Wednesday, April 02, 2014

Luahan Hati Pelanggan Celcom Di TIPU Beribu Ringgit!


Saya tidak berniat menulis isu ini sehinggalah kejadian beberapa hari ini benar-benar mengugat kesabaran. Secara sejarahnya, saya mengambil keputusan menukar kepada Celcom sekitar tahun 2004 atau 2005 jika tidak silap saya. Kira-kira sudah hampir sepuluh tahun atau sedekad lamanya.

Luahan Hati Pelanggan Celcom Di TIPU Beribu Ringgit!

Salah satu sebab saya bertukar kepada Celcom adalah kerana merasakan inilah syarikat telekomunikasi yang ada wajah Melayu biarpun ia merupakan GLC ketika itu. Boleh panggil saya “bersifat perkauman” namun itulah faktanya.

Ketika rakan-rakan selalu mengkritik perkhidmatan Celcom saya selalu menyatakan bahawa perkhidmatan syarikat lain pun 2×5 sahaja. Memang ada kebenarannya pandangan saya itu, namun kadang-kadang ia turut dipengaruhi sifat “nasionalis bodoh” saya.

Namun sejak minggu lalu saya sudah hilang kesabaran sehingga menghamburkan perkataan “bangang” kepada Celcom apabila bil telefon saya: 0192210430 mencecah ribuan ringgit tanpa sebarang penjelasan yang munasabah. Hamburan di facebook tersebut telah dipetik oleh SuaraTV.

Kes I: Bil Meningkat Mendadak Dalam Masa Sehari

Celcom Bangang Penipu [2]
Kejadian bermula pada 28 Mac 2014 apabila saya menerima mesej pada jam 3.20 petang menyatakan bil saya sekarang berjumlah RM 782.12.

Kemudiannya pada hari yang sama pada jam 7.34 malam satu lagi mesej dihantar oleh Celcom menyatakan bil saya telah meningkat kepada RM 963.42.

Akhirnya pada jam 8.08 malam satu lagi mesej dihantar kepada saya menyatakan bil telefon saya sudah meningkat kepada RM 1195.45 dan talian saya terus disekat.

Bagaimana bil saya boleh meningkat beratus ringgit hingga mencecah RM 1000 dalam masa beberapa jam adalah sesuatu yang misteri.

Malam tersebut juga saya bekejar ke mesin pembayaran Celcom di Kuala Lumpur untuk membayar dan mengaktifkan talian tersebut.

Saya bayar sekitar RM RM 1140.00 (RM 380×3). Pada malam tersebut juga talian tersebut diaktifkan secara otomatik.

Sungguhpun tidak berpuas hati, saya berpendapat mungkin ini ada kesilapan semasa keluar negara minggu sebelumnya.

Namun saya pasti sangat tidak ada bil sebesar itu kerana saya telah memilih “Rakan Celcom” secara manual di negara tersebut yang menawarkan RM 38 sehari untuk penggunaan data internet.

Apa perasaan anda sekiranya dalam masa satu hari bil anda meningkat dari 500 ke RM 700 ke RM 1000 dan talian disekat pada hari yang sama? Redha sahajalah buat masa itu.

Kes II: Bil Meningkat, Celcom Tidak Boleh Jelaskan

Celcom Bangang Penipu [2]
Namun masalah yang dijangka selesai berulang lagi pada 30 Mac 2014. Pada jam 8.03 pagi saya menerima mesej menyatakan bil saya telah mencecah RM 521.51. Saya beranggapan mungkin ini kesilapan sistem.

Namun pada jam 12.32 saya menerima satu lagi mesej menyatakan bil saya kini mencecah RM 702.56. Dalam masa beberapa jam bil telefon saya telah meningkat sebanyak RM 200.00.

Saya terus menghubungi Celcom Care bagi mendapat penjelasan isu ini.

Antara soalan yang ditanya kepada saya ialah adakah encik menukar telefon bimbit baru.

Sambil menyatakan saya telah beberapa bulan menukar telefon baru, saya bertanya, apa kena mengena menukar telefon baru dengan peningkatan bil secara mendadak pada minggu lalu dan pada hari ini? Beliau tidak memberi sebarang jawapan.

Beliau kemudiannya bertanya adakah saya ke luar negara baru-baru ini. Saya kata ada pada minggu lalu dan saya menggunakan “rakan celcom” di sana dan menetapkan pilihan secara manual pada telefon bimbit saya.

Ini bermakna tidak mungkin akan ada peralihan daripada penyedia telekomunikasi rakan celcom kepada syarikat lain yang boleh meningkatkan bil saya secara mendadak.

Saya bertanya, “katakanlah ada kesilapan saya di luar negara tersebut pun, bagaimana bil ini boleh datang secara berperingkat-peringkat seminggu setelah saya di Malaysia?”

“Jika ada pun bil dari luar negara mengapa ia telah caj saya pada minggu lalu, dan mengenakan caj lagi pada hari ini?”

Pegawai tersebut berkata, “saya tidak dapat berbuat apa-apa encik. Kena tunggu bil encik keluar pada 13 April 2014 baru kita boleh siasat.”

Tanya saya, “Habis kalau talian saya disekat lagi saya perlu bayar lagi dan terpaksa tunggu 13 April untuk siasatan?”

“Encik boleh hubungi saya untuk aktifkan talian encik buat sementara waktu.”

Celcom Bangang Penipu [4]
Saya tahu pengaktifan seperti ini tidak bermakna apa-apa kerana ia akan disekat kembali dalam masa beberapa hari jika kita tidak menjelaskan bayaran tersebut.

Seperti dijangka talian saya disekat pada 31 Mac 2014. Saya memohon pengaktifan sementara dan diberi tempoh selama dua hari dengan had kredit RM 5 pada jam 6.51 petang.

Yang menyakitkan hati, lebih kurang sejam selepas pengaktifan sementara, saya menerima satu lagi mesej (jam 8.13 malam) menyatakan bil telefon saya telah meningkat kepada RM 1511.03. Talian saya terus disekat!

Dengan beberapa mesyuarat perlu saya hadiri malam tersebut dan keesokannya, saya fikir jika pada masa itu saya berjumpa CEO Celcom yang berambut panjang tersebut pasti saya tumbuk sahaja muka beliau!

Bayangkan hari kerja tanpa kemudahan komunikasi? Bayangkan terpaksa meminjam telefon kawan di hadapan pelanggan untuk menghubungi pejabat saya!

Memalukan, tapi itulah hakikat yang terpaksa saya hadapi.

Kes III: Celcom Blue Cube Sunway Penipu

Sekitar Jam 630 petang, 1 April 2014, saya ke pusat Celcom Blue Cube di Sunway Pyramid. Saya memaklumkan kepada pegawai bertugas masalah-masalah saya seperti di atas. Berikut lebih kurang dialog antara saya dengan pegawai tersebut.

Celcom: “Saya perlu tunggu bil encik dikeluarkan dulu. Buat masa ini saya hanya boleh aktifkan akaun encik untuk 3 hari sahaja.”

Celcom: “Sebenarnya akaun encik ada lebihan RM900.”

Saya: “Habis mengapa akaun saya disekat.”

Celcom: “Itu saya tidak pasti. Kena tunggu bil encik keluar 13 April. Kalau encik nak cepat saya boleh tukar kepada 3hb.”

Saya: “Mengapa tidak boleh hari ini?”

Celcom: “Tak boleh sistem kami memang macam tu.”

Saya: “Jadi jika saya hendak tukar kepada syarikat lain tidak ada masalah? Akaun saya ada lebihan RM 900.00kan?”

Celcom: “Ya, tidak ada masalah.” (Dengan wajah yang tidak rasa apa-apa kerugian seorang pelanggan bercadang berpindah ke syarikat lain.)

Memang saya merancang untuk menukar syarikat lain kerana bosan dengan masalah ini. Namun kerana hari telah lewat petang, akaun saya telah aktif saya ambil keputusan untuk balik ke pejabat dulu.

Namun pada jam 9.14 malam saya menerima mesej Celcom menyatakan bil saya mencecah RM 2393.10. Seminit kemudian talian saya disekat.

Celcom Bangang Penipu [5]
Baru dua jam sebelumnya saya dimaklumkan ada lebihan RM 900 dalam akaun dan akaun saya akan aktif selama 3 hari, sekarang talian saya disekat BUAT KALI KETIGA dalam masa 5 hari dan saya berhutang RM 2000 dengan CELCOM?

Saya tidak kisah membayar bil tersebut jika saya menggunakannya. Saya mahu penjelasan dari CELCOM sebelum saya membayar bil yang luar biasa ini.

Malangnya, saya tidak menerima sebarang penjelasan, dan tentulah tidak logik untuk saya membayar ribuan ringgit begitu sahaja.

Sangat aneh dalam dunia serba moden ini Celcom tidak boleh menjelaskan kepada penggunanya secara langsung apakah punca peningkatan bil secara mendadak dan mencecah ribuan ringgit?

Tidak logik Celcom hanya boleh menjelaskan peningkatan mendadak ini semasa bil dikeluarkan, tetapi pengguna perlu membayar apa saja caj yang dikenakan oleh Celcom sebelum bil dikeluarkan jika mahu talian kekal aktif. Ini perniagaan “Abu Jahal” atau “40 Penyamun”?

Apakah para pegawai CELCOM ini “kaki rasuah” sehingga membeli sistem yang ketinggalan zaman dan dan tidak efektif bagi perkhidmatan pelanggannya?

Saya juga ingin bertanya Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia, layakkah syarikat seperti ini terus diberi lesen perkhidmatan telekomunikasi?

Saya akan menulis siri ke-2 mengenai Celcom sedikit masa lagi. Saya memutuskan untuk tidak menukar syarikat telekomunikasi buat masa ini sebaliknya “memerangi” CELCOM sehingga mereka berubah.

BACA INI JUGA: Senarai Penipuan Syarikat Telco Didedahkan PPIM

sumber: mykmu

15 comments

  1. Saya telah mengalami situati yang sama kes No.1 dan 2 pada bulan January dan February 2014. Selepas 2x kena kencing ngan CELCOM saya hanya pakai line telefon nie bila perlu sahaja. Kalau nak tukar ke company lain pun sama punya penyagak. Semua dok tibai duit orang tanpa sebab. Kalau boleh cari bukti kukuh kita saman CELCOM.

    ReplyDelete
  2. Memang masaalah...line saya dah dekat sebulan kena sekat... Bil x ada pending tapi service x boleh guna... Bila call jawapan sama- masih dalam siasatan

    ReplyDelete
  3. Teruskan siri kedua... Celcom ni mmg syarikt y bangang... Penipu... Teruskan... Teruskan...

    ReplyDelete
  4. Has this case settle? I also facing similar problem yet MCMC no action. I need some one guidance to settle this problem without paying the bill not used by me.

    ReplyDelete
  5. Saya pernah kena,tak pasal kata ada nombor daftar bawah nama saya,
    letih saya ulang alik ke celcom utk selesai tpi masih xdak feedback
    tpi lepas repot kat skm terus selesai pulak
    cuba buat aduan kat sini

    aduanskmm@cmc.gov.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak pernah habis penipuan sykt telco di malaysia.

      Delete
  6. bapa saya pun sama , kata sewa bulanan rm 45 ,tapi bil bulanan sampai rm 100. saya buat semakan pada bil, penggunaan talian cuma rm 9 shj, lepas ada penerimaan message di charge sampai rm 60 lebih , telefon customer service , jawapan nyer memang menyakitkan jiwa, ..katanya ada sms masuk tak bole reply yes or no , reply aje terus makan duit, ..saya cakap , ...u dah tahu this kind of message akan buat masalah dgn celcom why not u block awal awal instead of u tunggu org report ..then he said celcom akan bagi rebate for next month ...ok fine...bulan ni punya bil jadi rm 150 ...apehal ....rebate yg dia janji nak bagi tinggal janji ja......takde dalam bil..subhanallah..mudahan syarikat ni lingkuplah dari menaniaya

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum
    Kepada mereka-mereka yang terlalu sayangkan diri mereka, suka manjakan diri mereka dengan mengambil jalan mudah x mau penatkan diri sendiri untuk berfikir, untuk mengambil tindakan sebagai pengguna, yang rasa BANYAK DUIT UNTUK BAYAR...silakan BAYAR JER BIL OVERCHARGE yang sampai kat anda.
    kepada mereka yang sebenarnya sedar akan hak mereka sebagai pengguna dan paling penting sekali sedar akan hak mereka sebagai manusia yang masih hidup dimuka bumi ini (hak untuk tidak dizalimi) silakan FIGHT UNTUK DIRI ANDA. FIGHT UNTUK JUSTICE.
    sekali terkena, saya mengambil jalan untuk memanjakan diri-sendiri, MALAS nak fikir panjang, MALAS nak buat report, MALAS nak amik tahu setiap bit penggunaan data yang sampai beratus tu dan sememangnya tekad dan nekad yang kejadian x akan berulang. dan akhirnya... x sampai beberapa bulan kemudian, muncul lagi kerenah bil yang sama. Kali ni x sampai seminggu pakai, mobile data pun saya rajin on/off, on bila pakai, off balik bila x pakai, habis seminggu, terima message talian disekat x lama kemudian terima bil RM200.00++.
    Duit makan pun x sampai RM 200.00 sebulan, ni kena tipu
    Kalu pihak Celcom x mampu bagi setiap butiran penggunaan internet (setiap bit), saya tertanya-tanya macammanala mereka kira bill internet tu sebenarnya.
    Dah bertahun isu nie berterusan, x der inisiatif untuk mengatasi masalah ejen menipula, masalah system coding la(byk penipuan berkait duit berjuta-juta di media, sila search), atau x der inisiatif pun untuk improve celcom' punya service..rupanya disebabkan orang2 macam saya ni la yang X KISAH BAYAR, YAKIN X KAN BERULANG lagi kejadian yang sama. Orang macam saya ni la, yang x segan2 BUAT MUKA MAMPU BAYAR bil beratus, X KISAH PUN NAK BAYAR BIL BERATUS..tanpa memikirkan nilai duit tu bila digunakan secara baik
    kepada mereka2 yang rasa Celcom ini yang terbaik service, tahniah..anda/mereka2 yang anda kisah/kasihi belum menjadi mangsa.. kepada mereka yang terkena, please2 ambil tindakan sebetulnya. ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK. ANDA ADA HAK UNTUK TIDAK DIZALIMI!!!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum
    Kepada mereka-mereka yang terlalu sayangkan diri mereka, suka manjakan diri mereka dengan mengambil jalan mudah x mau penatkan diri sendiri untuk berfikir, untuk mengambil tindakan sebagai pengguna, yang rasa BANYAK DUIT UNTUK BAYAR...silakan BAYAR JER BIL OVERCHARGE yang sampai kat anda.
    kepada mereka yang sebenarnya sedar akan hak mereka sebagai pengguna dan paling penting sekali sedar akan hak mereka sebagai manusia yang masih hidup dimuka bumi ini (hak untuk tidak dizalimi) silakan FIGHT UNTUK DIRI ANDA. FIGHT UNTUK JUSTICE.
    sekali terkena, saya mengambil jalan untuk memanjakan diri-sendiri, MALAS nak fikir panjang, MALAS nak buat report, MALAS nak amik tahu setiap bit penggunaan data yang sampai beratus tu dan sememangnya tekad dan nekad yang kejadian x akan berulang. dan akhirnya... x sampai beberapa bulan kemudian, muncul lagi kerenah bil yang sama. Kali ni x sampai seminggu pakai, mobile data pun saya rajin on/off, on bila pakai, off balik bila x pakai, habis seminggu, terima message talian disekat x lama kemudian terima bil RM200.00++.
    Duit makan pun x sampai RM 200.00 sebulan, ni kena tipu
    Kalu pihak Celcom x mampu bagi setiap butiran penggunaan internet (setiap bit), saya tertanya-tanya macammanala mereka kira bill internet tu sebenarnya.
    Dah bertahun isu nie berterusan, x der inisiatif untuk mengatasi masalah ejen menipula, masalah system coding la(byk penipuan berkait duit berjuta-juta di media, sila search), atau x der inisiatif pun untuk improve celcom' punya service..rupanya disebabkan orang2 macam saya ni la yang X KISAH BAYAR, YAKIN X KAN BERULANG lagi kejadian yang sama. Orang macam saya ni la, yang x segan2 BUAT MUKA MAMPU BAYAR bil beratus, X KISAH PUN NAK BAYAR BIL BERATUS..tanpa memikirkan nilai duit tu bila digunakan secara baik
    kepada mereka2 yang rasa Celcom ini yang terbaik service, tahniah..anda/mereka2 yang anda kisah/kasihi belum menjadi mangsa.. kepada mereka yang terkena, please2 ambil tindakan sebetulnya. ANDA LAYAK UNTUK MENDAPAT YANG LEBIH BAIK. ANDA ADA HAK UNTUK TIDAK DIZALIMI!!!

    ReplyDelete
  9. celcom sgtlaa penipu!!!!!
    anak sya blaja kt luar ngara jd sye mskkn dia dlm plan celcom ug pling murah
    bil yg spttnya x smpi RM20 sbulan dia caj smpi RM50 n RM60, berbeza veza stiap bulan
    ape yg lbih geram bkn anak sya gne pon, n bila balik nk brcuti di malaysia, no x bole guna, arghgg!!

    bila nk klua dri family plan byr smpi 300, pastu kte x de lg trtunggak, n nk tkr ke telco lain

    dia sekat no sya, kata ade lg bil x bayar, bnyk kali pegi celcom centre.jumpa muka dorg, stiap kali jumpa msti mntx duit,

    ii korg ni x tau malu ke, dahla islam n melayu, mnyusahkan hidup org, nk mntx klua telco pon ssh, mntx duit je tahu, hamak naa dgn duit, x berkatlaa rezki korg!!, smpi skrg aq suffer lg dgn celcom ni, bil yg x guna pon caj brlbihan

    customer service pon ckp putar belit,PENIPU!!

    ingat doa.org dizalimi dimabulkan

    insaflah celcom!!

    ReplyDelete
  10. Rasa berita ni benar. Saya membatalkan broadband internet Celcom 10GB pada akhir bulan Feb 2016 sebab dah beli Maxis Fibre 20Mbps pada awal bulan Feb 2016. Pegawai khidmat pelanggan kata kontrak saya dah tamat, cuma perlu berhenti membuat bayaran, mrk akan batalkan perkhidmatan pada bulan Mac 2016.

    3 bulan kemudian tiba2 terima surat dakwaan ugut mau bawa ke mahkamah kalo x bayar denda RM440. Hantar surat maklum balas menjelaskan keadaan, mrk suruh bayar utk 1 bulan penalti. Buat apa bayar untuk bulan Mac sedangkan dah x pakai.

    Ni sah Celcom memang penipu besar mau perdaya orang awam yang x tau apa.

    ReplyDelete
  11. Celcom no klentong ? sbnarnya raja klentong, sekarang pula mereka pancing kuota internet, kononnya free instergram 10 gb tapi lau kita main instergram kouta yang kita beli yang ditolak dari instergram, kouta instergram sedikit saja ditolak, sial punya telco malaysia, dulu tak gini sekarang apa da jadi ??? apapun hanya kita yang menentukan nasib negara kita kita harus bangkit dan buka mata.

    ReplyDelete
  12. Ni semua daripada 💲 MSia 👇 ayo kita semua harus 🙌 Harus mencoba 🚩 baru sebelum 🏰 kita 💥

    ReplyDelete
  13. Jangan percaya Celcom. Celcom kuat menipu.
    Saya kena tipu hidup-hidup dengan pakej Phone Care / Swap yang ditawarkan Celcom Center. Pekerja Celcom yang offer pakej ni kata boleh tukar bila-bila masa, tanpa syarat.

    Selepas setahun langgan pakej ni bayar bulan-bulan, saya bercadang nak tukar phone. Bila call diorang kata nak tukar, beribu alasan yang diorang berikan untuk mengatakan saya tidak layak untuk tukar ke phone baru. Ini sangat bercanggah dengan apa yang pekerja Celcom briefing kan kpd saya semasa saya beli phone di Celcom setahun sebelum tu.

    Kemudian, sebab tak puas hati, saya buat aduan di MCMC. Beberapa minggu kemudian Celcom call saya bagitahu boleh tukar phone tapi tanpa pilihan. Saya dapat phone yang saya tak minatpun colornya dan berbeza storage.

    Lebih teruk lagi, saya dapat set Refurbished ! Ya, bukan new phone ya, semua pelanggan celcom care jangan ingat anda akan dapat telefon baru. Semua akan dapat set refurbished (Phoneyg dihantar semula ke kilang utk dibuat semula / dibaiki part2 yg masalah dalamnya, body phone diperbahurui semula utk dijadikan 100% seperti baru.)

    Kemudian bulan 6 saya batalkan langganan Phone Care Swap ni sebab rasa tertipu. Bulan 7 saya masih perlu bayar langganan, saya call diorang kata itu bulan last sebab masih dalam proses pembatalan. Bulan 8 dan 9 saya busy tak sempat nak check bill. Bulan 10 saya check bil, langganan masih ada !!! Jadi bulan 6,7,8,9,10 saya masih membayar langganan bodoh ni !

    Akhirnya setelah memaki hamun di Page Facebook Rasmi Celcom, aduan ke MCMC, dan berpuluh-puluh call, saya berjaya tamatkan langganan tu.

    Banyak lagi kisah disebalik tu seperti staf yang angkat phone berpakat sesama mereka untuk menipu dan dikantoikan sendiri oleh staf mereka, semua jadi kenangan buruk dalam hiduo saya.

    Jadi sesiapa yang nak langgan Celcom, beringat, tak perlu langgan, janggan langgan Celcom Phone Care. Indah khabar dari rupa. Tidak berbaloi dan menipu semata-mata untuk keuntungan di pihak mereka sahaja.

    Ikhlas,
    Yang teraniaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak habis-habis tipuan telco di malaysia ni. Nak buat aduan pun tiada siapa pun peduli. Kesian rakyat.

      Delete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon