Bulan Oktober 1896, bibit percintaan mula bersemi antara seorang gadis dan pemuda yang datang menetap ke bandar Greenbrier, barat Virginia, Amerika Syarikat. Gadis tempatan itu bernama Elva Zona Heaster. Manakala pemuda yang bekerja sebagai tukang besi itu adalah Erasmus Stribbling Trout Shue yang juga dikenali sebagai Edward.
Sekelip mata jatuh cinta, pasangan itu mengambil keputusan berkahwin, walaupun hubungan itu ditentang oleh Mary Jane Heaster, ibu Zona. Jauh disudut hati, Mary merasakan Edward bukan lelaki yang baik.
Tidak sampai tiga bulan hidup bersama, satu tragedi menimpa pada tanggal 23 Januari 1897. Seorang budak lelaki yang datang ke rumah pasangan itu setelah disuruh Edward untuk melihat isterinya, dikejutkan dengan penemuan mayat Zona yang terbaring kaku di kaki katil.
Budak itu berlari pulang memberitahu ibunya tentang Zona, lalu si ibu menghubungi Dr. George W. Knapp. Hanya sejam kemudian, baru doktor itu tiba di rumah Zona.
Ketika itu, Edward sudah pulang. Dia telah mengangkat mayat isterinya dan dibaringkan di atas katil. Dia turut membersih dan menukar pakaian Zona, memakaikan mayat isterinya dengan gaun berkolar tinggi.
Edward terus memangku leher Zona dan menangis teresak-esak ketika Dr. Knapp menjalankan pemeriksaan ke atas mayat itu.
Namun, apabila hendak memeriksa bahagian leher dan kepala mayat, pemeriksaan Dr. Knapp terhalang kerana Edward tidak mahu berenggang daripada mayat isterinya.
Keesokannya, mayat Zona sedia untuk dikebumikan. Namun, tindakan Edward agak pelik. Dia sentiasa berdiri disamping keranda Zona dan tidak membenarkan pelawat datang terlalu dekat dengan keranda.
Dia turut menyangga kepala mayat isterinya dengan bantal. Edward turut menutup bahagian leher mayat itu dengan mengikatkan sehelai selendang yang tidak sesuai. Bila ditegur, Edward berkeras mengatakan itu adalah selendang kegemaran isterinya.
Dari pandangan orang luar, mereka menyangka itu adalah tanda kasih sayang Edward terhadap isterinya. Tetapi tidak bagi Mary, ibu Zona. Dari awal lagi, naluri keibuannya kuat mengatakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian anaknya.
Apatah lagi sewaktu membasuh kain pelapik keranda, Mary terhidu bau yang kurang menyenangkan. Air basuhan dalam besen bertukar kemerahan seketika sebelum jernih semula.
Kejadian aneh itu meyakinkan hati Mary bahawa Zona sebenarnya telah dibunuh. Lalu, setiap malam Mary akan berdoa meminta anaknya 'kembali' untuk menceritakan perkara sebenar.
Empat minggu kemudian, doa Mary dijawab. Zona hadir dalam mimpi Mary selama empat malam berturut-turut. Dalam mimpi itu, Zona menceritakan bahawa dia telah diseksa oleh Edward.
Pada malam sebelum kematiannya, berlaku pertengkaran hanya kerana berang dengan masakan Zona, Edward menyerang dan memusingkan leher isterinya sehingga patah dan menemui ajal!
Hanya berdasarkan penceritaan daripada 'roh' anaknya, Mary bersungguh-sungguh meyakinkan John Alfred Preston, seorang pendakwa untuk membuka kertas siasatan baru.
Walaupun teragak-agak dan belum pernah dibuat dakwaan berdasarkan kejadian yang diceritakan oleh 'hantu', namun Preston setuju membantu.
Dr. Knapp dipanggil semula dan mengakui tidak dapat menjalankan pemeriksaan lengkap pada mayat Zona kerana tingkah laku Edward yang tidak mahu melepaskan mayat isterinya ketika itu.
Lantas, Preston mendapatkan arahan agar mayat Zona digali semula untuk dilakukan autopsi menyeluruh. Pada 22 Februari 1897, mayat Zona dikeluarkan walaupun ditentang keras oleh Edward.
Hasil pemeriksaan mendapati, leher Zona mengalami kecederaan parah. Ligamennya terkoyak dan pecah. Pada bahagian kerongkongnya, terdapat bekas jari menandakan dia turut dicekik.
Berdasarkan hasil autopsi, ditambah dengan cerita jiran tentang kelakuan pelik Edward sewaktu majlis pengebumian Zona, akhirnya Edward ditahan dan dihadapkan ke muka pengadilan atas tuduhan membunuh isterinya.
Sewaktu Edward dalam tahanan menanti perbicaraan, siasatan terus dilakukan terhadap masa silamnya. Didapati, Edward pernah berkahwin dua kali sebelum itu.
Perkahwinan pertama berakhir dengan perceraian. Bekas isterinya menceritakan, Edward seorang yang kejam dan suka mengasarinya. Perkahwinan kedua pula hanya bertahan kurang dari setahun apabila isterinya mati dalam keadaan misteri.
Atas segala bukti dan fakta yang berjaya dikumpulkan, Preston berjaya mengaitkan penglibatan Edward dengan kematian Zona.
Setelah mendengar segala keterangan, para juri sepakat mendapati Edward bersalah lalu menjatuhkan hukuman penjara sepanjang hayat. Edward menemui ajal dalam penjara pada September 1916 angkara wabak penyakit yang menyerang pada zaman itu.
Kes ini mendapat liputan meluas kerana untuk pertama kalinya disebut dalam perbicaraan tentang 'hantu' yang membantu merungkai punca kematian tersebut.
Malah, kerana bantuan 'hantu' juga, pesalah akhirnya berjaya didakwa dan dijatuhkan hukuman.
Kerana itu, satu tanda peringatan telah didirikan berhampiran kubur Zona. Pada papan tanda itu tertulis kisah Zona, gadis yang ditemui mati pada tahun 1897 sebelum rohnya muncul dalam mimpi ibunya, memberitahu tentang perbuatan suaminya yang kejam.
Kisah Zona turut dikenali dengan julukan The Greenbrier Ghost!
BACA INI JUGA: Suara Ghaib Itu Berbisik..
-Sentiasapanas.com

Nice story..
ReplyDeletePatutlah dalam banyak cerita hantu, roh yang tak tenang akan cari orang untuk bantu dia balas dendam. Ingatkan dongeng tapi rupa rupanya pernah berlaku macam dalam cerita ni.
ReplyDelete