Monday, April 28, 2014

Naki Sumo, Pertandingan Bayi Menangis Di Jepun


Di Tokyo, Jepun, terdapat satu festival yang akan diadakan setiap tahun. Upacara ini dikenali sebagai Naki Sumo atau pertandingan bayi menangis terbesar di negara tersebut.

Naki Sumo

Setiap kali tibanya festival itu, sebuah kuil lama yang dikenali dengan nama Sensoji akan dibanjiri ratusan ribu orang yang mana kebanyakannya adalah pengunjung dari seluruh negara dan juga pelancong asing.

Apa yang lebih menarik, tiada yuran penyertaan dikenakan dan ia terbuka kepada semua bayi.

Berdasarkan kepada sejarah festival ini, ia merupakan sebahagian daripada tradisi lama yang mula dipertandingkan oleh masyarakat Jepun sejak ratusan tahun dahulu.

Acara ini akan diadakan pada bulan 29 April tahun ini.

Naki Sumo [2]

Sewaktu pertandingan dijalankan, festival akan diketuai oleh seorang pendeta yang turut bertanggungjawab sebagai pengadil utama dalam pertandingan itu. Selain itu, ia juga menggunakan khidmat beberapa ratus orang sukarelawan yang terdiri daripada ahli gusti Sumo.

Berdasarkan syarat dan peraturan pertandingan, ia adalah satu acara yang cukup mudah dan ringkas. Ahli Sumo terlebih dahulu memangku dan cuba untuk membuatkan peserta (bayi) menangis sebelum pertandingan berlangsung.

Naki Sumo [3]

Kemudian, penganjur akan memilih dua orang bayi yang dipangku oleh sukarelawan tertentu memasuki sebuah gelanggang khas.

Mereka dikehendaki berdiri secara berhadapan diantara satu sama lain. Selepas itu, seorang pengadil yang bertugas akan mengeluarkan satu isyarat yang menandakan pertandingan sudah bermula.

Naki Sumo [4]

Berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, pengadil selalunya akan memilih peserta yang mengeluarkan tangisan paling kuat dan paling lama sebagai juara pertandingan.

Mengikut kepercayaan masyarakat Jepun, tangisan kuat dapat membantu mempercepatkan tumbesaran bayi.

Naki Sumo [5]

Selain itu, mereka juga percaya bayi yang menangis dapat menghapuskan segala semangat jahat dalam kehidupan manusia.

Bukan itu saja, mereka juga yakin ritual ini dapat menyucikan diri daripada dosa-dosa yang lalu dan memberikan nasib yang baik.

Keunikan festival ini turut mendapat reaksi positif daripada kerajaan Jepun. Ia berikutan sambutan yang luar biasa daripada pengunjung terutamanya pelancong asing yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan pertandingan tersebut.

Jadi, tidak hairanlah ia telah disenaraikan sebagai salah satu produk pelancongan bagi negara matahari terbit itu.

Dibahagian utara negara Sepanyol pula, terdapat satu tradisi yang diadakan sejak turun temurun bagi menyucikan jiwa bayi-bayi yang baru lahir.

El Salto Del Colacho - Lompatan Syaitan

Upacara tahunan ini dikenali sebagai El Salto Del Colacho ataupun Lompatan Syaitan, yang mana ia dilakukan dengan cara melompat melintasi sekumpulan bayi. Setiap bayi yang melalui upacara ini akan dipakaikan pakaian cantik mengikut jantina.

Bayi-bayi akan diarak terlebih dahulu disepanjang jalan menuju ke lokasi upacara sambil diiringi paluan gendang dan alunan muzik tradisional.

Selepas itu, bayi-bayi ini akan dibaringkan diatas beberapa buah tilam yang telah tersedia.

Di negara Bulgaria pula, terdapat satu amalan pelik yang masih dipraktikkan sehingga hari ini. Percaya atau tidak, masyarakat di sana akan memaksa diri sendiri supaya menangis sempena menyambut kelahiran bayi mereka.

Pendek kata, tidak akan ada suasana gembira apatah lagi suasana majlis keraian untuk menyambut kelahiran ini.

BACA INI JUGA: Cinco de Mayo! Festival Perang Bangsa Mexico

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon