Disuatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulama yang tersohor kerana ilmu agamanya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Qur'an dan juga penghafal beribu-ribu hadis sahih semenjak kecil lagi.
Dan semenjak kecil lagi, beliau telah dihantar oleh kedua ibu bapanya untuk menuntut ilmu di Mekah serta Madinah selama berpuluh tahun lamanya.
Bapanya juga adalah seorang alim ulama yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke selatan Siam.
Mengikut cerita, bapanya adalah orang pertama di zaman moden yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardu di Masjidil Haram, Mekah.
Hendak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulama tersebut telah jatuh sakit dan tidak dapat mengimamkan solat fardu di suraunya.
Maka, tiba-tiba datanglah seseorang yang berpakaian buruk (seolah-olah tidak siuman) sejurus sebelum solat fardu dilaksanakan.
Alim ulama tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri.
Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid-murid alim ulama tersebut kerana semasa sembahyang fardu tadi, orang yang berpakaian buruk tadi tidak membaca surah Fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.
Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka iaitu alim ulama tersebut adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sangat baik, maklumlah seorang al-tahfiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekah.
Maka alim ulama tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang tersebut meninggalkan surau tersebut.
Setelah itu, alim ulama memanggil semua muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau bercerita:
Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya diminta pertolongan.
Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang dikurung di dalam sebuah kandang yang sederhana besarnya tidak pernah luak walau sebanyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya.
Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut dibawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangnnya seperti sebelum seratus ekor dibawa keluar daripada kandang!
Maka seluruh alim ulama penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah SWT.
Justeru itu, penduduk kampung telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut serta memohon supaya dia mengimamkan solat di masjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala tersebut.
Hasrat mereka telah dipersetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun dilaksanakan di masjid dan pengembala kibas telah menjadi imam.
Malangnya, semasa membaca surah Al-Fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya.
Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang ke rumah masing-masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.
Pada malam tersebut, seluruh alim ulama serta penduduk kampung telah bermimpi dan mereka telah mendapat mimpi yang sama.
Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka. Lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah kali pertama sembahyang mereka diterima Allah! Subhanallah!
Keesokan harinya, kesemua alim ulama penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang, mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas.
Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnya pun telah tiada. Bekas kandang pun tiada, seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud!"
Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis disebabkan mereka tahu diri telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah SWT dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain. Sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan diri sendiri di sisi Allah.
Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud, "Janganlah engkau semua melagak-lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa". (Surah An-Najm:32)
"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan takbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong serta membanggakan diri". (Surah Luqman:18).
BACA INI JUGA: TIK! TIK! Dari Angka Satu Menjadi 31,104,000!
-SENTIASAPANAS.COM