesan Masalah Mata Dengan Telefon Pintar

Portable Eye Examination Kit (PEEK)

Masalah mata seperti katarak mudah dikesan di negara moden dan membangun kerana pesakit boleh terus ke klinik untuk melakukan pengesanan awal.

Seperti di negara kita, kerajaan memberikan kemudahan perkhidmatan perubatan kepada orang ramai seperti hospital, Klinik Satu Malaysia dan institusi perbadanan kesihatan bagi memudahkan orang ramai.

Namun, di negara-negara kurang membangun seperti Afrika, Nigeria, Afghanistan atau Iran, masalah katarak ini boleh menyebabkan pesakitnya buta kerana kesukaran bagi mereka untuk mendapatkan rawatan.

Untuk pengetahuan anda, katarak adalah sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun. Kanta mata akan menjadi keruh menyebabkan cahaya tidak dapat menembusinya. Keadaan ini boleh menjejaskan penglihatan seseorang dan akan menjadi buta sekiranya lambat dirawat.

Masalah mengesan masalah mata ini biasanya memerlukan alat khas dan mahal serta doktor yang harus pergi ke kawasan pedalaman untuk melakukan diagnosis.

Portable Eye Examination Kit (PEEK) ialah kit khas yang dicipta bagi mengesan masalah mata dikesan sebelum ianya mencapai tahap kronik. PEEK terdiri daripada lensa khas yang disambungkan kepada kamera utama telefon pintar dan aplikasi yang boleh melakukan pengesanan tahap kesihatan mata.

Di negara dunia ketiga seorang pegawai kesihatan akan dihantar ke kawasan pedalaman untuk mengesan mata penduduk setempat di rumah mereka dan daripada data yang diambil, doktor mata yang bertugas di kawasan bandar boleh melakukan diagnosis dari jauh. Mereka juga boleh memuat turun data yang diambil untuk melihat pesakit manakah yang paling memerlukan bantuan.

Setiap gambar mata yang diambil mempunyai lokasi GPS tersendiri dan ini akan memudahkan lagi doktor untuk mengesan lokasi pesakit. Dianggarkan 285 juta penduduk dunia mengalami masalah penglihatan. Sebanyak 39 juta dari jumlah ini mengalami masalah buta.

Paling menyedihkan dalam 80 peratus kes pesakit buta, penglihatan mereka boleh diselamatkan sekiranya dikesan dengan lebih awal.

Jika dahulu peranti pintar menggantikan kamera, mesin fax, perakam video dan PDA, kini peranti pintar boleh menggantikan alat menguji mata yang anda biasa lihat di kedai cermin mata! -Peekvision.org, Kosmo

-Sentiasapanas.com

1 comment

  1. boleh saya cuba di kelas saya nantinya terimakasih saya seorang cikgu bahasa inggris

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon