Friday, April 04, 2014

MH370: Apa Salah Rakyat Malaysia?


Ketika media dan warga siber China secara agresif menyelar kerajaan Malaysia kerana tidak puas hati dengan cara mengendali siasatan kehilangan penerbangan MH370, ramai rakyat negara ini bangkit mempertahankan negara mereka.

Apa Salah Rakyat Malaysia
Anggota keluarga penumpang MH370 meluahkan rasa tidak puas hati.

Meskipun berbeza pandangan politik, keturunan dan agama, mereka semakin bosan dengan tuduhan serta kenyataan yang memperlekehkan tanah air mereka ini serta pemimpin.

Kehilangan penerbangan MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lalu dan dianggap satu misteri dalam sejarah penerbangan membangkitkan kemarahan dalam kalangan rakyat China.

Seramai 154 daripada 239 penumpang dan anak kapal ialah warga China.

Anggota keluarga dan masyarakat di China, sama ada beranggapan kerajaan Malaysia tidak melakukan yang secukupnya merungkai misteri pesawat MH370 atau tidak memberitahu perkara sebenar.


Jika rakyat China kecewa, kerajaan Malaysia juga berperasaan yang sama kerana usaha besar-besaran yang digembleng dengan kerjasama 26 negara termasuk China mencari pesawat yang hilang secara misteri itu masih belum membuahkan hasil.

Kenyataan demi kenyataan yang tidak bertanggungjawab daripada sesetengah keluarga penumpang China, warga siber serta selebriti yang dilemparkan terhadap kerajaan Malaysia dikesali.

Namun apa yang berlaku ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia melihat karenah sebenar orang Cina dari Tanah Besar yang mungkin tidak pernah diketahui sebelum ini.

(Baca: TERBONGKAR! Amerika Syarikat Mampu REMOTE Semua Pesawat Boeing!)

Kenyataan seperti kerajaan Malaysia dan Penerbangan Malaysia (MAS) adalah ‘pembohong’ dan ‘pembunuh’, artis Malaysia nyah dari negara ini, orang Cina perlu pulaukan barangan Malaysia dan rakyat Malaysia adalah haiwan dan sampah ternyata sungguh biadab dan melampau.

Seperti yang dinyatakan Timbalan Ketua Pengarang akhbar harian Sin Chew Tay Tian Yan dalam ruangan pendapatnya baru-baru ini, apa kesalahan jenayah yang Malaysia lakukan untuk dicaci sebegitu rupa?

Dalam ruangannya, Tay mengingatkan kembali apa yang rakyat Malaysia lakukan di China termasuk selepas berlaku gempa bumi Sichuan pada Mei 2008.

Ketika negara itu memerlukan bantuan, ramai rakyat Malaysia menghulurkan sumbangan kepada mangsa gempa bumi dan ramainya tidak mahu nama mereka disebut.

Malaysia juga menghantar pasukan penyelamat sementara pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut mengerahkan ahli mereka ke zon bencana untuk membantu mangsa.

Malahan, beberapa dermawan Malaysia berikrar membina sekolah rendah yang dapat bertahan daripada kemusnahan gempa bumi pada masa depan.

“Bagi kami, apa yang ada di China mengagumkan meskipun kami mengalami kesulitan di tempat pemeriksaan imigresen, herdikan di restoran dan penipuan di kedai cenderamata. Semuanya kami hadapi dengan sabar. -Harian Metro

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon