Saturday, April 26, 2014

Koleksi Supercar Dalam Filem Need For Speed


Sememangnya ramai yang mempunyai 'penyakit' gila kereta dan bagi yang sukakan game Need for Speed, menyaksikan pelbagai kereta Supercar dalam satu filem mungkin mungkin ibarat satu mimpi yang menjadi kenyataan kepada mereka.

Need For Speed Film

Setiap satu daripada Supercar yang ditampilkan dalam filem ini sebenarnya mempunyai kepentingan dan tempatnya yang tersendiri dalam francais video game tersebut selama ini.

Buat pertama kalinya, ia digabungkan dalam sebuah filem untuk kepuasan para penonton umumnya dan para peminat game Need for Speed khususnya.

GTA Spano

Need For Speed - GTA Spano

GTA Spano ialah sebuah supercar buatan Sepanyol yang dikeluarkan oleh GTA Motor, sebuah anak syarikat GTA Motor Corporation. Ianya bermula sebagai projek rahsia pada tahun 2005 dengan nama GTA Concept. Unit pertama diedarkan pada penghujung tahun 2010 manakala versi terbaru bagi kereta ini ialah ketika pameran kereta di Geneva Motor Show 2013. Dengan kemampuan 900 kuasa kuda, kereta ini mampu mencecah 60 batu sejam dalam tempoh tiga saat sahaja dan kelajuan maksimumnya boleh mencecah 217 batu sejam.

Bugatti Veyron

Need For Speed - Bugatti Veyron

Bugatti Veyron ialah sebuah kereta yang direka bentuk dan dibangunkan oleh kumpulan Volkswagen dan dikeluarkan di Molsheim, Perancis oleh pihak Bugatti Automobiles S.A.S. Versi Super Sport Veyronnya, ialah kereta paling laju yang sah digunakan di jalan raya di dunia dengan kelajuan maksimum, 267 batu sejam. Manakala bagi versi asalnya pula mempunyai had kelajuan maksimum 253 batu sejam. Ia pernah dinamakan sebagai Car of The Decade (2000-2009) oleh rancangan Top Gear keluaran BBC. Kereta ini turut dilengkapi dengan kelajuan 1,200 kuasa kuda.

McLaren P1

McLaren P1

McLaren P1 ialah supercar terhad yang dikeluarkan oleh syarikat automotif dari Britain, McLaren Automotive. Kereta konsepnya mula diperkenalkan pada Paris Motor Show 2013 manakala penghantaran untuk pasaran umum bermula di United Kingdom pada bulan Oktober 2013. Secara keseluruhannya, hanya 375 unit kereta tersebut dikeluarkan dan kesemuanya berjaya dijual menjelang November 2013. Ianya adalah sebuah kereta yang ditunggu-tunggu bagi menggantikan McLaren F1, kereta seumpamanya yang terdahulu dengan teknologi sukan F1. Enjinnya menggunakan 3.8 liter dengan kelajuan 903 kuasa kuda.

Ford Mustang Shelby GT500

Ford Mustang Shelby GT500

Oleh kerana ianya perlu bersaing dengan banyak lagi supercar lain dalam filem ini, maka dari segi penampilannya, ia memerlukan sesuatu yang lebih agresif untuk bersaing dengan supercar yang lain. Jadi, dengan rekabentuk yang dibina khusus untuk badannya, ia ditampilkan dengan lebih menarik untuk filem ini. Untuk enjinnya, kereta ini menggunakan 900 kuasa kuda dan ianya memang dibina untuk disesuaikan dengan filem ini.

Koenigsegg Agera R

Koenigsegg Agera R

Supercar ini pula mula diperkenalkan pada bulan Mac 2011 di Geneva Motor Show. Ianya adalah salah satu versi istimewa Agera yang mana kali ini ia digerakkan menggunakan biofuel dan bukannya petrol.

Ia mampu bergerak dari 0-100 kilometer sejam dalam tempoh 2.9 saat sahaja dan mampu mencapai kelajuan maksimum 273 batu sejam. Malah, kereta ini juga adalah antara kereta paling mahal di dunia dan harganya dianggarkan antara USD1.6 juta hingga USD1.7 juta.

Jika ada kereta lain yang perlu ditakuti oleh Buggati Veyron, maka inilah keretanya. Ia dilengkapi dengan 1,140 kuasa kuda.

Lamborghini Sesto Elemento

Lamborghini Sesto Elemento

Dalam bahasa Itali, ia bermaksud 'Elemen Keenam'. Kereta keluaran Lamborghini ini mula diperkenalkan pada Paris Motor Show tahun 2010. Nama Sesto Elemento sebenarnya diambil untuk merujuk kepada nombor atomik karbon sebagai satu penghargaan dalam penggunaan fiber karbon yang ekstensif dalam pembuatan kereta tersebut.

Ia dilengkapi transmission 6 kelajuan separa automatik, dengan enjin V10 yang dipinjam dari Gallardo.

Oleh kerana kebanyakan bahan pembuatannya termasuklah untuk chasis, badan, drive shaft dan juga komponen suspensi menggunakan fiber karbon, maka berat keseluruhannya dapat dikurangkan dimana beratnya dianggarkan hanya 999 kilogram sahaja yang menyamai sebuah kereta sub kompek seperti Honda Fit.

Malah, ia adalah kereta Lamborghini paling ringan pernah dikeluarkan. Ia juga dilengkapi dengan 570 kuasa kuda dan boleh mencecah kelajuan 60 batu sejam dalam tempoh 2.5 saat.

Saleen S7

Saleen S7

Kereta ini dikeluarkan dalam unit terhad dan dibina menggunakan tangan dan ialah kereta buatan Amerika yang dibina bersama-sama oleh Steve Saleen untuk konsep asalnya, Hidden Creek Industries untuk bahan-bahan dan model utamanya.

Manakala, Phil Frank pula untuk pembangunan dan rekaan CAD bahan dan pada bahagian dalamannya selain Ray Mallock Ltd. untuk kejuruteraan chasisnya.

Ia adalah supercar pertama keluaran dari Amerika. Ia pertama kali diperkenalkan di Perlumbaan Monterey pada 19 Ogos tahun 2000.

Kereta ini dilengkapi dengan 750 kuasa kuda dan kelajuan maksimumnya mampu mencecah sehingga 248 batu sejam.

INFO MENARIK

Top 10 kereta paling laju di dunia;

10. The Ascari A10
9. The Noble M600
8. Pagani Huayra
7. Zenvo ST1
6. McLaren F1
5. Koenigsegg CCX
4. Saleen S7 Twin Turbo
3. SSC Ultimate Aero
2. Hennessey Venom GT
1. Bugatti Veyron Super Sport

-Sentiasapanas.com


1 comment

  1. tpi kalau lawan drag, nissan skyline yg menang..

    ReplyDelete

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon