Friday, April 11, 2014

Kisah Super Kiasu Masyarakat Cina Hong Kong


Dalam usaha untuk menghalang rakyat Hong Kong daripada mengejek dan melemparkan kata-kata kesat kepada pelancong dari Tanah Besar China, kerajaannya baru-baru ini mempertimbangkan mengubah beberapa undang-undang demi mencegah perkara jelek itu.

China Visitors

Pada tahun 2013 sahaja, Jabatan Imigresen Hong Kong mencatatkan kedatangan pelancong dari tanah besar seramai 41 juta orang, memenuhi segenap jalan, gedung terkemuka dan pasar raya besar serta kedai barangan mewah.

Sejak penyerahan semula Hong Kong daripada Ratu England kepada Beijing pada tahun 1997, pelancong tanah besar ini yang memanggil Hong Kong dengan panggilan 'Siang Kang' dibenarkan ke Hong Kong dan Macau melalui prosedur ketat dan kuota yang sangat terhad.

Mereka perlu melalui proses saringan keselamatan, informasi seperti tujuan keluar China, berapa wang mahu dibawa, siapakah teman seperjalanan, sejauh mana faham destinasi perjalanan dan sebagainya.

Semua ini adalah dasar Parti Komunis China yang mahu mengawal kebanjiran minda dan juga kewangan, sekaligus mahu memastikan tiada unsur-unsur lain yang boleh mempengaruhi minda rakyat dan merosakkan ketuanan parti Komunis terhadap rakyat China.

Setiap urusan keluar negara atas tiket pelancongan perlu dilakukan secara berkumpulan melalui ejen kembara yang sudah disaring dan diperiksa serta diperakui selamat oleh Beijing.

Namun, ini semua berubah bermula pada tahun 2003 apabila buat pertama kali pelancong tanah besar dibenarkan masuk sebagai individu perseorangan, tanpa perlu melalui kumpulan pelancongan mahupun ejen kembara, menyebabkan kadar kedatangan mereka melonjak naik saban tahun.

Tapi itu cerita lama, dulu lain, sekarang lain. Lain padang, lain belalang.

Cerita 15 tahun dahulu sudah tidak sama sekarang apabila pelancong tanah besar dilayan seperti raja dan permaisuri.

Wine

Jika dulu rakyat Hong Kong berusaha menguasai bahasa Inggeris sebagai Lingua Franca, tapi hari ini hampir semua pekedai dan peruncit boleh berbahasa Mandarin, terutama golongan muda.

Rata-rata golongan di bawah umur 40an di Hong Kong hari ini boleh berbahasa Mandarin dengan baik.

Jadi, apa masalahnya dengan rakyat tanah besar ini? Bukankah mereka kaya dan mewah berbelanja? Bukankah mereka mendatangkan nilai jualan dan keuntungan untuk gedung di Hong Kong? Bukankah mereka ini ibarat mesin ATM berjalan.

Kegilaan mereka berbelanja boleh ditakrifkan sama dengan kegilaan rakyat Malaysia berbelanja di bazar Ramadan. Nampak apa saja yang cantik dan sedap, selagi duit masih ada dalam poket, sudah tentu barangan itu akan dibeli.

China Buy Gold

Pernah pelancong China membeli iPad sampai enam buah, tapi esoknya datang semula ke Apple Store sebab dia menyangka pekedai terlupa nak beri peralatan sokongan lain seperti unit kawalan jauh, speaker, wayar elektrik, wayar antena dan sebagainya.

Rupa-rupanya, si pelancong China ini apabila pulang ke hotel, dia terus membuka kotak iPad satu persatu. Buka korak pertama dilihatnya cermin berbingkai besi, buka kotak kedua cermin berbingkai besi lagi, begitulah seterusnya. Dia sebenarnya membayangkan iPad itu seperti set TV kita dirumah!

Begitulah kebobrokan mereka berbelanja, mewah dan boros, hasil ledakan ekonomi yang sangat pesat.

Samalah macam orang kita berbelanja di bazar Ramadan kan? Main beli apa saja walaupun kuih-muih yang hanya disapu sos tomato, letak kacang sikit dan hirisan daun bawang serta sepotong dua timun pun orang kita beli, nafsu punya pasal.

Hong-Kong_Protester

Setiap minggu di Arena of Stars, Tsin Sha Shui, perkarangan pasar raya Sogo di Causeway Bay dan di Victoria Park diadakan tunjuk perasaan terhadap kebanjiran pelancong tanah besar yang dituduh kasar, kurang berbudi bahasa, pengotor, suka bercakap bising, tidak bertoleransi, tidak tahu etika kehidupan dan menyebabkan nilai pasaran harta tanah naik, sekaligus menyebabkan harga rumah dan kadar sewa meningkat 15 peratus setiap tahun.

Tapi, orang China buat tak tahu. Buat tak faham. Siap bergambar selfie lagi dicelah-celah penunjuk perasaan.

China-investment-in-Hong-Kong

Apa yang dia nak hairan. Wang dia lagi banyak daripada mereka yang menjerit, terpekik terlolong menunjukkan perasaan itu. Apa orang tanah besar nak malu!

Jadi, apa yang orang Hong Kong marah sangat pada orang tanah besar?

Mudah saja untuk kita takrifkan. Ia satu psikologi umum yang dikongsi sama oleh seperempat penduduk dunia berketurunan Cina.

Ia psikologi diri sendiri yang sentiasa gusar dan bimbang kerana tidak yakin dengan masa depan. Ia perasaan gentar dengan kegagalan dan takut mati.

Itulah 'Super Kiasu' dan Super 'Kiasi'.

OLEH: Hanif Ghazali, Penulis Pengurus Kanan CMC Engineering di Hong Kong

-Sentiasapanas.com

Add Comments

TERIMA KASIH KERANA SUDI MEMBERIKAN KOMEN. INSYAA ALLAH SAYA AKAN KOMEN DI BLOG ANDA JUGA.
EmoticonEmoticon